Pelakon veteran yang juga merupakan muallaf Margaret Gan turut tumpang gembira dengan keputusan rakan artis, Ardini Angeline Tan yang telah memeluk agama Islam baru-baru ini.

Menurut Margaret, dia mendoakan semoga segala urusan Angeline dipermudahkan dan menjalani kehidupan sebagai wanita Muslim dengan lancar.

Meski Lama Tak Berhubung, Margaret Gan Doa Angeline Tan Ikut Ajaran Islam Dengan Baik

“Saya sentiasa mendoakan agar dia mengikuti segala ajaran Islam. Sebagai anak seni, kita memang sudah terbiasa dan ada perangai yang gila-gila tetapi perlu ada batasnya.

“Setiap agama boleh bergembira tapi kita kena tahu cara yang betul. Nak terlalu gembira sampai tak ingat dunia pun tak boleh juga.

“Kami pun sudah lama tidak berhubung. Nombor telefon masing-masing mungkin sudah hilang agaknya sebab kerap bertukar telefon,” katanya kepada MH.

IKLAN

Margaret dan Angelene pernah bergandingan bersama menerusi sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu satu ketika dahulu.

Angeline memeluk Islam pada 26 September lalu dan berkahwin dengan pelakon dan pengarah popular, Sabri Yunus pada 14 Oktober lalu.

Bercakap mengenai kerjaya lakonannya pula, Margaret memaklumkan dirinya kurang mendapat tawaran sejak sebelum memeluk agama Islam pada Febuari tahun lalu.

Meski Lama Tak Berhubung, Margaret Gan Doa Angeline Tan Ikut Ajaran Islam Dengan Baik

IKLAN

Katanya lagi, ada beberapa tawaran yang terpaksa ditolak kerana watak tersebut memerlukannya untuk menjadi wanita berbangsa Cina dan tidak berhijab.

“Kerjaya saya kini sunyi sepi sedikit. Nak dekat dua tahun tiada tawaran. Selepas masuk Islam, saya ada menerima tawaran menjadi ibu berbangsa Cina tapi saya terpaksa tolak.

“Mana ada ibu Cina pakai hijab. Kalau watak itu sebagai muallaf, barulah boleh,” kongsinya lagi.

IKLAN

Meski Lama Tak Berhubung, Margaret Gan Doa Angeline Tan Ikut Ajaran Islam Dengan Baik

Pada masa sama, Margaret turut memaklumkan dirinya ada mencadangkan pengarah untuk mengubah sedikit wataknya namun, ia tetap akur dengan segala keputusan yang telah ditetapkan.

“Saya ada minta pengarah untuk ubah sedikit skrip. Buat la watak muallaf tapi mereka senyap sahaja. Saya pun tiada tanya berlebihan.

“Skrip orang mana boleh kita suka-suka minta ubah. Kita bukan pengarah atau penulis skrip. Namun, saya reda. Bukan rezeki saya. Lain kali mesti ada,” akhirnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI