Usahawan yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya memberi penjelasan mengenai dia telah merotan salah seorang anaknya, Qadejah El Zahra atau lebih mesra disapa Cess baru-baru ini hingga mencetuskan reaksi pelbagai pihak, termasuk beberapa badan bukan kerajaan (NGO).
Malah, Aliff menjelaskan, hal yang melibatkan anak perempuannya berusia 9 tahun itu juga turut menyebabkan pihaknya telah dikunjungi wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Terdahulu, pelakon filem Badang itu dikatakan menghukum Cess dengan cara merotan atas alasan kanak-kanak itu membuka tudung.
Lalu, laporan itu dibuat sebuah badan NGO di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya, baru-baru ini.
“Bila saya muat naik dan kongsi di media sosial, netizen tersalah tafsir. Adalah rotan nipis, tiada beradarah pun. Kalau nak diikutkan ada orang yang kata Cess ni kurang ajar, anak orang kaya yang selalu melawan mengasuh.
“Lalu ada yang kata mengapa tidak didik? Bila saya cuba adaptasi anak saya agar menghormati orang, berpakaian dengan baik. Jadi saya agak tegas memandangkan saya jarang bertemu dengan anak saya.
“Ya, saya akui ada buat benda tu (merotan). Jadi pada malam tu, saya sebagai bapa rasanya macam serba salah. Jadi saya nak la letak krim yang sebenarnya saya mahu keluarkan produk krim.
Ads
“Tak sangka pula boleh jadi viral,” katanya sambil bertanya kepada Cess sama ada kesan rotan menyebabkan luka atau sebaliknya.
Pada masa sama, Datin Nur Shahida yang turut berada pada sidang media sama turut mendedahkan, anaknya menangis bukanlah kerana sakit, tetapi terharu atas layanan yang diberikan oleh si bapa.
“Cess pula menangis bukan sebab sakit, tapi dia macam terharu. Dia sedih bukan sebab dia sakit…tidak. Cuma biasalah kalau kita pukul anak tu, ada merah-merah tu adalah tetapi tidaklah sampai mencederakan,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Aliff turut menegaskan dia berbuat demikian demi mengajar dan menyuruh anaknya agar mengenakan tudung.
Ads
“Saya menyuruh anak saya pakai tudung. Tak kan saya nak suruh anak saya tu dah pergi disko minum arak baru saya nak rotan?
“Kalau macam tu, kau orang maki saya kata tak pandai jaga anak. Jadi nak yang macam mana?” soal Aliff yang tidak mengerti perihal apakah yang diinginkan netizen.
Aliff bagaimanapun mengaku tersilap kerana memuat naik rakaman berkenaan.
Ads
“Ya kesalahan saya adalah saya buat posting. Saya mengaku dan minta maaf. Tapi tujuan saya adalah untuk kongsi yang Cess baru saja bertudung 1 Januari lalu,” katanya panjang lebar.
Ikuti rakaman penuhnya di Instagram Media Hiburan.
Terdahulu, Aliff menjelaskan segala isu mengenai kontroversi yang berlaku sejurus pelancaran produk AS Legacy dan pertunjukan fesyen Indahnya Raya 2019 anjurannya di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana.
As Legacy di bawah payungnya bukan sahaja mahu dikenali sebagai syarikat penjual kosmetik dan fesyen semata, tetapi juga mahu dikenali sebagai label yang menjual barangan kepeluang di bawah bumbung yang sama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Komposer, penulis lirik dan penyanyi, Ed Sheeran menang kes saman akta hak cipta lagu Shape of You yang didakwa memplagiat lagu Oh Why nyanyian Sami Chokri atau nama pentasnya, Sami Switch.
Sami yang merupakan seorang artis muzik elektronik mendakwa yang cengkok bait lirik dan muzik ‘Oh I’ dalam lagu Shape of You sangat mirip dengan cengkok bait dan lirik ‘Oh Why’ di dalam lagu yang dihasilkannya bersama Ross O’Donoghue.
Komposer lagu Shape of You mengambil tindakan undang-undang pada 2018 selepas royalti lagu itu dibekukan apabila Sami dan Ross meminta Performing Rights Society (PRS) menambah mereka pada kredit sebagai penulis bersama.
Setelah hampir 4 tahun berlalu, kes ini akhirnya selesai apabila Mahkamah Tinggi memutuskan yang kedua-dua lagu tersebut tidak sama. Hakim, Anthony Zacaroli menyatakan Ed Sheeran tidak meniru secara sengaja mahupun di bawah sedar seperti yang didakwa Sami.
Sejurus kemenangan berpihak kepadanya, penyanyi berusia 31 tahun ini memuat naik sebuah video di Instagram. Menerusi video tersebut dia menyatakan perasaan lega dan juga kekecewaannya terhadap isu tersebut.
“Ia benar-benar merosakkan industri penulisan lagu. Terdapat begitu banyak nota dan sangat sedikit kord yang digunakan dalam muzik pop, kebetulan pasti akan berlaku jika 60,000 lagu dikeluarkan setiap hari di Spotify. Itu 22 juta lagu setahun dan hanya ada 12 nota yang tersedia,” ujarnya.
Menurutnya lagi, dakwaan seperti ini telah menjadi kebiasaan kerana ada sesetengah pihak berpendapat yang menyelesaikan kes di luar mahkamah adalah lebih murah berbanding membawanya ke muka pengadilan.
Lagu Shape of You merupakan lagu dengan jualan tertinggi pada tahun 2017 di UK dan merupakan lagu paling banyak distrim oleh pendengar di Spotify sehingga kini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara, Iesya Toh mengingatkan mangsa-mangsa banjir di luar sana supaya lebih berhati-hati atau berwaspada terutamanya ketika berhadapan arus deras.
Jelas Iesya, ketika musim banjir ini, kita tidak dapat mengangak keadaan sesuatu kawasan dan kadang kala ianya boleh mendatangkan bahaya.
Malah, Iesya turut menyeru kepada para ibu bapa supaya memantau keadaan anak-anak kecil mereka dan jangan biarkan mereka bemain air tanpa pengawasan.
“Sebelum tido, Sya mohon anda semua lebih pentingkan nyawa dan keselamatan. Air terlalu deras! Kawal anak-anak. Jangan biarkan mereka main air! Terlalu bahaya dan bagi golongan dewasa, please jangan terlalu berani melawan arus deras!
“Jika anda tak biasa dgn kawasan itu, jangan redah. Dalam keadaan banjir kita tak boleh nak agak. Takut termasuk longkang besar atau sungai,” kongsinya
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Iesya menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Iesya turut menyifatkan keadaan banjir pada kali ini dilihat agak luar biasa dan dia berharap agar keadaan dapat kembali pulih dalam masa yang terdekat.
“Banjir kali ini sedikit luar biasa. Sama-sama kite doakan buat semua mangsa banjir, agar diberi kesabaran & digantikan dgn rezeki yg baik selepas ini. aamiin ya Allah aamiin,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa risau selain turut berharap agar mangsa-mangsa banjir ini diberikan kekuatan untuk berdepan detik sukar ini.
Sumber: Instagram Iesya Toh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terlalu banyak yang merisik bagaimana kejayaannya hamil setelah tiga tahun mendirikan rumahtangga, ulas pelakon jelita ini, dia akan berkongsi menerusi laman Instagramnya.
“Apa pun yang paling utama, rujuk doktor. Semoga dengan perkongsian dapat menolong wanita di luar sana yang telah lama menanti zuriat.
“Anzalna sendiri faham perasaan bila mana rezeki anak tak kunjung tiba, bagaimana tekanan yang dihadapi, insya-Allah sedikit masa lagi saya akan kongsi,” ulasnya ketika ditemui sewaktu menjadi panel untuk Women Empowerment Dialogue And Sharing Session.
Tidak mengalami sebarang alahan, katanya, pengalaman istimewa ini berjalan dengan tenang.
“Kalau bab pemakanan memang tak ada masalah, cuma bab kulit, bila pakai mekap akan naik jerawat.
“Cuma rasa badan tak selesa sebab sebelum ni normal, tiba-tiba berbadan dua. Kita jadi lebih berhati-hati.
“Hanif juga banyak membantu dan menyenangkan proses mengandung,” katanya yang mahu merahsiakan jantina bayi yang dikandung.
Mahu menjaga hati wanita lain yang masih menunggu zuriat, dia tidak mahu terlalu lantang berbicara soal anak dalam kandungan.
“Anzalna akan share tapi perjalanan masih jauh lagi. Tak mahu terlalu open. Saya nak sangat share tapi nanti akan ada yang berkecil hati.
“Tak mahu terlalu bercerita macam kita seorang sahaja yang mengandung. Apa yang Anzalna lalui sebelum ni, Anzalna kena faham juga perasaan wanita di luar sana.
“Kalau nak kongsi kegembiraan pasal anak pun, anak masih dalam perut lagi. No point nak cakap lebih-lebih sebab Anzalna pun tak ada pengalaman. Seeloknya Anzalna jaga perasaan wanita lain,” Anzalna berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan dalaman wanita, V Sensual Premium Intimate dikeluarkan oleh syarikat milik kakak iparnya, DD Secrets Sdn. Bhd.
Tambahnya, produk tersebut dijual dengan harga RM59 sebotol (100 mililiter) dan boleh diguna oleh wanita yang sedang hamil.
Foto – Instagram Anzalna
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sophia Albarakbah bakal bertemu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) minggu hadapan susulan laporan polis yang dibuatnya berhubung kes buli siber dan gangguan seksual, baru-baru ini.