Pengacara dan personaliti televisyen, Hawa Rizwana Redzuan akui berbesar hati selepas diberi kepercayaan mengisi kerusi yang sudah lama dikosongkan selaku hos tetap bagi program Meletop bersama Nabil Ahmad.
Hawa menganggap peluang ini sebagai satu lagi cabaran baharu di dalam kerjayanya di kaca TV.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ini rezeki atau perancangan yang saya sendiri tidak jangkakan. Tak pernah terfikir pun yang saya akan mengacarakan program berkonsepkan hiburan.
“Apabila sudah dipilih, sudah tentu saya akan cuba buat yang terbaik. Saya anggap peluang ini sebagai proses pembelajaran yang berterusan.
“Yang baik, kita akan perkemaskan lagi manakala yang buruk pula, kita akan kurangkan. Doakanlah yang terbaik untuk saya,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Hawa akui ada kalanya dia berasa gementar untuk menyandang tanggungjawab yang ditinggalkan oleh selebriti popular, Neelofa itu.
Ads
“Bila pertama kali diundang sebagai hos jemputan, sejujurnya saya agak risau ditambah pula bila ada penonton di studio. Rasa seram sejuk memang ada.
“Kalau lihat pengacara sebelum ini pula, Neelofa satu nama yang sangat besar serta sudah mengacarakan program ini untuk jangka masa yang sangat lama. Penonton sudah sinonim dengan keserasian Neelofa dan Nabil.
“Malah, hos-hos jemputan yang lain pula jauh lebih berpengalaman tetapi saya akan cuba serap segala perkara baik itu. Gementar dan tekanan itu pasti ada tetapi saya tidak akan sia-siakan peluang ini,” kongsinya lagi.
Ads
Dalam pada itu, pembaca berita, Buletin Utama ini turut berharap tidak membandingkan dirinya dengan bintang itu seperti mana yang pernah berlaku sewaktu diawal kemunculannya di dalam industri ini.
“Ada yang kata saya dapat sesuatu kerja itu kerana muka saya sama seperti beliau. Saya graduan kewartawanan dan saya memang sudah lama berhasrat untuk bekerja di bidang ini tanpa ada perancangan untuk menjadi orang lain.
“Siapa sahaja yang suka bila diri mereka disamakan dengan orang lain? Saya pasti semua orang mahu dikenali dan dihargai kerana diri mereka sendiri.
Ads
“Apapun, saya tetap bersyukur bila perkara seperti ini berlaku walaupun perit bila selalu dibandingkan. Asalkan diri sendiri, keluarga dan orang terdekat tahu saya jadi diri sendiri, itu sudah memadai.
“Ingin saya tegaskan disini, apa sahaja yang saya lakukan sama ada makan, bercakap, mengacara atau sebagainya, itu adalah diri saya Hawa Rizwana,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Hawa telah diperkenalkan secara rasmi selaku pengacara baharu program hiburan itu, sebentar tadi.
Semenjak pengunduran Neelofa dalam program hiburan itu pada Disember 2019, Meletop tidak menemui pengacara tetap wanita sebaliknya hanya digantikan oleh pengacara jemputan setiap minggu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gara-gara berkongsi foto dan video pendek yang merakamkan ‘perubahan’ pada wajahnya di Instagram baru-baru ini, pelakon Catriona Ross diselar sesentegah netizen menerusi ruangan komen.
Malah katanya seperti yang dipetik Berita Harian, ada yang memberi komen marah dan yang memberi tazkirah kerana dikatakan mengucap ciptaanNya.
“Saya pelik dengan sikap segelintir warganet yang begitu cepat melatah dan menilai hanya berdasarkan pemerhatian. Terlalu mudah mereka menjatuhkan hukum.
“Mengapa mereka tidak melatih diri supaya berprasangka baik terhadap orang lain? Jika begini sikap warganet, sampai bila-bila pun mereka akan terus mencari keburukan orang lain,” katanya seperti yang dipetik.
Bintang berusia 39 tahun ini bagaimanapun merasa lucu apabila membaca pelbagai komen yang diberikan netizen terhadap entri tersebut akan tetapi pada masa sama, ia secara tidak langsung menunjukkan sesetengah masyarakat kini begitu mudah untuk menjatuhkan hukum.
“Asalnya, saya hanya mahu berkongsi foto dan video wajah saya yang pelik selepas disunting menggunakan aplikasi popular.
“Saya sangkakan, pengikut akan ketawa melihatnya, tetapi sebaliknya pula berlaku. Ramai yang marah, malah memberi tazkirah pada saya kerana mengubah ciptaan Allah.
“Tidak sangka, semakin kita maju, semakin malas masyarakat mahu berfikir dan membaca. Semuanya sudah saya jelaskan pada keterangan gambar.
“Saya tidak terkesan dengan tanggapan mereka, cuma ralat kerana terlalu mudah segelintir masyarakat membuat kesimpulan hanya berdasarkan pemerhatian,” jelas Catriona yang tidak pernah terlintas untuk mengubah apa-apa di bahagian wajah
Terdahulu di dalam perkongsian terbabit, Catriona ada mengemas kini posting dengan memaklumkan, masih ada yang cepat menunding jari, menghakimi dan menghukum tanpa berusaha mencari kepastian meski sedikit pun usaha.
“Dah 4 hari post ni berlalu. Ternyata, manusia sangat cepat menuding jari, menghakimi dan menghukum tanpa sedikit pun usaha untuk mencari kepastian.
“Pada mereka yang pintar, tahniah, kerana you bijak menilai setelah meneliti video serta melihat foto-foto lain di IG i. Pada yang memberi tohmahan, belajar lah untuk lebih bijak lagi. Ramai yang belum maju lagi walau kita sudah di ambang 2020,” tulis ibu kepada tiga cahaya mata ini.
Pelakon Sharifah Sakinah dikenali sebagai antara rakan baik pelakon lelaki meningkat naik, Aiman Hakim Ridza.
Malah hubungan yang dibina sejak beberapa tahun itu terus baik sehingga ke hari ini.
Malah, pelakon wanita itu pernah memberikan pandangannya sendiri apabila ada isu melibatkan rakan baiknya itu.
Terbaru, Sakinah ada ‘kantoikan’ tangan misteri yang dimuat naik di akaun TikTok milik Zahirah beberapa hari lalu.
Ketika bertemunya di majlis pelancaran single sulung artis baru Soll Ahmadd baru-baru, MH ada bertanya ringkas kepada Sakinah.
Sama ada benar atau tidak kisah cinta yang dijalin antara Aiman dan Zahirah itu sesuatu yang jujur atau sengaja dibuat-buat untuk gimik.
Sakinah dengan selamba menjawab;
“Mereka jujur. Aku restu,” kata Sakinah ringkas.
Terdahulu, kisah cinta yang terjalin di antara dua pelakon berkenaan mulai diperkatakan netizen apabila masing-masing mulai memuat naik gambar berdua, beberapa minggu lalu.
Penyanyi rap, Waris menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia seolah-olah menyindir pelakon, Maya Karin gara-gara memuat naik video yang memaparkan dirinya sedang mengawal rasa gemuruh sewaktu menghadiri sebuah acara penyampaian anugerah baru-baru ini.
Menurut Waris, dia langsung tidak mempunyai niat untuk menyindir sesiapa sebaliknya, ia merujuk kepada dirinya sendiri yang selama ini turut berperang dengan masalah keresahan.
“Saya pun tiada masa nak ‘menganjing-menganjing’ orang. Saya bukan nak buat lawak sebab benda ini jadi dekat diri saya sendiri. Saya dah hampir 10 tahun berperang dengan anxiety.
“Bila dah jadi dalam jangka masa yang agak lama, saya dah boleh mengawalnya. Paling tidak pun saya akan berasa nervous sahaja,” tulisnya.
Video penjelasan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Gadis Jolobu itu menerusi sebuah video di aplikasi Tik Tok.
Pada masa sama, Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias turut berkongsi cara-cara yang sering dia amalkan untuk menghindari rasa keresahan.
Malah, dia juga menyeru kepada semua pihak untuk berhenti menghukum sesiapa sahaja yang punyai masalah seperti ini.
“Pada pandangan saya, kita ini jangan terlampau fikir sangat fasal masa hadapan. Kita sendiri tak tahu apa yang menanti kita sebab itu bukan kerja kita.
“Jadi, tak perlulah kita nak menghukum sesiapa. Berhenti menjadi tuhan. Masa hadapan bukan kita tentukan. Jangan fikir lebih-lebih. Anxiety ini bukan perkara yang boleh dibuat main,” ujarnya.
Terdahulu, ada segelintir pihak telah membuat spekulasi yang memperlihatkan Waris seolah-olah menyindir Maya gara-gara memuat naik video beserta kapsyen ‘Anxiety tidak dibenarkan di sini’.
Sebelum ini, Maya mendedahkan dia diserang ‘panic attack’ ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung baru-baru ini.
Malah, dia juga dikatakan hampir pengsan dan terpaksa memegang bahu pelakon, Faizal Hussein untuk memastikan dia tidak tersungkur ketika menyampaikan anugerah.
Maya juga telah membuka kasut tumit tingginya dan secara spontan meneruskan malam anugerah dengan membaca skrip di kad pencalonan anugerah.
Dia terpaksa ‘berkaki ayam’, namun berjaya membacakan skrip walaupun dalam keadaan menggigil.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Waris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri akui terkejut apabila namanya turut tersenarai dalam kalangan individu yang akan dikenakan tindakan saman oleh pelakon terkenal, Datuk Rosyam kerana didakwa menyebarkan fitnah.