Sejurus mendikan rumah tangga, pempengaruh media sosial, Nelysa Norazlan dan suaminya, Muhammad Multazam Nasir berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah, pada Sabtu.

Sambil berkongsikan momen indah ketika berada di Tanah Arab, Nelysa turut berkongsi suasana ketika dia mencari ikhtiar untuk mencium Kaabah dan Haharul Aswad.

“Selalu Orang Kecil Ni Kena ‘Pijak’ Je Tapi…,” – Begini Cerita Nelysa Norazlan Waktu Usaha Nak Cium Kaabah, Hajarul Aswad

“Hari paling bahagia, dapat cium Kaabah, cium Hajarul Aswad (tak dapat snap gambarlah sebab dah macam fight tadi).

“Nak menangis rasa Tuhan bagi kesempatan dalam ramai ramai orang bergelut, I dapat menyelit ke depan sekali. Letak muka betul-betul dalam Hajarul Aswad, cium.

“Rasa lagi hitam Hajar Aswad tu sebab I yang pendosa ni yang cium. Tapi paling tak sangka sebab I ni kan kecik. Selalu orang kecik ni kena pijak je tapi tadi I duk bergelut sama dengan orang tinggi tinggi.

IKLAN

“I teringat mak mertua punya pesanan, kalau rasa susah ingat baca ‘Rabbi yassir wala tu’assir’. I baca sampai ke sudah. Tahu tahu sampai kedepan. Alhamdulillah. Paling pendosa ni cium, rasa hina betul diri ni,” luahnya.

Nelysa berkongsikan perkara itu menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di Insta Stories.

“Selalu Orang Kecil Ni Kena ‘Pijak’ Je Tapi…,” – Begini Cerita Nelysa Norazlan Waktu Usaha Nak Cium Kaabah, Hajarul Aswad

Tambah Nelysa lagi, dia berterima kasih kerana usaha yang dilakukan turut disebabkan bantuan yang diberikan suami tersayang.

IKLAN

“Kesian Azam, dialah yang tolong sebab I nak sangat cium. Dia dahulukan I dulu, I dapat cium tapi dia tak dapat sebab dia risau bini dia lemas.

“Dia duk kisah nak tarik kita je. Terima kasih suami. Semoga satu hari nanti you dapat kesempatan juga. I doakan,” nukilnya lagi.

Artikel Berkaitan;

“Dengan Sekali Lafaz Sah Aku Menjadi Suami Kepada Nelysa Norazlan.”

IKLAN

Sementara itu meninjau ke platform TikTok miliknya, Nelysa turut memuat naik beberapa video sebelum berangkat ke tanah suci.

@nelysa_norazlan Jom hantar Azam pergi airport! Nely pergi sabtu ni. Semoga selamat sampai semua ❤️ @sobellacosmeticshq_ ♬ Heartwarming weakness system “3 minutes cooking song”(941517) – ラフティープロダクション

@nelysa_norazlanSaya pergi dulu ya semua. Doakan kami semua selamat sampai. Jaga diri baik baik ❤️

♬ Bukan Aisyah bukan Siti Khodijah – Iren Lafebian

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI