Selepas menjadi antara individu terawal yang menginap di villa bawah air, The Muraka yang terletak di Conrad Maldives Rangali Island Oktober tahun lalu, Neelofa sekali lagi diberi kesempatan secara eksklusif untuk mengisi masa di resort mewah Jumeirah Al Wathba, Abu Dhabi pula.
Difahamkan, hos MeleTOP dan usahawan ini menjadi antara individu terawal yang menginap di lokasi serba mewah itu selama 5 hari 4 malam selepas dijemput khas bagi menjayakan suatu projek istimewa.
Ketika pelancaran resort tersebut, Neelofa dikatakan turut diperkenal dengan pemilik resort, H.E. Sultan Al Humairi minggu lalu.
Menyediakan layanan kelas pertama, resort berkenaan menjadi antara lokasi menarik terkini yang serba eksklusif di Abu Dhabi.
Ads
Jom tatap beberapa foto Neelofa saat menginap di resort berkenaan.
Pasangan selebriti, Raf Yaakob dan isterinya, Mawar Rashid telah pun mengadakan majlis doa selamat sebagai persediaan menyambut kelahiran anak sulung mereka tidak lama lagi.
Dilangsungkan dalam suasana sederhana tetapi meriah, Mawar kekal tampak anggun mengenakan persalinan khas ibu mengandung. Sedondon putih bersama suami tersayang.
Bagaimanapun, salah satu posting video di Instagram Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob saat menjadi imam mencuri perhatian ramai.
“Sekitar majlis doa selamat semalam sempena @mawarashid yang sedang menanti hari. Kami semua berdoa semoga dipermudahkan segala urusan bersalin nanti. Insyaa’Allah. Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberi komen positif dan tidak kurang yang turut mendoakan agar proses bersalin peserta Dewi Remaja 2014/15 itu dipermudahkan.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 November 2018.
Foto: Instagram Raf Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menariknya,Shahida sempat berkongsi pengalamannya memakai tudung ketika berusia 14 tahun.
“Mama Pakai tudung sepenuhnya umur 14 tahun tapi waktu tu teringin juga nak free hair sampai umur 15-16 tahun tu nak merasa x pakai tudung….siap dah ikat rambut lawa2…sudahnya tiba2 rasa x nak keluar pula sebab x pakai tudung..
“Kesimpulannya Kalau kita dah biasa bertudung Insya Allah niat tu Allah pelihara…..
“Yg x bertudung tu bukan nya x baik….baik sangat2 byk yg saya jumpa sangat2 baik……
belum sampai lagi masanya….doakan yg baik2 utk orang yg baik2 juga datang pada kita,”tulis Shahida.
Menjengah di Instagram Qadejah atau Nur Shahida Qadejah El-Zehra pula, dia juga ada berkongsi gambar dengan imej terbarunya itu(berhijab) awal tahun ini.
Penyanyi dan pelakon, Amira Othman baru sahaja memuat naik entri menerusi Instagram, berhubung suatu artikel yang telah disiarkan menerusi sebuah portal.
Kata Amira dia meminta peminat supaya membaca isi kandugan artikel berkenaan terlebih dahulu.
“Ok bawak bertenang ya semua. Penuh notification ? ni lah bahaya kalau headline mencetus cerita cerita lain. Biar sy explain ye. Tk senonoh ye ckp psl kentut.
“Kebanyakkan fans yg tanya selain tentang make up, ada juga yg tanya ‘sy ada wudhuk tp kalau nk kentut sy susah nk jaga menyebabkan sy terus tk solat’ soalan ni sy dah refer pada ustaz @syedkadir sebelum sy share dgn awk semu,” tulisnya.
Pada masa sama, penyanyi lagu Mimpi Indah ini juga menambah dia berkongsi perkara tersebut bukan kerana dirinya mahu dilihat baik, sebaliknya hanya ingin berkongsi kepada mereka di luar sana untuk sama-sama menjadi lebih baik.
“Kalau awk tak tahan kentut menyebabkan awk tk solat, maka WAJIB tahan kentut k! Headline pun kemain ni? sy mohon korg baca isinya. Jgn ambil yg negative. Kalau awk org lelaki mungkin awk lebih mudah jaga wudhuk, utk prmpuan yg kerjanya 24jam make up, sy fhm struggle nya nk ubah diri jd lebih baik. Jd ambil lah yg elok, yg tk elok tk usahlah di ambil.
“Of course lah tahan kentut saja2 tak bagus. And ustaz kata solat dlm keadaan camtu makruh. Tapi daripada tak solat semata2 sbb wudhuk dah batal and takleh ulang wudhuk, maka baik tahan wudhuk tu.
“Sy share bukan sbb sy baik, sy cuma kongsi apa yg anda tanya supaya kte sama sama boleh usaha jd yg lebih baik. Ok dah sabar semua hari jumaat ni jgn rungsing2 k ? benda kecik je jgn stress2 tau,” akhirinya.
Pelakon dan pengarah Liyana Jasmay terkilan dengan sikap segelintir pemain industri seni yang didakwa gemar menjatuhkan orang lain serta kurang selesa apabila melihat individu lain mencapai kejayaan.