Pelakon, Faye Kusairi meluahkan rasa simpati atas nasib menimpa penyanyi Siti Sarah sekeluarga yang telah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.

Malah semalam, Sarah yang kini sedang hamil anak keempat telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras ekoran tahap oksigen dalam tubuh badan semakin menurun.

“Kenal Sebelum Berlakon Lagi, Masa Tu Saya Bekerja Kat Salon…,” – Meski Tak Kenal Rapat, Faye Kusairi Harap Siti Sarah & Bayi Dalam Kandungan Selamat “Kenal Sebelum Berlakon Lagi, Masa Tu Saya Bekerja Kat Salon…,” – Meski Tak Kenal Rapat, Faye Kusairi Harap Siti Sarah & Bayi Dalam Kandungan Selamat “Kenal Sebelum Berlakon Lagi, Masa Tu Saya Bekerja Kat Salon…,” – Meski Tak Kenal Rapat, Faye Kusairi Harap Siti Sarah & Bayi Dalam Kandungan Selamat

Lalu, pelakon drama bersiri 7 Hari Mencintaku 2 ini meminta jasa baik semua untuk mendoakan kesejahteraan penyanyi Manes serta bayi yang kandung sembuh dan bayi dalam kandungannya selamat.

Meski tidak mengenali secara dekat, namun dia terpanggil untuk turut sama-sama mendoakan yang baik-baik buat Sarah seisi keluarga.

“Kenal Sebelum Berlakon Lagi, Masa Tu Saya Bekerja Kat Salon…,” – Meski Tak Kenal Rapat, Faye Kusairi Harap Siti Sarah & Bayi Dalam Kandungan Selamat “Kenal Sebelum Berlakon Lagi, Masa Tu Saya Bekerja Kat Salon…,” – Meski Tak Kenal Rapat, Faye Kusairi Harap Siti Sarah & Bayi Dalam Kandungan Selamat

IKLAN

“Sama sama kita doakan @shuibsepahtu dan keluarga bebas dari covid. Doakan juga keselamatan dan kesihatan @sitisarahraissuddin dan bayi dalam kandungan ya.

“Saya kenal Siti Sarah ni sebelum saya berlakon lagi. Masa tu saya bekerja kat salon dan dia mmg customer regular tu dulu. Walaupun takdalah close, stakat kenal2 gitu je.. sebab segan kat dia.

“Saya pun peminat dia la.. dulu, suka karaoke lagu2 dia. Fefeeling ala2 alunan suara dia tu mmg kompem lah. Dia memang baik dan friendly orangnya. Shuib pulak saya kenal masa kat trek sepang. Pun sangat humble dan friendly orangnya,” tulisnya.

IKLAN

Dia pada masa sama mengharapkan agar Sarah sekeluarga tabah dalam mengharungi ujian.

“Jadi disebabkan kebaikan dan vibe positif yg saya dpt dari mereka berdua ni, saya dgn rasa rendah diri minta tolong sangat kepada followers tersayang yg baik hati ni. Doakan kesejahteraan mereka terutamanya Siti Sarah dan bayi dalam kandungan dia.

“Semoga keluarga Shuib kuat menghadapi dugaan ni dan Siti dpt fight wabak ni demi baby dan keluarga. Saya tak rapat pun dgn Siti Sarah tapi saya pasti dan tahu yg beliau seorang fighter! You can do this sis! You are in our prayers. إنشاءالله,” tulisnya panjang lebar menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Sekadar info, suami kepada Sarah iaitu Shuib serta tiga orang anaknya turut disahkan positif Covid-19 selepas mereka membuat ujian saringan di kediamannya, pada 26 Julai lalu.

“Kenal Sebelum Berlakon Lagi, Masa Tu Saya Bekerja Kat Salon…,” – Meski Tak Kenal Rapat, Faye Kusairi Harap Siti Sarah & Bayi Dalam Kandungan Selamat “Kenal Sebelum Berlakon Lagi, Masa Tu Saya Bekerja Kat Salon…,” – Meski Tak Kenal Rapat, Faye Kusairi Harap Siti Sarah & Bayi Dalam Kandungan Selamat

Foto: Instagram Faye Kusairi, Siti Sarah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI