Ads

Mua Bellaz Belum Sedia Lepas Anak Sertai Program TV, & Selesa Biar Mereka Nikmati Zaman Kanak-Kanak

Bellaz
Bellaz

Pempengaruh dan usahawan, Mua Bellaz menjelaskan dia belum bersedia untuk membenarkan anak-anaknya terlibat dalam mana-mana program realiti nyanyian meskipun difahamkan pernah menerima tawaran sedemikian.

Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini, berkongsi pendapatnya itu selepas diajukan persoalan mengenai sejauhmana penerimaannya jika ada di antara anak-anaknya terbabit dalam program sedemikian.

Anak sulungnya, Nur Airis Alisha atau lebih mesra disapa Ica, pernah mendapat tawaran, namun dia memilih untuk menangguhkan hasrat tersebut kerana merasakan usia anaknya masih terlalu muda.

Mahu Jaga Batas & Lindungi Anak-Anak

“Belum lagi dan dia pun masih muda. Lagipun budak-budak sekarang kena jaga, batas dia dan sebagainya. Tapi apa pun saya tak akan benarkan lagi.

“Cuma anak sulung macam malu-malu. Tapi yang bongsu (Wara) dia okay sahaja. Bagi saya dia ialah Mua Bellaz yang kedua,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pendiriannya yang tidak mahu anak-anak bekerja pada usia muda, ibu kepada empat cahaya mata itu menjelaskan dia lebih selesa membiarkan mereka menikmati zaman kanak-kanak.

“Macam anak-anak saya, saya biarkan sahaja kalau mereka nak bermain dan sebagainya. Saya bagi mereka explore apa sahaja asalkan tidak membahayakan diri sendiri,” jelasnya lagi.

Belum Rancang Tambah Anak, Namun Tak Menolak Rezeki

Dalam pada itu, Bellaz mengakui dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, dia tetap terbuka sekiranya dikurniakan rezeki untuk hamil lagi pada masa akan datang.

Ads

“Tapi kalau ada alhamdulillah. Insyaa-Allah kalau ada rezeki tu adalah, tak tutup kilang,” katanya lagi.

 

Mua Bellaz Belum Sedia Lepas Anak Sertai Program TV, & Selesa Biar Mereka Nikmati Zaman Kanak-Kanak

Mua Bellaz Belum Sedia Lepas Anak Sertai Program TV, & Selesa Biar Mereka Nikmati Zaman Kanak-Kanak

Mua Bellaz Belum Sedia Lepas Anak Sertai Program TV, & Selesa Biar Mereka Nikmati Zaman Kanak-Kanak Mua Bellaz Belum Sedia Lepas Anak Sertai Program TV, & Selesa Biar Mereka Nikmati Zaman Kanak-Kanak

Baca Artikel Lain;

Ads

https://www.mediahiburan.my/saya-sibuk-jadi-champion-wife-king-coco-akui-hidup-lebih-tenang-berehat-daripada-aktif-di-media-sosial-fokus-bisnes/

Bellaz berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran siri terbaharu Bellaz Signature di The Agam, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada majlis sama, Perfume Paradise turut memperkenalkan koleksi Bellaz Signature yang menampilkan tiga wangian eksklusif hasil kolaborasi bersama duta jenamanya itu.

Koleksi tersebut mempunyai tiga haruman unik iaitu Vanille Veil, Violet Haze dan Velvet Skin yang dibangunkan dengan identiti tersendiri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perfume Paradise, Nur Afiqah, penghasilan Bellaz Signature mendapat inspirasi daripada personaliti serta pengaruh Mua Bellaz sendiri yang disifatkan sebagai ikon dalam kalangan peminatnya.

Ads

“Kami mahu menghasilkan sesuatu yang unik dan berbeza daripada wangian-wangian sebelum ini, sekali gus mencerminkan keperibadian Mua Bellaz.

Anda mungkin berminat dengan

“Bella Signature ini kami menghasilkan wangian yang benar-benar eksklusif dan tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana haruman lain di pasaran.

“Profil haruman dan hala tuju setiap wangian dibangunkan khas bagi memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengguna. Setiap wangian mempunyai karakter dan profil haruman yang berbeza,” katanya.

Pemilihan Mua Bellaz

Berkongsi mengenai pemilihan Mua Bellaz sebagai rakan kolaborasi, Nur Afiqah berkata hubungan kerjasama yang terjalin selama 11 tahun menjadi antara faktor utama kolaborasi tersebut diteruskan.

“Tahun 2026 menandakan tahun ke-11 kerjasama kami dan sepanjang tempoh itu, dia menunjukkan komitmen yang tinggi, profesional dan sangat mudah untuk bekerjasama,” katanya lagi.

Acara sama turut menampilkan Rafaela Li-Topalian, seorang Perfume Evaluator dari Perancis bagi berkongsi pandangan profesional mengenai pembangunan dan karakter unik setiap wangian dalam koleksi Bella berkenaan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

@mediahiburanofficial Tahniah diucapkan kepada personaliti media sosial, Mua Bellaz yang baharu sahaja melancarkan koleksi harunan terbaharunya di bawah jenama wangian tempatan terkenal 🌹 Koleksi berkenaan menampilkan tiga haruman unik & eksklusif yang dibangunkan dengan identiti tersendiri bagi menawarkan pengalaman wangian berbeza kepada pengguna. Memang wangi! ♥️ #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

King Coco

“Saya Sibuk Jadi ‘Champion Wife’,” – King Coco Akui Hidup Lebih...

Pempengaruh dan usahawan sensasi, King Coco mengakui kehidupannya kini jauh lebih tenang selepas mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada terus aktif daripada dunia media sosial.
error: Hello. Cannot.