Bakal diijabkabulkan pada Sabtu ini bersama jejaka pilihan hati, Mr. H, pelakon Reen Rahim berkata dia tidak risau sekiranya ‘sahamnya’ jatuh selepas bergelar isteri.

Reen atau nama sebenar, Noreen Ashikin Abdul Rahim berkata dia tidak berasa bimbang sekiranya tidak laku selepas berumah tangga kerana sentiasa percaya dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT.

“Saham jatuh?  Saya tidak takut atau risau mengenai hal tersebut.

“Saya tetap percaya dengan rezeki Allah SWT.  Selama ini pun tawaran berlakon memang sentiasa ada dan Tuhan aturkan semuanya dengan cantik.

IKLAN

“Kalau saya perlahankan karier mungkin sebab faktor umur dan bukan sebab berkahwin.  Perjalanan saya dalam industri pun memang perlahan sebelum ini, tak terus memuncak… jadi saya percaya pada rezeki yang Allah sudah susun.

“Saya tiada isu nak takut saham jatuh selepas kahwin.  Kalau bukan rezeki dalam industri mungkin dekat tempat lain yang Allah sudah sediakan,” katanya kepada MH.

IKLAN

Reen bakal disatukan dengan Mr. H pada Sabtu ini dan majlis resepsi pula diadakan pada Ahad seperti mana yang dimaklumkan dalam majlis sidang media pada 8 Disember lalu.

Pelakon berusia 34 tahun itu hanya akan mendedahkan identiti bakal suami pada majlis pernikahan, esok.

IKLAN

Keseluruhan tiga majlis iaitu berinai, akad nikah dan resepsi pelakon asal Klang, Selangor itu mendapat tajaan berjumlah RM15 juta.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI