Lantas, video tersebut menjadi perhatian peminat pasangan duet ini kerana Dayang menyanyikan lagu Jampi yang pernah dijulang sebagai Juara Lagu tidak lama dulu.
Rata-rata netizen memuji Dayang dan turut tehibur apabila melihat adegan spontan yang kelakar daripada Hael dalam video berkenaan.
Ads
Ads
Alahai, kelakar betul tengok pasangan duet ini hingga boleh dikatakan ‘perfect match’ betul!
Untuk rekod, pasangan duet ini telah menjuarai Anugerah Juara Lagu 33 menerusi Haram.
Video : Instagram Hael Husaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lagi tiga hari sebelum menjelang Hari Kekasih, namun Zul Handy Black menerusi laman Instagram telah memberi amaran awal kepada netizen.
Tulisnya di ruangan kapsyen, ia adalah hari keraian yang dicipta oleh orang kafir.
“Saje nak bagitau awal2…
Takyah ikut sangat la…
Takyah nak celebrate sangat la…
Takyah rasa bangga sangat la…
Takyah rasa stylo sangat la…
Takyah rasa semarak cinta sangat la…
Takyah rasa loving sangat la…
Takyah rasa romantik sangat la…
Takyah jadi bangang sangat la…
Sebab ini adalah hari keraian yang dicipta oleh kafir…
Jangan ikut sangat…
Islam tak ajar benda2 ni semua…
Nabi tak suruh raikan hari Valentine ni…
Korang jangan nak tiru2 sangat budaya kafir ni,” tulisnya.
Pelakon Mantra ini mempersoalkan mengapa orang Islam tidak mahu mengikut cara yang dianjurkan para Rasul dan nabi?
“Kafir berjaya bukan dengan perang atau pengaruh manusia masuk agama diorang…
Kafir berjaya dengan mempengaruhi sekelian manusia supaya ikut2 gaya dan cara diorang… Kenapa ramai Islam taknak ikut cara yang dianjurkan oleh para Rasul dan Nabi eh…?
Kenapa ramai Islam suka ikut dan nak jadi macam kafir eh…?
Jangan poyo sangat ikut2 kafir tu…
Nanti susah di padang mahsyar nanti,” ulasnya lagi.
Malah, dia menempelak masih ada lagi individu yang melakukan kemungkaran walau telah berulang kali ditegur.
“Banyak kali dah share benda2 camni…
Si jahil yang degil masih banyak lagi bersepah…
Kesedaran tak sampai2 jugak kat diri…
Jangan cakap abang tak payung…
“TAK PERCAYA…?!
“Kita pantau je nanti 14 february…berapa ramai yang kata dirinya Islam, tapi meraikan hari2 meriah ciptaan kafir ini…yang mana matlamatnya sikafir adalah memang ingin menjauhkan kita dari agama Islam dan sunnah Nabi…
Berapa ramai Islam nak ikut2 budaya kafir…?
Tepuk dada tanya IMAN…
Manusia yang memang nak melakukan kemungkaran, diorang memang tak rasa apa apa dengan teguran dan pesanan…
Mereka lagi seronok dan terbuai mengikut bisikan syaitan…
Lantak la kalau sentap!
Umat akhir zaman memang ramai yang akan ikut kafir…sampai kafir masuk lubang biawak pun, pasti ada yang follow jugak…bangang sungguh…
Bukankah ISLAM itu sudah tersedia indah…?” katanya.
Selepas lebih tiga tahun pelakon dan pelawak senior, Allahyarham Mr.Os meninggalkan kita semua, kini anak gadisnya Syafiqa Hayra melakar momen tersendiri apabila berjaya mendapatkan segulung ijazah kedoktoran.
Berita mengenai kejayaan anak gadis kepada bintang terkenal itu mendapat liputan media media baru-baru ini.
Menurut Syafiqa, dia menyifatkan apa yang berlaku sebelum ini sebagai pembakar semangat buatnya untuk terus maju dalam bidang pengajian yang diambil.
“Kejayaan ini saya dedikasikan kepada arwah ayah kerana banyak menyokong saya untuk menceburi bidang perubatan.
“Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah. Alhamdulillah ijazah ini amat besar maknanya kepada saya dan terima kasih kepada arwah ayah serta keluarga yang sering memberi semangat untuk saya meneruskan cita-cita.
“Arwah selalu berpesan supaya saya menjadi seorang doktor yang akan berbakti kepada masyarakat dan berkhidmat kerana Allah,” kongsinya kepada Harian Metro.
Mr Os meninggal pada 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.
Ikuti beberapa keping milik Syafiqa saat tamat pengajian.
Menerusi klip video yang dikongsikan di laman Instagram adamsautismfamily, Iman Wan meluahkan rasa yang cukup meruntun hati.
Video menunjukkan ekspresi kasih sayang Adam kepada ibunya dengan ciuman bertalu-talu di bahagian wajah.
Biarpun dinasihatkan supaya meletakkan Adam di hospital agar keluarga ini boleh menjalani hidup normal, namun sifat penyayang anak autism kepada keluarga menyebabkan mereka sukar berbuat demikian.
Ulasnya, biarpun Adam selalu bertindak agresif, namun tindakan itu turut menyedihkan diri sendiri.
“This is why it is so hard for us to put our son away in the hospital despite all the aggression we had to deal with. We have been advised to do that so that we can have a break in our lives.
“Adam is a very affectionate and loving boy beneath all the meltdowns and his aggression. He may have hurt me and my wife countlessly but we know it hurts him too every time he does it,” luahnya.
Tidak pernah mahu berputus asa, malah keluarga ini akan sentiasa mencari jalan terbaik untuk menjaga anak syurga ini. “Hadiah’ istimewa kurniaan tuhan ini akan dipikul dengan penuh tanggungjawab.
“We always remind ourselves over and over about that. This is what kept us going, never giving up on our son and continuously making efforts to help him overcome his conditions to the best we can. May Allah continue to keep us strong and healthy and successfully do our responsibilities in taking care and helping HIS gift to us,” tambahnya lagi.
Mengakui bukanlah insan sempurna, namun Iman Wan dan isteri berharap agar cabaran dan kesukaran yang dihadapi ketika menjaga Adam dapat membantu mereka di akhirat kelak.
“Mommy and daddy are not perfect people, banyak berdosa. Let us struggle didunia now menjaga Adam, and hopefully Adam will help mommy and daddy di akhirat nanti.
“Daddy and mommy love Adam so much especially mommy. Kasih Ibu tiada tandingannya. Adam knows that. He sayang his mommy more than anything in the world,” ulasnya.
Penyanyi Emma Suhaimi mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16 Kilogram (Kg) dalam tempoh enam bulan sebagai persediaan untuk kemunculan semulanya menerusi single berjudul Tersakiti.