Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS mengakui terkesan atas berita pemergiaan penyanyi, Siti Sarah Raisssuddin pada pagi Isnin.
Menurut Ramli, dia tiada kata-kata saat menerima perkhabaran tersebut lalu menzahirkan ucapan takziah buat Shuib seisi keluarga.
“Saya tiada ayat untuk menggambarkan berita itu. Malah di media sosial pun, saya tak buat apa-apa hantaran mengenai arwah. Saya cuma sampaikan doa serta ucapan kepada ahli keluarganya menerusi pengurus Allahyarham.
“Sebelum ini, Alyah ada beritahu saya mengenai keadaan dirinya ketika disahkan positif Covid-19 dan sebagainya. Saya berdoa mengharapkan yang terbaik.
“Kemudian, pihak Indigital Music, Watie ada hubungi dan maklumkan mengenai berita pemergian arwah, sudah tentu saya terkejut. Saya pun sudah tua dan sudah pasti kita semua akan terima ‘bahagian’ kita juga cepat atau lambat.
“Cuma bagi saya, dia pergi dalam usia muda. Ia satu kehilangan terutamanya bagi Shuib dan anak-anak serta seluruh keluarga Allahyarham,” katanya kepada MH.
Ads
Ditanya sejauh mana keakraban bersama arwah yang pernah menyertai Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) sebelum ini, Ramli mendedahkan, mereka sudah saling mengenai sejak sekian lama.
“Saya sudah kenali Siti Sarah agak lama iaitu dari zaman bapanya, Raissuddin Hamzah terlibat dalam seni lagi.
“Lalu kami sangat terbuka untuk berkongsi apa sahaja termasuk soal muzik, mungkin kerana saya sudah mengenali lama bapanya terlebih dulu.
“Jadi bila darah seni diturunkan kepada arwah, sudah tentu kesinambungan itu merapatkan hubungan kami,” katanya.
Ads
Berkongsi sisi peribadi Allahyarham pada pandangan matanya pula, Ramli menjelaskan, dia melihat Siti Sarah sebagai artis yang berdedikasi.
“Saya bekerja dengan ramai selebriti sejak beberapa dekad lalu dan arwah aktif dalam industri lewat 90-an. Sejujurnya bagi saya, dia seperti bayangan selebriti era 60-an punya ‘perangai’.
“Seorang yang komited, sukar untuk jumpa seorang penyanyi seperti Siti Sarah.
“Malah saya dan arwah serta suami sebelum ini pernah keluar makan bila selesai program Sepahtu Reunion. Ketika itu saya diundang sebagai artis jemputan.
Ads
“Bila nampak cara mereka berdua tu… layanan Sarah terhadap Shuib begitu taat dan akrab, berbeza dengan karektornya ketika membuat persembahan atau ketika Shuib tiada bersama arwah. Bagi saya Shuib bertuah,” katanya lagi.
Mengharapkan agar Shuib kuat selepas ini, Ramli juga percaya apa yang berlalu adalah aturan baik dari Yang Maha Esa.
“Shuib kena teruskan hidup. Suratan sudah pun diatur cantik Allah SWT. Terus fahami diri sendiri, orang lain dan menjadi bapa yang lebih kuat.
“Cepat atau lambat kita semua akan pergi juga. Kita doakan yang baik-baik untuk semua,” katanya.
Penyanyi senior, Ramlah Ram berpendapat bukan semua lagu raya era baharu tidak menyengat berbanding dahulu, sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.
Ini kerana, menurut Ramlah, setiap karya yang dihasilkan sudah tentu mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
“Sebenarnya saya kurang bersetuju dengan pandangan yang macam tu sebab setiap karya yang dihasilkan ada keistimewaan masing-masing.
“Tiada yang lama, tiadalah yang baru dan begitulah sebaliknya. Cumanya, selera pendengar kan berbeza-beza.
“Macam saya sendiri pun, ada juga lagu-lagu raya baru yang saya dengar dan rasa bagus. Sekarang zaman mereka, mungkin pada masa akan datang ia akan jadi ingatan kepada generasi sekarang.
“Macam kita dulu, memang membesar dengan lagu-lagu era kita jadinya kita dah terbiasa. Jangan banding-bandingkan kerana muzik ini bergerak mengikut zaman.
“Namun jika sesebuah lagu raya itu mampu bertahan berzaman-zamaan sehingga menjadi nostalgia itu adalah bonus,” katanya.
Bintang yang cukup sinonom menerusi lagu Cahaya Aidil Fitri setiap kali menjelang Syawal itu ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa bersama FMC Music di Hotel EQ Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengulas mengenai lagu raya baharunya yang berjudul Kemenangan, Ramlah berkata idea penghasilan single tersebut muncul secara kebetulan.
“Awalnya saya bercadang nak buat lagu raya baharu untuk content saluran YouTube Ramlah Ram Group. Tapi abang ipar, Mohar mengajak untuk menghasilkan satu lagu istimewa.
“Saya pun dah lama tak rakam lagu raya. Kali terakhir saya rakam lagu raya berjudul Bila Aidilfitri Kembali pada 2012 duet dengan Jay Jay,” katanya.
Menurut Ramlah, dia tetap teruja merakam lagu raya, tambahan lagi Kemenangan yang liriknya agak ‘catchy’ disempurnakan dengan melodi tradisional Melayu.
“Lagu ini kena dengan jiwa saya. Saya juga berharap semoga lagu raya, Kemenangan diterima baik pendengar.
“Lagu ini sudah boleh didapati di semua pelantar penstriman muzik popular. Terima kasih kepada peminat yang terus menyokong kerjaya seni saya,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pencetus Ummah(PU) Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail berkongsi pengalaman istimewa bersama Hafidz Roshdi sewaktu sama-sama menjalani penggambaran di Kota London tidak lama dulu.
Jelas penceramah bebas ini, dia cukup kagum dengan keperibadian pelakon tersebut yang cukup menjaga solat fardhu lima waktu dan tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha sebanyak 12 rakaat sekiranya berkelapangan.
Lebih mengagumkan, Hafidz turut memasang penggera di telefon bimbit untuk mengejutkannya pada waktu Subuh dengan kata-kata amaran ‘bangun solat’.
Kemunculan pelakon Puan Sri Tiara Jacquelina dalam rancangan komedi Sepahtu Reunion malam tadi cukup menghiburkan penonton.
Tiara mengakui bahawa dia berasa gemuruh apabila berlakon secara langsung bersama barisan pelawak popular itu.
“Siapa sempat tengok Ibu Tiaraningsih pemilik Warung Wesmangan dalam #SepahtuReunion tadi..
“Nervous gila tau, dah lama tak keluar TV ni. And I’ve never done comedy before, wasn’t sure what to even expect? Anyway thanks ya @astromalaysia @sepahtureunionliveofficial mengundang saya malam ni. I had so much fun!,” tulisnya.
Dalam pada itu, Tiara yang sinonim dengan watakPuteri Gunung Ledang (2014) berasa teruja dapat bergandingan dengan pelawak hebat seperti Jep,Illya,Shuib dan Rahim.
“First time jumpa dengan @rahimr2 @jepsepahtu @illya_senario @shuibsepahtu.
“First time berlakon komedi setelah 20 tahun (last sekali Pi Mai Tang Tu zaman purba dulu). Nervous gila sepanjang hari, tak boleh fokus kerja di ofis tadi!,” tulisnya.
Pernah terdetik untuk melupakan dunia nyanyian, Ariel Fesol menyifatkan kemenangan di Big Stage Alpha sebagai satu rezeki, anugerah dan rahsia Tuhan dalam hidupnya.