Konsert sulung penyanyi Hael Husaini yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 4 Disember ini telah ditunda ke tarikh baharu iaitu pada 19 Februari 2023 di Zepp KL.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak penganjur, Rocketfuel menerusi ketuanya, Feros Sayna, pihaknya memohon maaf di atas penundaan tersebut.

“Pertama sekali, bagi pihak pengurusan kami ingin memohon maaf di atas penukaran tarikh konsert tersebut.

“Kami menjanjikan sebuah konsert yang energetik dan penuh bertenaga yang berkonsepkan ‘boogie shoes’ di mana penonton digalakkan ‘sing-along’ serta dance-along sepanjang konsert berlangsung.

IKLAN

“Kepada setiap pembeli tiket konsert, jangan risau kerana tiket tersebut kekal sah pada tarikh yang telah dijadualkan semula,” katanya.

Sementara itu bagi Hael atau nama sebenar, Hal Husaini Razmi, 35, berharap konsert solo yang diidamkan sepanjang kerjayanya itu boleh dibaratkan sebuah pementasan perjalanan hidupnya.

IKLAN

“Selama 15 tahun saya berkecimpung dalam industri muzik tanah air, ini merupakan impian saya sedari dulu lagi, banyak yang ingin saya tonjolkan pada malam konsert tersebut yang berkonsepkan festival.

“Saya menganggap konsert ini sebagai pementasan perjalanan karier seni saya secara muzikal, bagaimana saya bermula, apakah perbezaan muzik dan karya saya dari dulu sehingga kini.

IKLAN

“Bukan sahaja sebagai penyanyi malah sebagai pencipta lagu, semuanya akan saya sampaikan melalui persembahan pada malam konsert nanti,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI