Penyanyi, Wani Kayrie akui agak ragu-ragu bila pertama kali ditawarkan untuk membawakan lagu Berakhirlah Pencarianku bersama Ahmad Syafiq bagi menggantikan penyanyi asal, Ernie Zakri dan Hafiz Suip di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37).

Bagaimanapun, Wani menyifatkan peluang ini sebagai platform terbaik bagi menguji kemampuannya dan Syafiq untuk menyanyi di pentas besar.

“Saya Tak Mahu Jadi Ernie Zakri Nombor 2,” – Wani Kayrie

“Saya tahu mengenai perkara ini minggu lepas dan Syafiq pula, sehari sebelum pengumuman SFMM37. Ini perbincangan diantara label rakaman Nova Music dan Rocketfuel.

“Keputusan telah seratus peratus dipersetujui oleh pihak mereka dan komposer. Mulanya, saya ragu-ragu untuk menerima tawaran ini kerana ini lagu yang sangat berat. Reputasi penyanyi asal juga amat besar.

“Namun, kami melihat peluang ini dari sudut yang baik. Ia merupakan satu kepercayaan dan tanggungjawab buat kami,” katanya kepada MH.

Sementara itu, Ahmad Syafiq pula mendedahkan ada beberapa perkara yang bermain difikirannya sebelum memutuskan untuk menerima tawaran ini.

IKLAN

“Saya Tak Mahu Jadi Ernie Zakri Nombor 2,” – Wani Kayrie

“Bila tahu yang saya harus menggantikan Hafiz Suip, saya ada terfikir juga macam mana kalau saya gagal untuk membawakan lagu ini nanti. Sudah tentu saya kena mengadap kecaman daripada peminat lagu ini.

“Namun, bila sudah berbincang dengan keluarga dan syarikat rakaman, lama kelamaan saya fikir ini merupakan platform yang sangat besar. Jadi, saya terima. Kalau bukan sekarang, bila lagi,” kongsinya.

Sementara itu, Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah memberitahu, dia dan Syafiq akan bertemu dengan Ernie dan Hafiz bagi mendapatkan nasihat berkaitan lagu Berakhirlah Pencarianku.

IKLAN

“Saya Tak Mahu Jadi Ernie Zakri Nombor 2,” – Wani Kayrie

“Kita ada masa dua minggu sebelum SFMM37. Ini pun kali pertama saya dan Syafiq berjumpa. InsyaAllah selepas ini mungkin kami akan berjumpa dengan Ernie Zakri dan Hafiz Suip untuk dapatkan nasihat.

“Ini juga kali pertama kami menjejakkan kaki di pentas SFMM37. Kami amat memerlukan nasihat mereka. Kita akan buat konsep yang agak minimal tetapi tetap berikan yang terbaik,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Wani tidak mahu terlalu selesa apabila pencipta lagu ini, Ikhwan Fatanna menganggap dia dan Syafiq mempunyai kualiti vokal yang tidak jauh beza dengan penyanyi asal.

IKLAN

“Saya boleh katakan vokal range saya lebih kurang sahaja. Saya pernah berguru dengan Ernie Zakri walaupun sekejap. Dia juga tahu range vokal saya macam mana.

“Keboleh Ernie adalah dari segi ‘head voice’ yang bagus dan suara saya pula besar tetapi strong juga. Saya kena tambah teknik untuk melembutkan suara saya bagi lagu ini.

“Saya tak nak merosakkan lagu orang. Namun, saya juga tak mahu jadi Ernie Zakrie nombor dua. Ada perkara yang harus saya seimbangkan. Itu antara cabarannya,” akhirinya.

“Saya Tak Mahu Jadi Ernie Zakri Nombor 2,” – Wani Kayrie

Terdahulu, SFMM37 bakal berlangsung selama dua hari di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 25 dan 26 November ini, jam 3 petang.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI