Menekankan isu kritikan sosial yang dihadapi generasi muda, filem pertama arahan Zizan Nin berjudul Sazali Meor Coco mendapat reaksi positif penonton.
Biarpun ada yang menganggap filem Sazali Meor Coco penuh kemarahan, sarat sindiran dan banyak rempah ratus, namun rata-rata penonton menerima isu yang diketengahkan dalam naskhah pertama terbitan Aquila Emas Sdn Bhd itu.
Sazali Meor Coco menampilkan bintang baharu seperti Syazani Zikry (Sazali), Coco (Iman Zulkarnanin) dan Meor (Shah Radhy).
Zizan berkata, dia terharu atas penerimaan baik penonton.
“Saya bersyukur mendapat rebiu positif penonton. Paling terharu, ada penonton yang berjaya kupas isu yang saya ketengahkan dalam filem dengan terperinci.
“Tema bergenre drama dan kritikan sosial bukan hiburan semata-mata, tetapi ada mesej sebaliknya.
“Sebagai pengarah dan penerbit, saya juga sudah dirisik oleh beberapa pihak yang ingin menganjurkan tayangan ekslusif di beberapa forum dan sesi akademik.
“Ini kerana isu yang diketengahkan relevan dengan realiti kehidupan hari ini. Sebenarnya, itulah cabaran saya mengarahkan filem ini, di mana saya perlu mencari titik temu untuk mengetengahkan ‘pressing issues’,” katanya.
Zizan menambah, dia juga terharu mendapat reaksi positif penggiat industri perfileman seperti Datuk Mahyidin Mustakim, Datuk Jurey Abdul Latiff, Zed Zaidi dan ramai yang hadir memberi sokongan pada malam gala.
Ads
“Mereka menganggap filem Sazali Meor Coco ada kelainan dalam penyampaian mesej, selain diselitkan dengan lagu-lagu yang menghiburkan.
“Ada juga menyifatkan filem ini menyelitkan banyak pengajaran, maksud mendalam dan dapat menggarap bakat tiga pelakon baharu dengan baik,” katanya.
Selain itu, filem Sazali Meor Coco sudah ditayangkan di Asian Content & Film Market (ACFM), Busan, Korea pada 7 hingga 10 Oktober yang lalu sempena Busan International Film Festival.
Zizan tak nafikan, cabaran tetap ada dalam menyampaikan isu-isu berat dengan cara santai, ringan dan boleh diterima.
Ads
“Saya sengaja memilih paparan realiti kehidupan hari ini dengan mengetengahkan isu gelandangan, penderaan kanak-kanak, warga emas yang terpinggir, kemiskinan bandar, media sosial yang menjadi sebahagian kehidupan generasi kini, selain isu di belakang tabir,” katanya.
Penerima trofi Pelakon Harapan, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-20 pada 2007 itu berkata, dia sudah melihat banyak hantaran dalam media sosial mengenai filem Sazali Meor Coco.
“Saya terharu ramai TikTokers, warganet dan penonton mula mengupas mesej yang cuba disampaikan dalam filem ini.
“Saya tak kisah dikritik dan terima dengan hati dan minda terbuka. Bagi saya, itu lumrah dan hak masing-masing dalam menyuarakan pandangan.
“Saya juga ada membaca hantaran mengkritik poster filem. Apa yang boleh saya katakan, ini adalah karya kreatif, jadi ‘dont judge the book by it’s cover’,” katanya.
Ads
Sazali Meor Coco menceritakan tiga beradik iaitu Sazali, Coco dan Meor berhijrah ke bandar untuk mencuba nasib menjadi bintang terkenal.
Namun, impian yang ingin dicapai bukan mudah kerana mereka perlu berdepan pelbagai dugaan.
Mempertaruhkan tiga bakat baharu sebagai watak utama, Zizan berkata, dia mahu melahirkan lebih ramai pelakon pelapis.
Bagi Zizan, apa yang penting adalah komitmen dalam menjayakan watak.
“Saya tak pandang populariti, sebaliknya semua barisan pelakon perlu datang uji bakat. Saya tidak kira sama ada pelakon nama besar atau bakat baharu.
“Ini kerana mereka perlu memberikan komitmen 100 peratus. Filem adalah projek besar dan serius,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Elliza Razak meluahkan rasa syukur apabila diberi kekuatan bertahan dan akhirnya berjaya keluar daripada perkahwinan yang dibina sejak 12 tahun lalu.
Mengakui sudah pun bercerai pada Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bestari, Elliza, 40, juga mendakwa dirinya pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
“Saya cakap jujurlah ya, lama saya bertahan (dalam rumah tangga) 12 tahun. Nak dikatakan jadi mangsa keganasan (dalam rumah tangga) tu, tak adalah kerap tapi adalah.
“Cuma (perceraian) lebih kepada bab tanggungan keluarga atau nafkah selain soal kesihatan mental dan emosi.
“Punca saya mula melakukan proses permohonan cerai apabila dia cakap jangan sampai dia tak bagi saya jumpa anak-anak. Saya sudah penat sebenarnya,” katanya.
Elliza berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ulang Tahun ke-17 Suria FM, di Menara Star, Petaling Jaya, pada Jumaat.
Ibu kepada dua cahaya mata ini turut mendedahkan dua keping foto kesan lebam pada wajahnya dipercayai akibat dipukul dalam kejadian yang berlaku sebelum ini.
“Mungkin sebelum ini saya bodoh kerana tidak buat laporan polis. Saya juga fikirkan tentang anak-anak.
“Tetapi selepas bercerai saya ada buat cover report supaya dia tidak boleh mengganggu saya dan anak-anak.
“Dalam tempoh idah pun saya ada juga kena (dikasari). Ketika itulah anak kami nampak apa yang berlaku,” kata bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga ke-3 (AF3) ini lagi.
Elliza bagaimanapun mahu membina semangat baharu dan baginya ini masa terbaik untuknya kembali aktif dalam dunia seni selepas sekian lama mendiamkan diri.
“Sekarang ini saya cari semula apa yang buatkan saya gembira. Syukur dapat bertemu dengan orang tepat untuk menguruskan perjalanan kerjaya seni,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Elliza kini tampil dengan lagu berjudul Urai yang turut menjadi runut bunyi drama Akad Yang Terlindung untuk Akasia di TV3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Maya Karin ini memang ada pesona tersendiri. Sesiapa saja yang pernah bertentang mata dengan figura ini pasti terpikat dek kecantikan semula jadi Maya. Sering tampil tanpa sebarang solekan, Maya tetap kelihatan yakin dengan diri sendiri.
Pemilik nama Maya Karin Roelcke ini dilahirkan pada 29 Oktober 1979 di Bayreuth, Bavaria, Jerman dan bakal mencecah usia 44 tahun.
Punyai Darah Kacukkan ‘Melayu-German’
Bapanya, Gottfried Roelcke merupakan kelahiran Jerman. Sementara ibunya pula, Che Zan berasal dari Pulau Pinang. Patutlah cantik, ada darah campuran Jerman dan Melayu!
Difahamkan Maya membesar di Indonesia sehingga umur 17 tahun dan kemudian berhijrah ke Malaysia. Dia mempunyai kelulusan dalam bidang media dan pemasaran dari Lim Kok Wing University.
Maya merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik dan dia mula aktif menceburi industri hiburan sejak tahun 2001. Lakonan mantap Maya mendapat pujian ramai terutamanya menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam, Waris Jari Hantu, Majika, Ombak Rindu dan Munafik 2.
Selain bergelar pelakon, nama Maya juga dikenali sebagai pengacara, model dan duta produk. Malah, Maya sebelum ini pernah menerbitkan beberapa lagu termasuk Erti Cinta dan Teka-Teki.
Selebriti ini bukan hanya cantik dan berbakat besar dalam industri seni bahkan memiliki kepakaran dalam mengusahakan perniagaan. Sebelum ini Maya pernah terlibat dalam bidang hartanah dan berbakat dalam bidang masakan.
Lihat sahaja bagaimana dia mengendalikan bisnes Burger Bakar secara kecil-kecilan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak lama dulu, sampai berjaya membuka beberapa cawangan di Lembah Klang.
Maya Karin Tak Hanya Berbakat Besar Dalam Industri Seni, Miliki Kepakaran Dalam Perusahaan Perniagaan!
Namun, perancangan untuk mengembangkan perniagaan burger bakar tersebut ‘putus’ di tengah jalan selepas Maya mengakui ada pihak cuba mengambil kesempatan atas kejayaan itu.
Aktres jelita ini tidak sepenuhnya bergantung pendapatan sebagai pelakon dan penyanyi semata-mata. Sebaliknya, Maya kreatif menjana pendapatan daripada pelbagai bidang.
Paling penting, tiada sedikit pun istilah malu terbit dalam dirinya untuk mencari rezeki halal. Kagum! Malah, Maya turut mendedahkan pernah berkerja di sebuah kedai kek selepas tamat zaman persekolahan suatu masa dulu.
Sudahlah cantik dan pandai cari duit sendiri, karakter Maya yang penyayang juga dikagumi. Maya yang merupakan aktivis alam sekitar yang cukup merendah diri dan tidak kisah pergi ke sesuatu destinasi walau hanya menaiki pengangkutan awam.
Malah, dalam usia 40-an Maya masih kekal anggun dan menawan biarpun tanpa solekan tebal di wajah.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi Nourul Depp ada memuat naik gambar beserta status berunsur nasihat buat orang ramai di luar sana.
Perkongsian itu dimuat naik anak kelahiran Pulau Pinang itu di Instagramnya.
“Assalamualaikum dan selamat pagi wahai yang rajin bekerja.
“Bekerja lah sebaiknya. Seikhlasnya dan sejujurnya. Rezeki dari Allah. Dia tahu siapa ikhls dan siapa tidak. Jika mahu rezeki dan peluang lebih baik, berusahalah tanpa complaint.
Dalam pada itu, Nourul ada menekankan jenis perkerjaan yang sering mencuri tulang.
“Ni ada jugak yang qeja nak gaji. Nak duit. Tapi qeja main main. Especially yang qeja di bahagian servis. Curi tulang, tak dnegaq cakap boss. Balik awai ikut suka hati. Buli kawan2 tempat kerja dan macam2 lagi..
“Gaji dia nak. Qeja tak betui. Complaint macam2. Dapat gaji pun dia compalint dia kta tak cukup. Macam mana nak cukup kalau hang tu qeja tak betui? Gaji banyak mana pun rasa tak cukup..
“Sebab apa? Sebab tak ikhlas dan tak jujur. Berkatnya rezeki itu andai kita berniat baik dalam pekerjaan. Buat baik sesama manusia. Ikhlas seikhlasnya..
Selain itu, Nourul ada berkongsi kisah dan pengalaman adik dan arwah ibunya ketika di alam perkerjaan.
“Ini dari pengalaman adik saya dan juga arwah mak yang bekerja seikhlasnya. Semoga arwah mak berada di syurga teratas kerana budi dan tanggungjawabnya sebagai jururawat dibuat seikhlas dan sejujurnya dahulu. Aminnnn
“Langsung tak complain walaupun dah penat. Wanita bersalin back to back dalam sesuatu bulan tu. Tidoq pun tak cukup. Dengan anak anak lagi! Arwah mak the real captain marvel, the real wonder woman, the real superwoman. .
“Gaji mak lepas potong itu ini bukan banyakn pun. Tinggai lh rm900. Tapi cukup menyara kami 13 orang! Pasaipa? Pasai berkatnya pekerjaan dan rezekinya..
“Kalau kita mahu rezeki lebih berkat. Lebih baik, buatlah sebaiknya, seikhlsnya , sejujurnya,” akhiri Nourul.
Nourul memuat naik status berkenaan bersempena dengan Hari Wanita Sedunia pada Jumaat lepas dan memuji sikap adik dan arwah ibunya yang tidak pernah mengeluh ketika bekerja.
Foto : Instagram Nourul Depp
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert solo penyanyi terkenal, Stacy, akhirnya diumumkan secara rasmi dalam satu sidang media eksklusif yang berlangsung meriah di Sabah International Convention Centre (SICC), baru-baru...