Ads

“Alhamdulillah…,” – Marissa Dania & Ahmad Aslam Sah Bercerai, Reaksi Ringkas Abby Abadi Jadi Sorotan

‘Alhamdulillah’

Demikian reaksi ringkas pelakon Abby Abadi selepas anaknya, Marissa Dania Hakim disahkan bercerai dengan suaminya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, pagi tadi.

Reaksi tersebut seakan memberikan gambaran Abby kini bersyukur kemelut rumah tangga melibatkan anaknya itu sudah pun berakhir.

“Alhamdulillah…,” – Marissa Dania & Ahmad Aslam Sah Bercerai, Reaksi Ringkas Abby Abadi Jadi Sorotan

“Alhamdulillah,” tulis anggota kumpulan Elite itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Menerusi hantaran sama, Abby turut berkongsi semula rakaman video daripada sebuah platform media sosial progam hiburan yang memaparkan suasana di luar
Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur saat prosiding melibatkan anaknya.

“Alhamdulillah…,” – Marissa Dania & Ahmad Aslam Sah Bercerai, Reaksi Ringkas Abby Abadi Jadi Sorotan

Komen Pelbagai Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Abby dan Marissa.

Ads

Berikut antara komen-komen netizen;

“Alhamdulillah, ibu yang tahu apa yang lebih baik.”

“Teruskan perjalananmu adik. Dunia ini luas. Kejar cita-cita dan impian. Belajar sehingga berjaya.”

“Alhamdulillah, dia berhak menerima yang lebih baik.”

“Harap Marissa boleh bina hidup baharu. Panjang dan cerah lagi masa hadapan.”

Ads

“Semoga apa yang berlaku ini, mematangkan Marissa.”

Terdahulu, kemelut rumah tangga antara Aslam dan Marissa akhirnya menemui noktah apabila mereka disahkan tidak lagi bergelar suami isteri dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Selasa.

Memetik laporan Kosmo!, keputusan tersebut dibuat Hakim Syarie, Nadiah Khamis selepas meneliti hujahan kedua-dua pihak dalam prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk.

Mewakili Aslam, peguam syarie Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri menjelaskan mahkamah mengesahkan lafaz talak sebelum ini adalah sah sekali gus membubarkan perkahwinan pasangan tersebut.

“Sebenarnya hari ini kita boleh katakan hakim memutuskan terjatuhnya talak.

Ads

“Hakim ada banyak keputusan dan terma, tetapi secara ringkasnya kedua-dua pihak bukan lagi suami isteri.

Anda mungkin berminat dengan

“Kalau mereka mahu bersama semula, mereka perlu melalui akad nikah baharu,” katanya seperti yang dipetik.

Terdahulu, Aslam memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu selepas melalui beberapa episod perpisahan dan rujuk sejak tahun 2024.

Untuk rekod, pasangan ini pernah melafazkan cerai dan rujuk sebanyak dua kali sebelum ini, termasuk pada September 2024 dan April tahun sama, sebelum kembali rujuk beberapa bulan kemudian.

Perkahwinan mereka sebelum ini turut mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 ketika Aslam masih bergelar suami kepada pempengaruh Umisya Mazlan.

Situasi tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen apabila pernikahan didakwa berlangsung tanpa pengetahuan keluarga kedua-dua belah pihak.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Kalau Ada Yang Nak Dekat, Biarlah Dia Lebih Berjaya Dari Mama,”...

Pempengaruh, Cik B percaya ibunya yang juga usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mampu menjalani kehidupan yang bahagia tanpa kehadiran mana-mana lelaki atau pasangan hidup.
error: Hello. Cannot.