Kebiasaannya, potensi untuk mendapatkan semula telefon bimbit yang telah dicuri sememangnya agak tipis.
Malah, mereka yang menjadi mangsa kecurian ini juga selalunya akan mudah berputus asa dan membiarkan sahaja perkara tersebut berlaku kerana menyifatkan segala usaha mereka bakal menjadi sia-sia.
Namun, berbeza pula kisahnya buat selebriti media sosial, Mekyun apabila dia berjaya medapatkan semula telefon bimbitnya yang telah dicuri sejak tiga hari yang lalu.
Jelas Mekyun atau nama sebenarnya, Wee Yun Nee, lokasi telefon bimbitnya itu telah berjaya dikesan dan dia turut membawa pihak polis ke lokasi tersebut.
“Telefon bimbit Mekyun kena curi tiga hari lalu. Semalam dapat kenal pasti lokasi telefon. Memang silap orang la dia nak curi telefon.
Ads
“Terus bagi balik telefon Mekyun lepastu. Jadi, selepas ini fikir dua kali sebelum nak curi telefon orang okay,” tulisnya.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh Mekyun menerusi beberapa hantaran di ruangan Instagram stories.
Ads
Katanya lagi, pencuri yang tinggal di sebuah kawasan perumahan itu telah menyerahkan semula telefon bimbit kepunyaannya setibanya mereka di sana.
Dalam pada itu, Mekyun yang terkenal kerana fasih bertutur didalam dialek Kelantan ini turut merakamkan ucapan penghargaan buat kedua ibu bapanya yang setia menemaninya sepanjang proses siasatan berlangsung.
Ads
“Terima kasih kepada keluarga terutamanya kedua ibu bapa saya kerana sentiasa berada bersama saya sepanjang seluruh siasatan berlangsung,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Mekyun merupakan antara influencer yang aktif di aplikasi TikTok dan Instagram kerana sering berkongsi pelbagai jenis kandungan video kreatif sama ada tentang dirinya, keluarga mahupun kisah-kisah anak muda masa kini.
Setakat ini, Mekyun telah mempunyai jumlah pengikut lebih 200,000 di Instagram manakala di aplikasi Tik Tok pula, pengikutnya telah pun mencecah hampir 650,000.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Penyanyi Datin Alyah memohon para peminat tidak saling berperang di media sosial susulan persembahan Siti Nordiana menerusi lagu Kisah Hati di All Stars Vaganza (ASGV) malam tadi yang hangat diperkatakan.
Isteri kepada Datuk Ramli MS menerusi Instagram menjelaskan, dia hadir ke malam kemuncak program realiti ini bagi memberikan sokongan terhadap Siti Nordiana atau Nana.
“Seperti mana semua tahu saya jarang nak datang tonton GV secara live. Adakala dengan jadual jemputan nyanyian yang kebetulan kena pada hari yang sama.
“Tapi malam tadi saya hadir memang untuk support sahabat saya yang menyanyikan lagu saya. Walaupun dikejutkan dengan situasi yang agak buat saya terkedu sehingga saya tak tahu nak react macam mana dan hanya mampu senyum.
“Saya repost semua yang DM, tag nama saya sebab sokongan korang terhadap saya buat saya sebak.
“Terima kasih banyak-banyak cuma saya mohon sangat janganlah kondemkan sahabat saya dan bergaduh sesama fansclub ya,” tulisnya.
Kecomelan anak sulung penyanyi Tomok, Arrian Shah Akid sentiasa mendapat perhatian ramai dek kepetahannya berkata-kata dan cemerlang dalam bidang akademik.
Baru-baru ini, Tomok telah berkongsi sepotong video yang memaparkan aksi Arrian menyanyikan lagu terbarunya berjudul Bekas Kekasih.