Penyanyi dan ahli politik terkenal Indonesia, Krisdayanti, sekali lagi mencuri perhatian apabila berjaya meraih pingat perak dalam kategori Women’s Single-Weapon Routines – Shanzi Group E di Kejohanan Wushu Antarabangsa yang berlangsung di China hari ini.

Pencapaian membanggakan itu diumumkan sendiri oleh Krisdayanti menerusi akaun media sosial rasminya. Dalam video yang dimuat naik di Instastory, ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, “Terima kasih dukungannya, dapat silver medal.”

Selain itu suami serta anaknya, Raul Lemos dan Aurelie Hermansyah turut mengambil peluang mengucapkan rasa bangga atas pencapaian yang diperolehnya.

Untuk pengetahuan pembaca, kategori disertai pelantun lagu Menghitung Hari ini adalah  seni bela diri wushu menggunakan kipas sebagai senjata utama.

Ads

BACA JUGA: Krisdayanti Kini Bergelar Pelajar Universiti Pada Usia 50 Tahun

Dalam kategori ini peserta dinilai berdasarkan ketepatan gerakan, kekuatan, imbangan dan keindahan koreografi yang menonjolkan keanggunan serta disiplin tinggi dalam seni mempertahankan diri tradisional China itu.

Ads

Kejohanan yang disertai peserta dari pelbagai negara Asia itu menjadi platform penting buat para atlet aktif dalam seni mempertahankan diri untuk menunjukkan kebolehan masing-masing di peringkat antarabangsa.

Ads

Krisdayanti, yang juga ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, sememangnya terkenal sebagai figura serba boleh, bukan sahaja di pentas nyanyian dan politik, malah kini dalam arena sukan wushu.

Kejayaan beliau membuktikan bahawa usia bukanlah halangan untuk terus aktif dan memberi inspirasi kepada generasi muda.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI