Pelakon, Hun Haqeem menzahirkan rasa syukur apabila keadaan lututnya kini sudah beransur pulih selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan Anterior Cruciate Ligaments (ACL) pada Oktober.

Ketika ditemui MH, Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy dilihat sudah mampu berjalan seperti biasa tanpa memerlukan alat sokongan lutut atau tongkat.

“Saya Tak Nak Menyusahkan Orang,” – Dah Boleh Berjalan Normal, Hun Haqeem Tak Sorok Kecederaan

Menurut Hun, dia telah menjalani sesi fisioterapi dengan berdisiplin bagi memastikan lututnya itu dapat segera pulih.

“Sesi fisioterapi sangat membantu fasa pemulihan. Sudah dua kali kaki saya mengalami kecederaan serius. Pada 2020, saya putus otot buku lali (Tendon Achilles). Kali ni ACL pula.

“Jangan pernah mengalah dan kena sentiasa berdisiplin. Perkara yang susah ini, bila kita gigihkan juga, ia akan jadi senang.

“Padalah, saya tahu perkara itu tak senang pun. Diri kita sebenarnya yang kena kuat dan percaya kepada proses.

“Sepanjang proses itu juga, kita turut akan belajar banyak perkara tentang kehidupan,” katanya.

IKLAN

Dalam pada itu, Hun turut menegaskan dirinya tidak akan sesekali menyembunyikan keadaan kakinya itu semata-mata untuk mengejar tawaran berlakon.

“Saya Tak Nak Menyusahkan Orang,” – Dah Boleh Berjalan Normal, Hun Haqeem Tak Sorok Kecederaan

“Saya percaya kepada ketulusan bekerja. Sudah semestinya kita kena bagitahu kepada team produksi.

“Kalau mereka minta kita buat macam-macam babak tapi kita tak boleh nak lakukan, ia akan menyusahkan semua orang.

IKLAN

“Pada masa sama, kita juga bertanggungjawab untuk kuatkan diri supaya boleh bekerja. Kalau kita dah bersetuju, kita kena bersedia sepenuhnya.

“Kita tak boleh mengharapkan pihak produksi menjatuhkan standard karya mereka disebabkan kekangan kita,” ujarnya lagi.

Terdahulu, kecederaan ACL tersebut berlaku ketika Hun sedang menjalani penggambaran bagi drama terbaharu, W: Two Worlds.

Ditanya mengapa dia memilih untuk meneruskan penggambaran meskipun keadaan lututnya tidak mengizinkan, ini reaksi yang diberikan oleh Hun;

IKLAN

“Saya Tak Nak Menyusahkan Orang,” – Dah Boleh Berjalan Normal, Hun Haqeem Tak Sorok Kecederaan

“Saya memang risau. Lutut nak pakai lama dan usia saya baru 25 tahun. Namun, malang tak berbau dan sudah ditakdirkan berlaku.

“Saya risau dengan masa orang. Para pelakon juga sudah dikumpulkan dan team produksi juga sudah buat persiapan.

“Ketika itu, penggambaran masih berlangsung dan saya tahu kita kena habiskan juga projek ini. Masa juga sangat suntuk. Saya dapatkan nasihat doktor dan kaki saya perlu dibalut ketika penggambaran,” akhirinya.

Sekadar informasi, W: Two Worlds merupakan sebuah drama adaptasi daripada drama popular Korea Selatan.

Selain Hun, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Mirul Aiman, Daiyan Trisha dan Faizal Hussein.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI