Bagi mempromosikan lagu single terbaru Ariana Grande berjudul 7 rings, Ariana telah cacah tatu baru bagi perkataan 7 rings dalam bahasa jepun.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu By My Side itu telah memuat naik gambar tatu tersebut di Instagram miliknya.
Lantas, peminat mendapati tatu tersebut membawa maksud salah iaitu ‘Japanese style BBQ grill’.
Setelah itu Ariana telah membuang gambar tersebut dari akaun Instagram miliknya.
Menurut sumber TMZ, Ariana telah cuba memperbaiki tatu tersebut dan rupanya masih salah kerana perkataan tatu tersebut bermakna ‘Japanese BBQ finger’ setelah ia dibaiki.
Jadinya, Ariana telah mendapat satu tawaran dari sebuah syarikat pembuangan tatu, Laser Away yang mahir dalam bidang pembuangan tatu.
Laser Away telah menawarkan rawatan pembuangan tatu yang mencecah lebih 1 Juta USD kepada Ariana dan sekaligus mahu menjadikan Ariana sebagai jurucakap untuk syarikat tersebut selama 1 tahun.
Sehingga kini, tiada lagi kepastian dan jawapan dari pihak Ariana Grande mengenai perkara ini.
Sumber: Twitter TMZ
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara Nana Mahazan mengakui dia terkejut dan tak sangka namanya ‘tersangkut’ dalam senarai Top20 bagi kategori Artis Fesyen MeleTOP.
Menerusi kategori berkenaan, ibu kepada dua cahaya mata ini bersaing dengan nama-nama besar dalam dunia hiburan tempatan seperti Neelofa, Scha Alyahya, Fazura dan ramai lagi.
Rasa terkejut itu turut dikongsikan Nana menerusi Instagram.
“Semalam..kelakar sebenarnya masa Meletop jemput kata kakak tercalon utk Top20 AME19 tapi tak bgtau utk kategori apa.. So kakak assume utk kategori hos lah kot ye.. tp smlm tgk senarai nama hos tiada ye.
“Kakak pun mcm, ‘eh takkan kategori penyanyi pulak..’??? ok berangan.. hahaha.. sekali kategori Fesyen Meletop sebaris Neelofa, Scha, Awal, Fazura, Hael dan lain lain, so mmg lah kakak tertinggal 10 tiang ?? but hey, Top20 pun ok kan..? .
.
Kalau kategori hos meletop pun mmg tahu jua akan lagi tertinggal bertiang2, sebab Top20 dia mmg semua power.. but ingat sebab tu keje kakak kan.. kakak cuba lagi next year.. hehehe…,” tulisnya.
Pada masa sama, Nana turut mengucapkan terima kasih kepada pihak MeleTop atas pencalonannya bagi kategori berkenaan.
“Apa pun thanks Meletop atas acknowledgment n tersenarai Top20 utk kategori Fesyen Meletop.. Alhamdulillah, kakak bersyukur.. This is my first AME pun.. so yeay! .
Congrats to the rest yg nominated utk kategori masing2…,” kongsi Nana.
Menjelaskan mengenai perkara tersebut, Nana memberitahu dia bersyukur meski dirinya sudah lama terlibat dalam pengacaraan.
“Itulah penat saya datang hari ini sebab ingatkan tercalon bagi kategori pengacara. Tapi akhirnya nama ‘sangkut’ untuk kategori fesyen. Tapi tak mengapalah sebab nama saya sebaris dengan Neelofa. Jadi saya onz sahajalah.
“Apa pun, saya turut mengharapkan peminat buka mata atau sedar dengan kehadiran saya dalam dunia pengacaraan memandangkan sudah telibat lebih 15 tahun dalam bidang tersebut.
Video itu telah dimuat naik oleh Liza bertujuan untuk meluahkan rasa rindu untuk menyanyi dah membuat persembahan.
Rata-rata netizen terkejut apabila Liza memuat naik video tersebut kerana menyangka penyanyi itu menyanyi ketika dalam berpantang selepas 9 hari melahirkan anaknya.
Jangan terkejut ya netizen. Liza sekadar mengimbau kembali dan meluahkan rasa rindu untuk menyanyi kembali.
Apa-apa pun diucapkan kepada Liza Hanim untuk selamat berpantang dan semoga semuanya baik-baik sahaja.
Untuk rekod, Liza telah bersalin anaknya yang kelima pasa yang 25 Januari lepas.
Video : Instagram Liza Hanim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).