Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah tangkap layar yang memaparkan luahan seorang isteri yang mengadu mengenai tindakan suaminya yang ingin menjatuhkan talak seandainya dia memilih untuk menerima suntikan vaksin.
Insiden tersebut nyata mengundang rasa kurang senang di hati ramai pihak termasuklah buat pelakon, Fizo Omar.
Menurut Fizo, dia sebolehnya tidak mahu menyentuh mengenai soal hukum agama, namun, sebagai seorang suami, Fizo merasakan tindakan individu tersebut sebagai sesuatu yang tidak wajar.
Katanya lagi, pihak jabatan agama juga pernah menerangkan kepadanya seandainya kita memilih untuk tidak divaksin, hukumnya boleh menjadi haram kerana ia akan memberi kemudaratan kepada orang-orang di sekeliling kita.
View this post on Instagram
“Kalau betul lah wujudnya si suami macam ni kan. Abe joe tak boleh sentuh pasal hukum ni, tapi sebagai lelaki, awak salah guna kuasa sebagai seorang suami tu bro, kot yea awak #antivaksin sekalipun, bukanlah sampai tahap jatuh talak bro.
“Pasal vaksin ni memang bukan paksaan dan hak individu tu sendiri, tapi saya pernah tanyakan pada ustaz dan jabatan agama, sekiranya kita tidak ambil dan keputusan kita itu boleh membahayakan dan memudaratkan orang lain, hukumnya HARAM di sisi agama kita. Itu apa yang saya diberitahu lah,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan oleh bapa kepada seorang anak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Fizo turut menambah, soal pengambilan vaksin ini juga tidak sepatutnya dipertikaikan kerana ia telah pun diperakui bukan sahaja daripada jabatan agama tetapi juga daripada badan-badan kesihatan dunia.
“Lagipun, pihak Agama, Kesihatan di negara kita dan seluruh dunia sudah pun iktiraf dan sahkan vaksin ni halal dan harus di ambil.
“Persoalannya kenapa masih wujud lagi isu #antivaksin ni. Kalau masih ingat, sejak kita lahir, berapa jenis vaksin dah pun di suntik dalam badan kita, alhamdulillah smpai sekarang Allah masih bagi nikmat kehidupan sihat ni,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut mengkritik tindakan individu berkenaan.
“Dah memang jatuh talak kalau but syarat macam tu. Kesian isteri.
“Allahu, punyalah anti-vaksin janganlah sampai main talak ni.
“Allahu sedih baca. Sampai macam tu sekali.
“Sombongnya manusia. Tak bersyukur apa yang dianugerahkan oleh yang maha esa,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Dalam pada itu, Fizo turut menyifatkan pengambilan vaksin ini sebagai salah satu cara untuk kita semua berikhtiar menjaga amanah kesihatan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.
“Allah suka melihat hambaNYA ikhtihar dan berusaha utk menempuhi dugaan yg dihantar kpd kita semua. We do our part, the rest we leave to Allah, the best planner! Allahualam,” akhirinya.
Sumber: Instagram Fizo Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI