Bakal terima menantu sulung hari ini, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah dilihat sibuk menguruskan persiapan terakhir menjelang hari bahagia anak sulungnya, Allisya Tahir bersama lelaki pilihan hati.
Terdahulu, Allisya selamat melangsungkan pertunangan bersama lelaki pilihannya itu, Mac lalu.
Menerusi video yang dimuat naik Shiera yang mesra disapa Kak Rara ini di Instagram, kelihatan ahli keluarga dan sahabat turut sama-sama membantu membuat persiapan kerja kahwin.
“Saya tak kisah. Itu pilihannya untuk tamatkan zaman bujang dan sebagai ibu saya terima, tidak menghalang. InsyaAllah Allisya akan mendirikan rumah tangga pada 11 November, majlis (resepsi) pada 13 November, alhamdulillah.
“Saya sebenarnya tidak kisah dia nak berkawan dengan sesiapa. Asalnya pandai jaga batas dan pada saya bakal menantu pun seorang lelaki yang baik. Begitu juga dengan keluarganya,” katanya kepada MH.
Sheira pada masa sama mengharapkan agar perancangan menjelang hari bahagia anaknya itu dipermudahkan.
“Syukur sebenarnya. Cuma sebelum ini saya tidaklah terlalu berkongsikan mengenai perkara itu di media sosial. Apa pun terima kasih atas doa yang baik-baik daripada semua.
“Setakat ini persiapan masih lagi berjalan, tinggal lagi saya serahkan kepada anak dan bakal menantu untuk menguruskan. Sebagai ibu saya sokong apa yang terbaik,” katanya lagi.
Terdahulu, Allisya yang sebelum ini pernah muncul dengan single berjudul Hey Pria ciptaan Sharon Paul yang menjadi lagu tema drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe di TV3.
Allisya yang berusia 23 tahun, ialah anak hasil perkongsian perkahwinan pertama Shiera dengan vokalis kumpulan legenda, Black Dog Bone, Jatt.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Syatilla Melvin yang baru sahaja melahirkan anak keduanya hampir seminggu lalu ada berkongsi sekeping foto bersama dua doktor yang bertanggungjawab menguruskan prosedur kelahirannya kali ini.
Entri yang dikongsi beberapa jam lalu menerusi Instagram itu turut memaklumkan, mereka jugalah menjadi individu penting di sebalik proses kelahiran anak pertamanya, Syeriv.
“Gambar lebih kurang 10min sebelum perut aku tenganga?Inilah 2org doc kesayangan?dr.fauziah yg bertanggungjwab belah perut aku bok keluaq anak. Yang di belakang tu dr.aminah pakar bius yg bius tilla tanpa rasa sakit apa pun!cucuk kt tulang belakang kot,klu tak kena gaya mampuih?dua2 doc yg sama masa tilla beranakkan syeriv.
“Yang nurse2 tu pulak tilla nk cakap thank u so much sebb sudi tgok perut n benda2 lain yg xsepatutnya?byk pahala hampa semua,insyaallah amin,” tulisnya.
Khabar duka dari tanah seberang, pelakon veteran terkenal Indonesia, Rima Melati telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun di RSPAD Gatoet Soebroto, Jakarta.
Pelakon tersebut yang juga pernah duduk di kerusi pengarah telah dimasukkan ke hospital pada awal Jun 2022 dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Perihal kematian pelakon veteran ini telah disampaikan oleh menantu mendiang, Marisa Tumbuan menerusi Insta-story.
“Telah berpulang dengan tenang ke pangkuan Tuhan Yang Maha Esa, Ibu Rima Melati, ibunda dan mentua terkasih kepada Aditya Tumbuan dan Marisa Tumbuan pada hari Khamis, 23 Jun 2022, pukul 3.14 petang di RSPAD Jakarta Pusat.
“Mohon doa dan mohon dimaafkan semua kesalahan-kesalahan beliau. Tuhan memberkati kita semua. Amin,” tulisnya.
Menurut maklumat yang disampaikan Marisa, ketika ini jenazah mendiang ibu mentuanya telah ditempatkan di Ruangan Kamboja, RSPAD sebagai lokasi rumah duka untuk tetamu memberikan penghormatan.
Rima Melati atau nama asalnya Marjolien Tambajong dilahirkan pada 22 Ogos 1937 merupakan anak kepada pereka fesyen terkenal Indonesia ketika itu, Non Kawilarang.
Sepanjang hidupnya sebagai anak seni, wanita kelahiran Tandano, Sulawesi ini pernah memenangi Piala Citra pelakon wanita terbaik pada tahun 1973. Piala Citra merupakan sebuah anugerah tertinggi untuk menghargai bakat pemain seni Indonesia.
Mendiang Rima bekahwin dengan Frans Tumbuan pada 1973 sehingga kematian suaminya itu pada 2015. Hasil pernikahan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sambutan Hari Raya Haji (AidilAdha) tahun ini tetap disambut apa adanya tetapi meriah selepas dua tahun umat Islam di negara ini tidak dapat meraikan dengan sebaiknya susulan pandemik.
Menginsafi diri menerusi memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S, ramai di antara kita yang turut mengambil cuti bagi mengisi masa bersama yang tersayang, termasuk barisan selebriti kita.
Menerusi Instagram, masing-masing merakam memori foto bersama keluarga dengan persalinan indah bagi meraikan kedatangan Hari Raya Haji tahun ini. Antaranya;
Pengalaman dikhianati oleh bekas pembantu peribadi membuatkan pelakon, Uqasha Senrose serik dan sukar mempercayai orang luar untuk masuk ke dalam kehidupannya.