Muat naik segala aktiviti anak-anak di media sosial, ia barangkali mungkin jadi satu kebiasaan normal dilakukan oleh hampir semua ibu di dunia.
Misalnya bagi pelakon Shakilla Khoriri, ini antara cara untuk berkongsi fasa sebagai seorang ibu.
Namun, komen ada netizen yang cukup melampaui batas sehingga ada cakap-cakap yang mengatakan perkongsiaannya keterlaluan.
Malah, dia juga dikata tidak menjaga sensitiviti pasangan yang tiada anak hingga ada komen yang turut mendoakan agar anaknya mati supaya dia lebih mengerti.
“tak habis2 updte psal ank, mcm kau sorang je ada ank. esok2 mati ank tu bru kau ada akal. jaga hti skit org yg tk blh nk ada ank,” tulis seorang pengguna media sosial.
Bagi setiap ibu yang hamil pasti akan merasai perasaan yang sangat mendebarkan jika ada perkara yang tidak diingini berlaku semasa mengandung.
Mungkin itulah situasi yang dihadapi pelakon Hanis Zalikha, baru-baru ini.
Hanis atau nama sebenar Hanis Zalikha Zainal Rashid kini sedang hamil anak kedua yang sudah mencecah usia 7 bulan.
Pelakon drama rantaian Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa itu ada berkongsi berita yang mendebarkan bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya.
“Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay berpuasa. Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Pastu dia diammm je. Baby yang kali ni dahlah sangat responsive, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang.
“Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy dia panggil dia, semua dia taknak respon. Omg nervous. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan cekelat biskut semua (kemain Maknya), dan dan tu juga baby tendang kuat gila.
“Aigo, Daddy dia pun kata “ala kesian, ngadu dekat Daddy ya”. Pastu semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay good, some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan.
“Jaga kiraan tendangan je sekarang. Kita tau time2 baby kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan tu bukan interval yang tepat sama setiap orang. Ia cuma bantu kita alert waktu aktif baby kita.
“Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya! So untuk kes-kes ibu seperti kita, swipe left untuk sumber dari zakat.com.my tentang fidyah & qada.”tulisnya.
Di samping itu, pelakon berusia 28 tahun itu berkongsi info mengenai fidyah dan qada bagi ibu yang mengandung di bulan ramadan.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan kesejahteraan buat Hanis sekeluarga.
MH juga turut mendoakan semoga Hanis dan bayi yang dikandungkan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Terdahulu, Hanis telah mendirikan rumah tangga bersama Hairul Azreen pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Yusof Iskandar pada 3 Jun 2016.
Memanjatkan kesyukuran dengan perkongsian gambar imbasan kandungan, Datin Seri Shahida memaklumkan berita gembira apabila bayinya sihat dan sudah mempunyai denyutan jantung.
Ulasnya, walaupun seorang lagi kembar telah disahkan gugur, namun dia harus reda dan bersyukur kerana telah diberikan banyak kenikmatan dalam hidup.
“Alhamdulillah walaupun satu dah gugur masih ada 1 lagi yg sangat2 sihat Dr kata…. dah ada denyut jantung pun…
“Terima kasih sahabat yg mendoakan…. doakan anak saya sihat dalam kandungan sehingga waktu melahirkan nanti…
“Saya redha je sebab saya percaya Allah bg saya byk nikmat…. anak saya ramai….. sedangkan byk. lagi mereka2 yg ikhtiar nak hamil belum merasakan lagi…… sepatutnya saya bersyukur Allah limpahkan banyak rezeki untuk saya…. apalah sangat diduga dgn sedikit ujian,” luahnya.
Pelakon dan penyanyi, Janna Nick menegaskan dirinya sentiasa akan mengakui berasal dari kampung, meskipun berpeluang melanjutkan pengajian di London, United Kingdom.
Menurut Janna, latar belakang...