Selepas hampir tiga dekat mewarnai industri seni tanah air, semalam sememangnya merupakan hari yang sangat istimewa bukan sahaja buat band terkenal tanah air, OAG tetapi juga buat peminat mereka.

Sebagai tanda penghargaan serta mengenang perjalanan jatuh bangun band tersebut, Konsert OAG 30 Tahun Generasiku nyata meninggalkan kenangan yang penuh bermakna buat hampir 4,000 penonton yang hadir ke, Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Meskipun bermula agak lewat iaitu hampir jam 10 malam, namun, kelibat kumpulan itu sebaik keluar ke pentas mendapat sorakan gemuruh peminat yang memenuhi segenap ruang stadium.

Sebelum memulakan persembahan, vokalis kumpulan OAG, Radhi sempat bermesra dan menyapa dengan peminat apabila memberikan hadiah berupa baju kepada mereka yang duduk di depan pentas.

Membuka tirai persembahan dengan lagu Beautifool, seisi stadium yang dipenuhi segenap lapisan masyarakat tak kira usia muda atau muda nyata telah menggamatkan suasana stadium.

IKLAN

Cukup energetik dan lincah melompat-lompat di atas pentas, usia nyata tidak menjadi penghalang buat Radhi.

Malah, selain berhibur, Radhi juga beberapa kali mengingatkan kepada peminat tentang Allah dan juga mengajak mereka berselawat.

“Only Allah Greatest, OAG,” kata Radhi beberapa kali selain sesekali mengingatkan peminat untuk sentiasa bersyukur kepada Allah SWT.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Sepanjang dua jam konsert, OAG menghiburkan peminat dengan barisan seleksi lagu ikonik mereka yang lain seperti Name of The Game, Venusia, Dayang, PerMYsuri, Slumber, 60’s TV, Akustatik, Senyuman Ragamu dan Merpati Putih.

IKLAN

Sebagai penutup, kumpulan yang ditubuhkan pada 1992 itu menamatkan persembahan dengan menyanyikan lagu Generasiku buat peminat yang hadir.

Konsert malam tadi menyaksikan OAG dibarisi tiga ahli asal kumpulan iaitu Radhi, Qi Razali (dram), Ivan (gitar) dan Lam (bass) turut membawa barisan anggota lama bergabung di atas pentas.
Mereka ialah Nazrin (bass), Alim (gitar), Naza, Nizam (gitar), Ammal (gitar) dan Yen (bass) serta seorang ahli baharu.

Kumpulan itu turut menjemput beberapa pemuzik gantian terdiri daripada kumpulan Flop Poppy iaitu vokalisnya, Andy dan Bakri Ismail.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI