
Penyanyi, Ammar Haikal mendoakan agar kakaknya yang juga finalis Talk To My Manager 2 (TTMM2), Azeva Natassha, mampu membawa pulang gelaran juara pada konsert akhir program berkenaan yang bakal berlangsung esok.
Menurut Ammar, dia sekeluarga sentiasa memberikan sokongan penuh kepada Azeva walaupun ada di antara mereka tidak dapat hadir menyaksikan persembahan Azeva pada malam penentuan itu atas kekangan kerja.
“Harapan untuk kakak saya? Insya-Allah saya memang harap yang dia boleh bawa balik gelaran juara itu.
“Walaupun saya tahun lepas dapat nombor empat, saya memang nak tengok kejayaan yang lebih besar buat kakak.
“Saya nak dia jadi seorang juara kalau boleh. Itu memang harapan saya dan keluarga” katanya yang percaya kepada rezeki.
Ammar berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video single pertamanya berjudul Gila Bayang yang berlangsung di XO House, pada Jumaat.
Optimis Nak Lihat Kakak Pergi Lebih Jauh
Ditanya mengenai dirinya yang sering dibandingkan dengan Azeva oleh sesetengah pihak, Ammar yang juga bekas finalis TTMM musim pertama menjelaskan dia tidak pernah menganggap perkara tersebut sebagai satu persaigan.
Sebaliknya, dia bangga melihat kakaknya kini semakin dikenali dan mendapat perhatian ramai dalam industri seni.
“Jika ada yang membandingkan kami, saya tak ambil sebagai negatif pun hal tersebut.
“Tapi saya lebih kepada rasa bangga sebab kakak saya pun kini sudah bergelar seorang artis.
“Saya rasa dia pun miliki pakej lengkap. Ada rupa, ada suara dan karakter dia sendiri, itu yang membuatkan orang suka.
“Jadi saya tak ambil perkara itu sebagai persaingan. Saya lebih kepada menyokong apa sahaja yang dilakukannya,” ujar Ammar lagi.

Baca Artikel Lain;
Bangga Lihat Pencapaian Azeva
Dalam masa sama, Ammar mengakui dia berbangga dengan perkembangan karier seni Azeva yang disifatkan semakin matang seterusnya berjaya mencipta nama sendiri.
Menurutnya, perubahan yang ditunjukkan anak kepada penerbit Dato A Aida itu juga cukup ketara berbanding dahulu.
“Saya sangat bangga dengan kakak saya. Dulu Azeva seorang yang sangat introvert, dia kalau boleh tak mahu orang kenal dia sangat.
“Tapi bila saya tengok dia sekarang, hari-hari saya tengok siaran langsung dia, saya rasa macam, ‘Oh, kakak aku dah berjaya’.
Anda mungkin berminat dengan
“Sampai sudah tercalon anugerah juga. Alhamdulillah, seorang lagi anak Ameng kini berada dalam dunia industri seni,” katanya.
Azeva bakal bersaing bersama empat lagi finalis TTMM2 lain bagi merebut gelaran juara.
Saksikan konsert akhir Talk To My Manager 2 yang berlangsung setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Program itu turut boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

