Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah, selamat menerima menantu apabila anak sulungnya, Allisya Tahir, 24, selamat disatukan dengan jejaka pilihan, Mohd Zulhisyamuddin dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada Jumaat.

Allisya merupakan anak hasil perkongsian hidup Shiera, 48, menerusi perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt sebelum mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zulkifli Azhari atau Ijoy.

Majlis ijabkabul yang berlangsung meriah di ibu kota dengan kehadiran keluarga dan kenalan rapat itu menyaksikan Allisya dinikahkan sendiri oleh bapanya, dengan hanya sekali lafaz.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Pada majlis itu, Allisya menerima mas kahwin berjumlah RM80 daripada pengantin lelaki, beserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

IKLAN

Teruja menerima menantu sulung, Shiera atau lebih mesra disapa Kak Rara memuat naik momen-momen hari bahagia Allisya di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Turut memeriahkan majlis tersebut ialah rakan artis seperti Azah Aziz yang terbang dari Kanada dan Marsha Milan.

IKLAN

Meninjau ruangan komen, ramai netizen dan rakan selebriti mengucapkan tahniah buat Shiera di atas menerima kehadiran ahli keluarga baharu.

“Alhamdulillah selesai dah satu tanggungjawab. Tahniah membesarkan anak dengan jayanya. Aku dok rasa macam tak lama (anak) juga akan naik pelamin. InsyaAllah. Doakan yang baik-baik. Kau nangis tak kak?” tulis penyanyi Nourul Depp.

“Alhamdulillah, tahniah terima menantu,” titip dramatis Fauziah Nawi.

IKLAN

“Alhamdulillah, tahniah my kakak,” coret pelakon dan pengacara, Elly Mazlein.

Selain Allisya, Shiera turut mempunyai empat cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Ijoy iaitu Airell, Airra, Audra dan Adeena.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI