Gara-gara membeli jersi tiruan, pelakon remaja, Qistina Raisah ditegur pemilik jenama pakaian lokal yang juga pempengaruh terkenal, Nureddy Nursal atau lebih mesra disapa Daddyhood.

Lantaran itu, Qistina tampil memuat naik sebuah video di Tik Tok bagi menjelaskan situasi sebenar susulan perkara tersebut.

Jelas Qistina, ini merupakan kali pertama dia membeli baju jenis jersi dan dia terlalu teruja kerana ia turut menampilkan kolaborasi bersama band kesukaannya, Masdo.

@qqistinaraisah Replying to @daddyhood ♬ original sound – QR

“Daddy, saya bukannya tak nak beli yang original. Masalahnya ini pertama kali saya beli jersi. Saya sumpah tak tahu.

“Saya kurang berminat sebenarnya dengan jersi-jersi ni tapi bila saya nampak jersi terbaru kolaborasi dengan Masdo ni, saya jadi suka pula sebab cantik.

IKLAN

“Kemudian lalu pula iklan baju tersebut di fyp saya dan harganya murah. Saya tak tahu harga sebenarnya berapa dan saya beli je terus,” katanya.

Jelas pelakon drama Keluarga Instafamous itu lagi, dia juga amat mengalu-alukan sekiranya Daddyhood mahu menghadiahkannya baju tersebut

“Tapi kalau Daddy nak kasi pun boleh sahaja. Saya pun peminat Masdo dan Daddyhood. Lagipun saya ni perempuan dan tak pernah beli barang-barang macam ni. Tak pun nanti saya beli yang original,” kongsinya lagi.

Lalu, menerusi sebuah lagi video di Tik Tok, Qistina memaklumkan dirinya telah menerima pakej daripada Daddyhood yang menghadiahkannya hampir tujuh helai baju jenama keluarannya itu.

IKLAN

Jelas Qistina lagi, dia sememangnya amat teruja dengan pemberian tersebut.

@qqistinaraisahJANGAN JEALOUS OKAY BYE♬ original sound – QR

“Saya salah beli satu je tapi saya dapat banyak. Saya nak cakap terima kasih banyak-banyak kepada Daddyhood.

IKLAN

“Saya tersalah beli dan yakin je pakai. Lepas tu buat video pula pakai baju bukan original. Dia siap bagi lebih lagi. Ini bukan marketing. Ini betul-betul dari Daddyhood sendiri,” ujarnya.

Sehingga kini video yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok itu telah pun meraih lebih 500,000 jumlah tontonan dan dihujani ribuan komen.

Sekadar informasi, Daddyhood ialah pempengaruh yang aktif memartabatkan industri e-sukan tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.

@qqistinaraisahSay yes to me♬ ive got my eye on you – 🎧

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI