Pelakon terkenal, Aaron Aziz berkongsi detik cemas selepas dia diminta untuk menjemput anaknya, Dahlia susulan beberapa sekolah antarabangsa di Lembah Klang telah menerima ugutan bom pada selasa
Menurut Aaron, sebagai langkah berjaga-jaga, kesemua murid-murid di sekolah tersebut di minta pulang.
“Hari ini ada ancaman bom di beberapa buah sekolah antarabangsa. Jadi, pihak sekolah minta kita datang untuk ambil anak-anak. Sekolah anak saya juga adalah salah satu daripadanya,” katanya menerusi sebuah hantaran video di Instagram.
Menerusi video tersebut juga, Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz sempat menasihati orang ramai supaya mengawal perasaan dan mengikuti segala arahan yang diberikan pihak berkuasa.
Ads
Jelasnya lagi, sikap tidak bertimbang rasa hanya akan menyukarkan lagi keadaan tersebut.
“Keadaan sekarang tengah huru hara. Keluarga juga tengah kelam kabut. Ada yang potong barisan. Saya faham ada yang tengah panik.
“Namun, dalam keadaan seperti ini, kita kena kekal tenang. Jangan cemas. Ikut arahan yang telah diberikan. Kalau orang tengah beratur, beraturlah.
Ads
“Kalau seorang tak beratur, semua orang akan tak beratur juga. Kita akan berhadapan dengan situasi panik dan menyukarkan pihak berwajib untuk mengurus situasi ini agar semuanya selamat,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Aaron turut memuji pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang mengandalikan situasi tersebut dengan baik.
“Terbaik tindakan pihak PDRM. Cepat dan profesional. Setakat ini sekolah Dahlia tidak menerima sebarang email ugutan tapi pihak sekolah mengambil langkah berjaga-jaga.
Ads
“Saya juga memuji tindakan pantas yang diambil pihak sekolah. Kekal tenang dan ikut protokol. Ingat, orang lain juga ada anak,” kongsinya lagi.
Terdahulu, pihak PDRM mengesahkan menerima laporan berkenaan sembilan sekolah antarabangsa, masing-masing dua di Kuala Lumpur dan tujuh di Selangor menerima ancaman bom menerusi e-mel pagi tadi.
Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, e-mel itu adalah maklumat palsu yang hanya bertujuan menimbulkan kegusaran pihak sekolah dan ibu bapa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aarom Aziz & Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida Mohd Rashid menjadi individu yang amat terkesan dengan pemergian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad.
Usahawan terkenal di Pantai Timur itu terkorban dalam nahas jalan raya, pada Ahad lalu.
Lalu, isteri kepada Datuk Seri Aliff Sgukri itu juga tidak lari dari turut membayangkan akan dijemput Ilahi satu hari nanti.
”Saya sentiasa mendoakan Allahyarhamah @faziani_rohban di tempatkan di kalangan mereka yg dicintai Allah SWT… pengakhiran hidup akk baik dan dimuliakan….
“Saya nanti ntah bagaimana… amalan pun x cukup..dosa pun banyak…jahil….. dosa dgn suami. dgn ibu bapa, dosa dgn anak2 dan sahabat2…. mudahan Allah menjemput saya ketika saya m3njadi hamba yg terbaik di sisinya,” tulisnya.
Video tersebut melihatkan Shahida bersama Aliff menziarahi pusara Allahyarham yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit, Wakaf Bharu, Kelantan.
Terdahulu, jenazah disolatkan lebih 300 orang termasuk pelajar pondok dan sanak saudara, di kediaman milik arwah di Kampung Paloh.
Video : IG Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Vokalis kumpulan Floor88, Ayie Elham akhirnya mendedahkan dia bakal menimang cahaya mata perempuan pada satu majlis ‘gender reveal’ yang diadakan pada malam Jumaat.
Turut kelihatan pada majlis itu ialah isteri Ayie, Tasha Awie yang kini sedang sarat hamil cahaya mata sulung pasangan tersebut.
Majlis yang diadakan secara tertutup itu dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan baik pasangan berkenaan.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah, 25, turut memaklumkan dia sudah membuka akaun Instagram untuk anak sulungnya dengan menggunakan nama @aetajunior.
Setakat ini, akaun tersebut sudah mengumpul lebih 3,000 pengikut sejak ia mula dibuka pada Jumaat.
Sebelum ini, Ayie mengakui sudah melakukan pemeriksaan jantina bayi namun masih samar-samar.
Sekadar informasi, Ayie mendirikan rumah tangga dengan Tasha Awie atau nama sebenarnya, Nur Natasha Ahmad Nawawi, 23, pada 21 Oktober tahun lalu.
Tasha dijangka bersalin pada Ogos atau September depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ayie Floor88
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Indonesia Dadali Dyrga berjaya melangkah ke pentas akhir Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) selepas menduduki markah paling tinggi menerusi saingan separuh akhir, malam tadi dengan 74.10%.
Kemenangan tersebut turut melayakkannya untuk menerima Anugerah Terpaling Adabi, bersama hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 serta barangan Adabi bernilai RM500.
Liza Aziz dan Shiela Abdull pula masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga iaitu dengan 73.90% dan 67.90%.
Markah Semua Bintang
Bagaimanapun, tuah tidak menyebelahi Ronnie Hussien apabila dia berada di kedudukan paling corot dengan meraih markah 59.70%.
Ronnie yang menyampaikan lagu Impian Cinta & Revolusi gagal menambat hati juri sekali gus menamatkan kemaraannya untuk mara ke pentas akhir GV11.
Berikut ialah markah bagi semua bintang yang masih kekal dalam pertandingan di peringkat separuh akhir;
Its Final!
Pada malam kemuncak Ahad depan, keenam-enam bintang akan dicabar dengan tema ‘Its Final’.
GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, selama 12 minggu.
Kesemua peserta bagi musim kali ini dijurikan oleh tiga barisan juri iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Datuk M.Nasir turut diundang sebagai juri jemputan bagi peringkat separuh akhir.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Sheila Rusli akui teruja apabila menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha memutuskan untuk menjalani tempoh berpantang di rumahnya selepas melahirkan cahaya mata kedua.