Setiap insan yang pernah merasai kehilangan orang yang tersayang, pasti akan memahami apa yang dilalui oleh pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor.

Terdahulu, datuk kepada Neelofa, Noor Mohamed telah kembali ke rahmatullah pada 20 November 2018.

Neelofa atau sinonim dengan panggilan Lofa akui ia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dirinya apabila kehilangan ahli keluarga yang disayangi.

MH ada bertanyakan kepada pengacara yang berusia 30 tahun itu mengenai perasaan menyambut Syawal yang bakal menjelma tanpa datuk tercinta tahun ini.

“Tak tahu macam mana nak cakap perasaan itu nanti sebab sebelum ini pun dia di Kelantan, saya di Kuala Lumpur.

“Setiap kali saya balik ke Kelantan baru saya rasa kehilangan tu, bila saya di Kuala Lumpur saya rasa macam dia masih ada kat sana, ada di kampung.

IKLAN

“Jadi tak tahu macam mana perasaan raya tanpa adanya dia,”kongsi bintang asal Pasid Mas, Kelantan ini lagi.

Di samping itu, pengacara program MeleTOP itu mengharapkan ramadan tahun ini memberikan seribu satu keberkatan buat semua.

“Setiap tahun saya berdoa supaya saya, family, followers dan semua orang akan mendapat keberkatan, dapat menghayati ramadan ini dengan lebih baik.

IKLAN

“Kita pun dapat guna masa ni untuk buat amal ibadat, cari pahala sebanyak-banyaknya dan hayati puasa itu,” kongsi Lofa.

Terdahulu, Lofa telah ditemui MH di majlis pelancaran eksklusif Naelofar x Guardian di pelancaran koleksi ‘tote bag’ musim panas istimewa.

IKLAN

Koleksi berkenaan telah didatangkan dalam tiga pilihan corak yang menawan seperti Nature Beauty, Red Blossoms dan Floral Serenity.

Dengan setiap pembelian barangan Guardian bernilai RM20 untuk jenama terlibat dan juga belian RM30 untuk jenama lain, pembeli berpeluang mendapatkan ‘tote bag’ terhad itu dengan harga RM17.90 sahaja.

“Setiap Kali Balik Ke Kelantan Baru Rasa Kehilangan,”- Neelofa Sebak Bakal Sambut Raya Tanpa Datuk Tersayang

“Setiap Kali Balik Ke Kelantan Baru Rasa Kehilangan,”- Neelofa Sebak Bakal Sambut Raya Tanpa Datuk Tersayang

“Setiap Kali Balik Ke Kelantan Baru Rasa Kehilangan,”- Neelofa Sebak Bakal Sambut Raya Tanpa Datuk Tersayang

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI