Dina Nadzir dan Fuad Rahman menjadi dua bintang tersingkir dalam saingan separuh akhir program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang bersiaran secara langsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi.
Dina dan Fuad masing-masing menduduki kedudukan dua tercorot iaitu 59.20 peratus dan 58.30 peratus.
Mereka berdua turut berduet menerusi lagu Boneka yang dipopularkan oleh Ernie Zakri menerusi segmen duet.
Ads
Sementara itu, persembahan konsisten Jaclyn Victor meletakkan dirinya mendapat markah paling tinggi di kalangan semua bintang bertanding iaitu sebanyak 84.35 peratus.
Shila Amzah berada di kedudukan kedua dengan 79.20 peratus diikuti Bob Yusof dengan 78.70 peratus.
Ads
Berikut markah separuh akhir kesemua bintang;
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rakyat Malaysia yang layak bertanggungjawab turun mengundi untuk memilih pemimpin yang akan memacu negara ini.
Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berpendapat, pengundi yang layak wajib apatah lagi sebagai umat Islam dalam menjalankan tanggungjawab untuk memilih calon yang dapat mewakili mereka.
Bagaimanapun menurut Dr. Azizan, pengundi dinasihatkan agar tidak sekadar mengundi untuk pangkah semua yang hanya merosakkan undi.
“Setiap satu undi anda bererti, jika kita pilih pemimpin yang baik, ia akan jadi dokongan untuk mewakili sesuatu parlimen dengan orang yang baik.
“Saya bercakap tentang manusia, di mana setiap pengundi memilih orang yang akan menjadi wakil mereka nanti,” katanya menerusi video yang dimuat naik dalam laman Facebook Azizan Osman Official, pada Isnin.
Perkara tersebut disampaikan Dr. Azizan ketika berucap pada sambutan ringkas hari kelahiran yang dihadiri anak didiknya dan usahawan yang berhampiran di pejabat RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks).
Dr. Azizan menambah, setiap orang juga sebenarnya merupakan pemimpin sejak dalam kandungan ibu lagi malah sedang memimpin diri ini.
“Sepertimana hadis Nabi Muhammad SAW, setiap pemimpin bertanggungjawab kepada sesiapa yang mereka pimpin.
“Justeru, kita mempunyai hak untuk memilih maka kita semua juga sebagai pemimpin bertanggungjawab kepada siapa yang diundi,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Dr. Azizan turut meminta agar pengundi untuk tidak persiakan undi yang dibuang.
“Jika kita rosakkan undi, anda sama seperti pemimpin yang tak bertanggungjawab.
“Jadi pilihlah mereka yang akan berikan kebaikan kepada Islam sebab saya orang Islam dan mereka yang akan menyokong dan mendokong kebaikan agar negara ini dapat hidup dengan aman sejahtera,” ujarnya.
Terdahulu, Dr. Azizan juga menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas segala-gala yang diterima hingga hari ini termasuk memberikan beliau masa ‘bonus’ agar dapat terus memberi manfaat dan membantu orang ramai khususnya usahawan meningkatkan tahap ekonomi dan kewangan mereka.
Dr. Azizan juga berazam untuk terus menjadi seseorang yang bermanfaat kepada ramai orang di luar sana.
Pada awal tahun lalu, Dr. Azizan dijangkiti Covid-19 bersama 31 ahli keluarganya dan susulan itu, ibu mertuanya turut meninggal dunia.
Malah, beliau sendiri turut berada pada tahap kritikal kerana virus berkenaan sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan hari kelepasan am pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara Hawa Rizwana memohon maaf seterusnya akan lebih berhati-hati di dalam soal pemakaian susulan penampilannya yang mengenakan seluar yang didakwa ketat di sebuah acara baru-baru ini yang menimbulkan reaksi pelbagai di kalangan wargamaya.
Hawa atau nama sebenarnya, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 27, turut mengambil maklum segala kritikan yang dilemparkan seterusnya menerima segala teguran dengan hati terbuka.
“Saya tiada niat nak buat orang marah atau sakitkan hati mana-mana pihak. Saya menerima setiap komen yang diberikan dengan positif.
“Foto yang dikongsikan itu adalah ketika saya mengendalikan sebuah acara yang bertemakan rock. Jadi saya mengupah penata gaya untuk sediakan busana yang bersesuaian dengan tema acara itu.
“Saya akui suka berkarya apabila berfesyen, terutama ketika menghadiri sesebuah acara. Tapi kalau ada waktu terluang saya lebih selesa dengan penampilan yang kasual dan santai,” katanya.
Hos program MeleTOP ini bagaimabapun menambah, setiap foto yang dimuat naik di media sosial akan melalui proses ‘saringan’ dengan orang di sekelilingnya.
“Sebelum saya kongsikan gambar atau video di media sosial, saya selalu minta pandangan daripada rakan terdekat dan ahli keluarga.
“Jika perkongsian itu tidak bersesuaian dengan saya, selalunya saya akan padam. Bagi saya, komen daripada ahli keluarga dan rakan-rakan sangat penting.
“Jadi dalam situasi ini saya sedar mungkin fesyen yang digayakan kurang senang di mata sesetengah pihak. Saya sekali lagi mohon maaf,” katanya lagi.
Terdahulu menerusi perkongsian gambar berkenaan di Instagram, Hawa menerima pelbagai kecaman susulan seluar hitam kulit yang dipakai bersama baju-T gelap serta jaket.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Konsert sulung penyanyi Hael Husaini yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 4 Disember ini telah ditunda ke tarikh baharu iaitu pada 19 Februari 2023 di Zepp KL.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak penganjur, Rocketfuel menerusi ketuanya, Feros Sayna, pihaknya memohon maaf di atas penundaan tersebut.
“Pertama sekali, bagi pihak pengurusan kami ingin memohon maaf di atas penukaran tarikh konsert tersebut.
“Kami menjanjikan sebuah konsert yang energetik dan penuh bertenaga yang berkonsepkan ‘boogie shoes’ di mana penonton digalakkan ‘sing-along’ serta dance-along sepanjang konsert berlangsung.
“Kepada setiap pembeli tiket konsert, jangan risau kerana tiket tersebut kekal sah pada tarikh yang telah dijadualkan semula,” katanya.
Sementara itu bagi Hael atau nama sebenar, Hal Husaini Razmi, 35, berharap konsert solo yang diidamkan sepanjang kerjayanya itu boleh dibaratkan sebuah pementasan perjalanan hidupnya.
“Selama 15 tahun saya berkecimpung dalam industri muzik tanah air, ini merupakan impian saya sedari dulu lagi, banyak yang ingin saya tonjolkan pada malam konsert tersebut yang berkonsepkan festival.
“Saya menganggap konsert ini sebagai pementasan perjalanan karier seni saya secara muzikal, bagaimana saya bermula, apakah perbezaan muzik dan karya saya dari dulu sehingga kini.
“Bukan sahaja sebagai penyanyi malah sebagai pencipta lagu, semuanya akan saya sampaikan melalui persembahan pada malam konsert nanti,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Kamal Adli mengakui teruja apabila berpeluang menyaksikan sendiri pengalaman pertama anak tunggalnya, Hawra Uqaira di prasekolah.