Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pakatan Harapan mempunyai majoriti untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
Menurut Anwar, lapor Harian Metro, pihaknya sudah mencapai persetujuan dan persefahaman dengan beberapa pihak bagi tujuan berkenaan.
Katanya sebagai blok terbesar, mereka mempunyai majoriti melebihi 111 untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
Sementara itu mengulas mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perikatan Nasional (PN) mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan, beliau berkata mustahil untuk PN membentuk Kerajaan Persekutuan.
Ads
“Itu mustahil,” katanya ringkas.
Anwar ditemui pada sidang media di sebuah hotel, sebentar tadi.
Ads
Pengerusi PH itu bagaimanapun tidak mahu mengulas sama ada pihaknya akan menjalin kerjasama dengan GPS dan GRS bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.
Ads
Beliau sebaliknya hanya menjelaskan sudah mencapai persetujuan dengan beberapa pihak di peringkat Persekutuan dan negeri.
Penyanyi Jaclyn Victor mengakui dia menghabiskan masa lama untuk berlatih dan menghafal lirik bagi segmen ‘battle’ bersama VE di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), malam tadi.
Menurut Jac, apa yang dilakukan sejurus Datuk Syafinaz memberikan komen berlalu secara spontan.
“Sebenarnya ia berlaku secara spontan. Saya macam tercakap mengenai perkara tersebut lepas tu ‘eh… eh…’ Cuma bila para juri bercakap mengenai perkara itu, saya layankan sahaja.
“Tapi saya memang ambil masa yang lama. Fokus saya terlalu lama sangat dengan lagu The Real Slim Shady,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Jac turut menerima apa sahaja kemungkinan ketika di malam kemuncak program realiti itu.
“Apa sahaja yang berlalu, saya selalu ingatkan bahawa ia semuanya sudah tertulis. Saya hanya buat yang terbaik. Malah ketika diumumkan pemenang tempat keempat, saya sudah sedia kalau nama disebut tempat ketiga.
“Sebab kita sudah sampai ke final. Siapa tahu persembahan saya tidak berapa baik. Malah saya terima untuk sebarang situasi yang terjadi.
“Saya cuma berdoa supaya dapat buat yang terbaik dan itu pun saya sudah berpuas hati,” katanya lagi.
Terdahulu, Jaclyn meberuma markah paling tinggi iaitu sebanyak 85.86% ketika saingan konsert akhir yang berlangsung, malam tadi.
Dengan kemenangan yang diraih, penyanyi lagu Ikut Rentakku ini berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000, tajaan penginapan, percutian ke Paris dan trofi sumbangan Astro.
Malah, Jaclyn turut menerima RM2,000 selepas diumumkan sebagai penerima Anugerah Bintang Memukau Adabi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara Hawa Rizwana memohon maaf seterusnya akan lebih berhati-hati di dalam soal pemakaian susulan penampilannya yang mengenakan seluar yang didakwa ketat di sebuah acara baru-baru ini yang menimbulkan reaksi pelbagai di kalangan wargamaya.
Hawa atau nama sebenarnya, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 27, turut mengambil maklum segala kritikan yang dilemparkan seterusnya menerima segala teguran dengan hati terbuka.
“Saya tiada niat nak buat orang marah atau sakitkan hati mana-mana pihak. Saya menerima setiap komen yang diberikan dengan positif.
“Foto yang dikongsikan itu adalah ketika saya mengendalikan sebuah acara yang bertemakan rock. Jadi saya mengupah penata gaya untuk sediakan busana yang bersesuaian dengan tema acara itu.
“Saya akui suka berkarya apabila berfesyen, terutama ketika menghadiri sesebuah acara. Tapi kalau ada waktu terluang saya lebih selesa dengan penampilan yang kasual dan santai,” katanya.
Hos program MeleTOP ini bagaimabapun menambah, setiap foto yang dimuat naik di media sosial akan melalui proses ‘saringan’ dengan orang di sekelilingnya.
“Sebelum saya kongsikan gambar atau video di media sosial, saya selalu minta pandangan daripada rakan terdekat dan ahli keluarga.
“Jika perkongsian itu tidak bersesuaian dengan saya, selalunya saya akan padam. Bagi saya, komen daripada ahli keluarga dan rakan-rakan sangat penting.
“Jadi dalam situasi ini saya sedar mungkin fesyen yang digayakan kurang senang di mata sesetengah pihak. Saya sekali lagi mohon maaf,” katanya lagi.
Terdahulu menerusi perkongsian gambar berkenaan di Instagram, Hawa menerima pelbagai kecaman susulan seluar hitam kulit yang dipakai bersama baju-T gelap serta jaket.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan terkenal yang juga anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid rupanya pernah dilarang berkahwin pada usia muda dengan penyanyi dan pelakon, Tya Arifin.
Apatah lagi, ketika itu dia tidak memiliki kedudukan kewangan yang stabil dan dibimbangi tidak dapat melayari bahtera perkahwinan dengan lancar.
Namun, Asyraf, 30, atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Khalid nekad untuk mendirikan rumah tangga dengan Tya yang berasal dari Indonesia dengan alasan rezeki orang berkahwin dijanjikan rezeki yang luas oleh Allah SWT.
“Apabila cakap nak kahwin, ayah saya terkejut dan dia tidak bersetuju. Apatah lagi ketika itu saya baru berumur 23 tahun. Bukan saja ayah, tapi keluarga juga menyakinkan agar jangan kahwin awal. Lagi pula ketika itu mereka tak pernah berjumpa Tya, sebaliknya tahu artis di Indonesia.
“Saya memang nak kahwin, sebab betul-betul dah jatuh cinta. Selepas keluarga saya berjumpa Tya, semuanya menjadi lebih baik dan lancar. Pendek kata perjalanan cinta saya dengan Tya ambil masa setahun sebelum kami berkahwin pada 1 November 2015.
“Sekarang, bila bapa saya jumpa orang terutama anak muda, dia nasihat cepat kahwin, duit tak ada tak apa, rezeki datang kemudian. Malah, nasihat sama juga dia bagi pada adik bongsu saya,” katanya.
Menurut Asyraf yang mengusahakan perniagaan Jamu Mutyara bersama isteri, rezeki selepas berkahwin dipermudahkan hingga berjaya melancarkan produk kedua di bawah syarikat mereka iaitu Mutyara V-Gin.
"Saya bukan suami yang sempurna, tapi menjadi sempurna sejak kehadiran Tya. Dia wanita yang cantik luar dan dalam. Saya bangga melihat perubahan dan kejayaan dicapai hari ini. Dia juga menjadi lebih berkeyakinan tinggi dan ketua yang baik.
"Alhamdullillah, kami sudah melancarkan produk terbaharu dari Mutyara iaitu Mutyara V-Gin. Ia adalah produk pertama yang dilancarkan selepas Jamu Mutyara, yang mana sudah berada di pasaran selama lima tahun.
"Jadi, selama lima tahun ini kita memberi fokus hanya dengan satu produk, tapi sekarang kita ambil keputusan untuk mengembangkan lagi produk Mutyara selari dengan kehendak dan keperluan pelanggan kita. Alhamdulillah sudah berada di pasaran," katanya lagi.