
Pelakon Diana Danielle telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya ketika dia bersama anaknya, Muhammad semasa dirinya sedang berlatih Toyota Gazoo Racing yang berlansung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.
“Practice day today for TGR Race di Batu Kawan.Your son is taking care of me SO well here in Penang sayang @faridkamilz.”
“He made me coffee in the morning, attending to me with food and water, and helped me get suited up Ditatang bagai minyak yg penuh hehe @toyotamy#toyotagazooracing” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on
Lantas, video yang dimuat naik isteri kepada pelakon Farid Kamil itu telah menarik perhatian netizen.
Malah netizen turut memuji anak Diana yang bersikap sangat manja dan peyayang.
Alahai, sweet betul Muhammad dengan ibunya. Bertuah Diana dapat anak baik dan taat kepada ibu bapa.
Diana dan Farid telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan telah dikurniakan 2 cahaya mata bernama Muhammad , 6 tahun dan Nur Aurora, 4 tahun.
Video : Instagram Diana Danielle
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Seronok Bila Rakan Artis Pun Doa Yang Baik-Baik,” – Fattah Ulas Kesudian Siti Menyanyi & Merenjis Di Majlis Kahwin Amira Othman

Isi Kandungan
TogglePelakon Fattah Amin mengakui pada awalnya dia tidak memahami isu viral membabitkan komen Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang menyatakan kesudiannya untuk membuat persembahan dan merenjis di majlis perkahwinan penyanyi Amira Othman, baru-baru ini.
Menurut Fattah, dia tidak sempat membaca komen tersebut yang dibuat menerusi TikTok dan hanya mengetahui mengenainya selepas Amira sendiri menceritakan perkara itu kepadanya.
“Saya sebenarnya tak boleh baca komen itu. Bila Amira pun ada cakap fasal komen Datuk Siti, saya tak boleh nak relate. Saya tak sempat baca. Saya pun jadi blur sekejap.
“Jadi, Amira pun terangkanlah apa yang berlaku. Saya hanya boleh memberikan reaksi berdasarkan cerita yang dikongsikan Amira,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Pendekar Awang itu ditemui pada Majlis Iftar Keluarga Itu di Lado By The Lake, Shah Alam, pada Rabu.
Gembira Dengan Doa Baik
Dalam pada itu, Fattah turut meluahkan rasa syukur apabila ramai yang mendoakan perkara baik untuk dirinya dan Amira.
“Pada bulan Ramadan ini, kita kena sentiasa cakap dan doa yang baik-baik. Jadi, bila kita tengok komen-komen yang baik dekat live itu dan salah satunya daripada TokTi, kita pun gembira.
“Maknanya apa yang kami lakukan ini dapat hiburkan orang lain. Saya seronok bila rakan-rakan artis pun cakap yang baik-baik fasal saya. Nak komen lebih-lebih pun tak berani,” ujarnya.
Mengulas sama ada komen Siti Nurhaliza itu bakal menjadi kenyataan, Fattah menjelaskan bahawa dia bukan individu yang layak mengulas lebih lanjut.
“Itu komen TokTi kepada Amira. Beliau nak menyanyi dan merenjis di majlis perkahwinan Amira. Doakanlah yang baik-baik. Saya dan Amira ini hanyalah teman dan rakan sekerja.
“Saya pun tak tahu macam mana boleh ada khabar angin yang kata kami akan berkahwin selepas hari raya,” katanya lagi.
Restu Keluarga & Doa Buat Amira
Fattah turut berkongsi bahawa keluarganya merestui dan menyokong persahabatannya dengan Amira.
“Keluarga saya memang merestui dan suka dengan persahabatan kami. Amira pun pernah hadir ke majlis yang diadakan keluarga saya. Mereka pun tumpang gembira.
“Lagipun, Amira seorang rakan artis dan teman sekerja yang baik. Kalau nak kata kami ini teman tapi mesra, ia lebih kepada soal kerja,” jelasnya lagi.
Pada masa sama, Fattah memberitahu dia ada menitipkan doa buat Amira yang kini sedang menunaikan ibadah umrah pada 10 malam terakhir Ramadan.
“Saya ada kirim doa kepada Amira. Dia pula pergi umrah pada waktu yang sangat baik. Waktu ketika doa mustajab terutamanya pada 10 malam terakhir.
“Banyak doa yang saya kirimkan. Moga doa itu dimakbulkan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tapak Sewa Kecik Je Pakai Khemah,” – Teringat Detik Awal Hubungan, Betty Rahmat Bangga Kejayaan Suami Miliki 6 Outlet Bisnes

Pelakon, Betty Rahmad ada berkongsi cerita detik awal percintaan bersama suaminya, Ardy Damis di laman media sosial Instagram miliknya.
Betty mendedahkan, detik awal percintaan bersama Ardy adalah ketika suaminya baru sahaja memulakan perniagaan salun rambut yang terletak di Downtown Cheras.
Pada masa sama, pelakon ini meluahkan rasa bangga dengan kejayaan suaminya yang kini sudah memiliki 6 buah cawangan salun rambut.
“Teringat masa mula-mula kita dating dulu u bawak i tengok kedai u dekat Downtown Cheras. Tapak sewa kecik je pakai khemah.
“Lepas tu business u grow & grow. And sekarang dah ada 6 outlets & office. Alhamdulillah saya akan terus doakan yang terbaik untuk kamu suamiku @ardydamis @nimrocbarbershop akan terus terbang tinggi.
“Amin #ardywira #2years2monthsold,” tulisnya.
Imbas kembali, Betty telah mendirikan rumah tangga bersama Ardy pada 4 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama, Ardy Wira, 2 tahun.
Foto: Instagram Betty Rahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
AME2021: Sherry Al Hadad Jadi Hos Ketiga, Mekanisme Baru Pilih Pemenang Anugerah Utama

Penyanyi popular, Khai Bahar mendominasi senarai akhir ‘top 5’ di Anugerah MeleTOP Era edisi kelapan (AME2021) yang akan bersiaran secara langsung di Astro Ria dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 30 Januari depan.
Lima kategori berkenaan ialah Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP, Grup/Dup MeleTOP, Artis Versatil dan kategori Program MeleTOP Era.
Sementara itu, penyanyi Shiha Zikir dan kumpulan pop Dolla, masing-masing tercalon di dalam empat kategori.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, AME2021 bakal menampilkan kelainan yang besar dari segi kategori utama yang turut akan diadili oleh juri.
“Kelainan besar tersebut antara lain adalah menerusi bagi kategori utama iaitu Top Top MeleTOP Era, yang mana ia akan turut diadili barisan juri profesional. Mekanisme ini dilakukan selepas mengambil kira respon seperti wajah sama saja yang menang setiap tahun.
“Pada masa sama, ia juga bagi mengangkat kredibiliti kemenangan pada tahap yang lebih tinggi. Para juri terdiri daripada barisan panel yang berpengalaman dan berpengaruh dalam industri hiburan tempatan.
“Jadi kali ini, kami mahu ia lebih selari di antara populariti dan kualiti selain lebih tulus dengan adanya kehadiran juri yang akan menguatkan lagi pemenang yang dirasakan layak,” katanya.
Ditanya mengenai pemilihan Sherry AlHadad sebagai hos ketiga, Norzeha mengakui keserasian di antara mereka bakal memberikan kelainan.
“Terdapat beberapa nama yang dicadangkan pihak AME, termasuk yang pernah mengacarakan anugerah ini.
“Bagaimanapun kami percaya kehadiran Nabil Ahmad dan Jihan Muse bakal memberikan sesuatu yang lebih segar seterusnya menghangatkan pentas AME tahun ini,” katanya lagi.
AME2021 turut disiarkan menerusi Astro 4K UHD, Astro Go, On Demand dan Sooka.
Acara kemuncak AME2021 pula bakal dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi tersohor yang mewakili generasi ‘lejen’ dan ‘BBNU’ seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Noraniza Idris, Bunga, Yonnyboii, Zynakal serta ramai lain.
Berikut senarai Calon Top 5 Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021):
Penyanyi Meletop Era
1. Amir Masdi (Asmara)
2. Ernie Zakri (Gundah, Boneka)
3. Haqiem Rusli (Adlina Marie, Bangkit, Mimpi)
4. Khai Bahar (Durja)
5. Siti Nordiana (Angkara)
Bintang Filem Meletop
1. Fattah Amin (Mimiland)
2. Kamal Adli (Superbike)
3. Sharnaaz Ahmad (Jebat)
4. Shiha Zikir (Hantu Bonceng 2.0)
5. Syahmi Sazli (Mael Totey The Movie)
Pelakon Meletop
1. Dini Schatzmann (A.I In Love)
2. Fasha Sandha (Sihir Pemisah)
3. Mira Filzah (Bidadari Kiriman Tuhan)
4. Uyaina Arshad (Perempuan Tanpa Dosa)
5. Uqasha Senrose (Perempuan Tanpa Dosa)
Artis Baharu Meletop
1. Dini Schatzmann (A.I In Love)
2. Dolla (Dolla Make You Wanna)
3. Meerqeen (Angkara Cinta)
4. Nadhir Nasar (Tercipta Satu Ikatan)
5. Syahmi Sazli (Mael Totey The Movie)
Grup/Duo Meletop Era
1. Dolla (Dolla Make You Wanna)
2. Faizal Tahir, Elly Mazlein & Zizi Kirana (Empat Dara 2020)
3. Hael Husaini, Haqiem Rusli & Naim Daniel (Lara)
4. Khai Bahar & Aina Abdul (Nafas Cinta)
5. Shiha Zikir & Noki (AEOW)
Lagu MeleTOP Era
1. AEOW (Shiha Zikir & Noki )
2. Empat Dara 2020 (Faizal Tahir, Elly Mazlein & Zizi Kirana)
3. Lara (Hael Husaini, Haqiem Rusli & Naim Daniel)
4. Dolla Make You Wanna (Dolla)
5. Nafas Cinta (Khai Bahar & Aina Abdul)
Filem Meletop
1. Ada Apa Dengan Dosa
2. Hantu Bonceng 2.0
3. Jebat
4. M4M4
5. Mael Totey The Movie
Drama Meletop
1. Kampung Pisang Bersiri-siri (Astro Citra)
2, Bidadari Kiriman Tuhan Ep24 (Astro Ria)
3. Perempuan Tanpa Dosa Ep22 (Astro Ria)
4. Then Maid (Gempak Studio)
5.Angkara Cinta (Astro Citra)
Program Meletop
1. Jejak Ebit Lew siri 1 EP 6
2. Big Stage Siri 3 EP 8
3. Konsert Minggu Ini – #123 Khai Bahar – RTM
4. Next To Neelofa Siri 1 EP 4
5. Sepahtu Reunion Live 2020 Siri 4 EP 8
Artis Versatil Meletop
1. Alvin Chong (Pelakon, penyanyi, Youtuber, Tiktoker)
2. Azira Shafinaz (Pelakon, penyanyi, Hos)
3. Khai Bahar (Pelakon, penyanyi)
4. Siti Nordiana (Pelakon, Penyanyi)
5. Shiha Zikir (Pelakon, Penyanyi, Youtuber)
Influencer Meletop
1. Cupcake Aisyah
2. Muabellaz
3. Azfar Heri
4. Dr Say
5. Sharifah Rose
Personaliti TV Meletop
1. Jep Sepahtu (Sepahtu Reunion Live 2020)
2. Alif Satar (Big Stage Siri 3)
3. Luqman Hariz (Awani 7.45)
4. Jihan Muse (Gegar Vaganza Siri 7)
5. Ustaz Ebit Lew (Jejak Ebit Lew)
Couple Meletop
1. Aiman Hakim & Zahirah MacWilson
2. Emma Maembong & Muhammad Shazli
3. Fasha Sandha & Aidil Aziz
4. Fattah Amin & Nur Fazura
5. Mira Filzah & Wan Emir
Si Cilik Meletop
1. Aqeef Anaqi (Amyra Rosli & Amar Bahrin)
2. Arianna Aubrey & Karl Kareef (Datin Eina Azman & Datuk Kaiser)
3. Ayya Soffya (Aeril Zafrel & Wawa Zainal)
4. Issac Raees (Aiman Hakim & Zahirah MacWilson)
5. Jebat Jayden (Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila)
BBNU Meletop
1. Alyssa Dezek
2. Amir Masdi
3. Azzam Sham
4. Dolla
5. Naim Daniel
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI