Juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Syafinaz Selamat tampil menjawab mengenai penampilannya pada malam tadi yang didakwa segelintir netizen sebagai tidak sesuai.

Syafinaz, 49, berkata, sejak dahulu hingga kini, dia senang dengan apa adanya.

“Dari dahulu, sampai sekarang inilah saya. Saya tak mahu hidup dikongkong. Saya akan meniti usia 50 tahun, tahun hadapan. Saya hidup dengan baik, gembira tanpa orang lain beritahu apa yang perlu saya lakukan.

“Kalau awak suka dan gembira dengan terima saya, ikutlah. Kalau tidak gembira, ‘swipe’,” katanya kepada MH. 

IKLAN

Syafinaz turut berpendapat, tidak perlu memeningkan kepala untuk memberi komen terhadap sesiapa sahaja yang berlaku di dunia ini.

“Pilihan sendiri. Kalau kita nak suka, kita ikut atau kita tengok. Nak (beri) komen, kalau perlu. Kalau rasa tak nak komen jangan komen. Kenapa nak susahkan hati dan minda you.

“Saya tidak rasa Tuhan kata awak perlu komen semua orang dalam dunia ini. Hanya jalani kehidupan anda sendiri. Saya tidak kacau awak, awak jangan kacau saya,” katanya lagi.

IKLAN

Ada Tak Berkenan, Didakwa Baju Tak Sesuai Di GV9 Malam Tadi, Datuk Syafinaz; “Kalau Tak Gembira, ‘Swipe’.” Ada Tak Berkenan, Didakwa Baju Tak Sesuai Di GV9 Malam Tadi, Datuk Syafinaz; “Kalau Tak Gembira, ‘Swipe’.” Ada Tak Berkenan, Didakwa Baju Tak Sesuai Di GV9 Malam Tadi, Datuk Syafinaz; “Kalau Tak Gembira, ‘Swipe’.”

Mengulas soal penampilannya setiap konsert mingguan di GV9, Syafinaz akui selesa dibantu ‘glam team’ yang dia percayai dan selesa bekerjasama.

IKLAN

“Mereka ni tahu saya macam mana. Malah lebih teruja berbanding saya setiap minggu. Saya hanya akan luluskan apa yang saya mahu,” katanya.

Terdahulu dalam saingan suku akhir di GV9, malam Ahad, Syafinaz yang berada di posisi juri mengenakan persalinan yang menggunakan kain daripada material net, sehingga seolah-olah menampakkan kulit pada bahagian dada dan lengannya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI