Penyanyi Syamel kembali dengan karya terbaharu berjudul Beribu Tanda Tanya iaitu ebuah lagu yang sarat dengan emosi, persoalan dan luahan jiwa tentang keresahan hati yang tidak terungkai.
Karya ini dicipta sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim yang bertindak sebagai penulis lirik, komposer dan penerbit.
Menurut Syamel, Beribu Tanda Tanya membawa pendengar menyelami perasaan seseorang yang dihantui oleh persoalan yang tidak pernah terjawab.
“Cerita mengenai lagu Beribu Tanda Tanya adalah tentang persoalan yang banyak membelenggu fikiran dan hati seseorang.
“Dia meluahkan rasa melalui nyanyian, penuh dengan harapan, kesedihan dan tanda tanya yang tidak berpenghujung,” jelas Syamel.
Keseluruhan proses rakaman dijalankan di Voltalab Sound Studio, Manchester, United Kingdom, di bawah bimbingan Edry Abdul Halim.
Lagu ini juga ialah hasil kerjasama antara Universal Music Malaysia dan Alternate Records yang turut memainkan peranan penting dalam menjayakan penerbitannya.
Ads
“Lagu ini boleh dikategorikan sebagai lagu yang ‘mahal’ sebab saya perlu ke Manchester untuk berjumpa dengan Edry yang menetap di sana.
“Semua proses, dari rakaman hingga ke pembikinan visualizer dilakukan sepenuhnya di Manchester.
“Pengalaman merakam lagu ini sangat ‘priceless’ sebab kami menggunakan khidmat jurutera bunyi tempatan dan studio yang penuh sejarah.
“Antara artis legenda UK seperti Oasis pernah merakamkan lagu mereka di studio yang sama. Saya rasa sangat dihormati dapat merakam Beribu Tanda Tanya di situ,” ujar Syamel.
Ads
Harapan Demi Sebuah Lagu
Dari segi penyampaian, Syamel berharap pendengar dapat benar-benar menghayati lirik dan melodi lagu ini.
“Lagu ini sangat unik dari segi penceritaan, ia dibina berdasarkan soalan yang diajukan dalam lirik.
Ads
“Ramai yang mungkin pernah alami situasi hubungan yang tergantung tanpa jawapan. Jadi saya harap bila orang dengar, mereka akan rasa dekat dengan kisah ini,” tambahnya.
Syamel pada masa sama, menzahirkan harapan agar karya ini terus relevan dan menjadi lagu yang tidak lapuk ditelan zaman.
“Saya harap lagu ini boleh jadi evergreen, lagu yang orang tak pernah jemu nak dengar. Dan mungkin, melalui lagu ini juga, pendengar belajar bahawa kadang-kadang lebih baik kita bertanya daripada berdiam diri.
“Semoga lagu ini mekar dan terpahat di hati pendengar dan peminat saya sampai bila-bila, insya-Allah,” katanya lagi.
Lagu yang bakal menjadi runut bunyi untuk sebuah drama ini juga kini sudah boleh didengarkan di semua platform penstriman digital utama.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Yuna mengumumkan dia mahu bekerjasama dengan grup popular daripada Korea Selatan, BTS bagi projek terbarunya untuk tahun 2019.
Penyanyi Gadis Semasa yang kini gigih cipta nama di Amerika Syarikat itu turut meminta pandangan daripada para peminatnya tentang projek apakah yang sesuai dilakukan sekiranya projek itu mampu direalisasikan.
Terdahulu, pengumuman itu telah dibuat Yuna menerusi laman Twitter miliknya.
I think it’s time for a collab with @BTS_twt ❤️ #2019 what do you think?? just putting it out there into the universe ????? im just ready for anything 2019! lets do it
“I think it’s time for a collab with @BTS_twt #2019 what do you think?? just putting it out there into the universe. Im just ready for anything 2019! lets do it,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat begitu teruja serta mengharapkan perkara tersebut bakal menjadi kenyataan.
Dalam pada itu, para peminat BTS yang dikenali sebagai ‘Army’ turut terkejut mendengar perkhabaran tersebut.
Sebelum ini, Yuna telah mengejutkan peminat muzik tempatan apabila tampil berduet dengan penyanyi popular Amerika Syarikat, Usher untuk lagu bertajuk Crush.
Foto: Twitter Yuna
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang Instafamous, Beby Tora Tora ada berkongsi cerita perihal pemakaian hijab dirinya menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi Beby atau nama penuhnya Nor Atierah Zulfatie Zulkifli mengakui pernah bersikap sambil lewa terhadap soal pemakaian hijab.
“Dulu aku tak tutup aurat spenuhnya pun aku brtudung ja mcm biasa …stocking and handsock tak prnah pakai.
“Walaupun aku tau stocking and handsock tu sbenarnya wajib untuk ttup aurat spenuhnya, aku ttap takmau pakai. Aku ttap rasa aku dh pakai tdung tu kira okey la kan huhuu,” akuinya.
Bagaimanapun kini, Beby memaklumkan dia mulai belajar mengenakan tudung labuh selepas mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Muhammad Hafis Al Hafus Johari.
“Bila pakai rasa stress and rimas ,dngn panasnya lagi, tapi bila tngok kwan2 pakai okey slesa la pulak.
“Then lepas kahwin ,aku pun mula brjinak2 pakai tudung labuh smua ..pakai stoking and handsock sbb aku nak jdi isteri solehah. Aku nak bljar mcmna cara nak jdi isteri yang baik, yan Allah redha.
“Perempuan ni snang masuk syurga ,tapi snang juga masuk neraka jdi pelan2 kita buat INSYA ALLAH kita boleh.
“Nanti lama2 nak tnggai benda tu mesti kita rasa tak slesa dh kan ? tirah doakn smua yang baca status ni diberikan hidayah untuk menutup aurat dngn smpurna dn doakan juga tira smoga istiqamah nak istiqamah tu susah tapi brgantung pada diri sndiri juga tira pun tak baik mana,bnyak khilaf ,tapi kita cuba ya prbaiki diri kita dari hari ke hari,” tulisnya optimis sambil memberikan kredit.
Kumpulan Kpop terkenal, BTS sekali lagi melakar profil kejayaan tersendiri apabila buat pertama kalinya, mereka tercalon dalam senarai karegori utama di Grammy Awards.
Menerusi senarai pencalonan yang dikeluarkan secara livestreaming dari laman Grammy.com itu hari ini, BTS tercalon dalam kategori Duo Pop Terbaik/Persembahan Berkumpulan menerusi lagu Dynamite.
Serentak dengan berita tersebut, para peminat BTS seluruh dunia mulai meninggalkan status dan reaksi di pelbagai platform dengan menitipkan dedikasi serta ucapan buat kumpulan muzik itu.
Selain Dynamite, empat lagu lain yang turut tercalon dalam kategori sama adalah Un Dia (J Balvin, Dua Lipa, Bad Bunny & Tainy), Intentions (Justin Bieber feat Quavo), Rain On Me (Lady Gaga dan Ariana Grande) dan Exile (Taylor Swift feat Bon Ver).
Grammy Awards 2021 dijangka akan berlangsung pada 31 Januari 2021, di Los Angeles.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki warga Australia dijatuhi hukuman penjara sembilan hari oleh Mahkamah Daerah Singapura selepas mengaku bersalah menceroboh kawasan penghadang keselamatan dan berlari ke arah...