Tak sangka, kehadiran Nana sebagai ‘pelajar’  dikejutkan dengan pemberian sumbangan bagi mangsa banjir berjumlah RM50,000 daripada RichWorks, semalam.

Menurut selebriti usahawan yang merupakan ikon Muslim Volunteer Malaysia (MVM) itu, beliau sangat gembira bila mana dapat menjadi ‘penghubung’ bagi menyumbang kepada lebih ramai orang memerlukan.

Nana Mahazan Menangis, RichWorks Dr Azizan Beri Sumbangan RM50,000 Buat Mangsa Banjir

Katanya, wang itu hasil sumbangan daripada RichWorks bersama usahawan-usahawan jutawan yang dibimbing melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

“Sebenarnya, inilah mentaliti orang berjaya dan usahawan jutawan iaitu memberi kembali kepada komuniti.

IKLAN

“Pada akhirnya, fokus (usahawan) untuk macam mana boleh bantu lebih ramai orang. Nak jadi ‘kaya’ sebab dapat menyumbang lebih banyak,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mentor Usahawan merangkap Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWoks), Datuk Wira Dr. Azizan Osman mewakili RichWell menyerahkan replika cek kepada Nana ketika Inner Circle Meeting (ICM) Langkawi.

Nana Mahazan Menangis, RichWorks Dr Azizan Beri Sumbangan RM50,000 Buat Mangsa Banjir Nana Mahazan Menangis, RichWorks Dr Azizan Beri Sumbangan RM50,000 Buat Mangsa Banjir

IKLAN

Pada hujung tahun lalu, RichWell salur sumbangan berjumlah RM500,000 bagi mangsa banjir hasil sumbangan usahawan-usahawan dalam tempoh 24 jam.

Dalam pada itu, Nana menjelaskan juga bahawa ilmu diterima di RichWorks bukan hanya mengajar bisnes tapi lebih daripada itu.

“Di sinilah saya berhijrah, faham juga banyak ilmu agama, membantu lebih ramai orang dan tanggungjawab sebagai manusia,” ujarnya.

Nana turut memberikan dedikasi terima kasihnya menerusi Insta Stories, pada Selasa.

IKLAN

Nana Mahazan Menangis, RichWorks Dr Azizan Beri Sumbangan RM50,000 Buat Mangsa Banjir Nana Mahazan Menangis, RichWorks Dr Azizan Beri Sumbangan RM50,000 Buat Mangsa Banjir

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, RichWell merupakan pertubuhan kebajikan di bawah RichWorks yang mensasarkan bantuan kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan sejak 2008.

“Kami memahami perasaan dihadapi mangsa banjir yang ramai di Pantai Timur termasuk di Sabah ketika ini.

“Kami sendiri pernah alami banjir teruk di Shah Alam pada tahun lalu, pejabat dinaiki air hinggakan ada staf terpaksa bermalam di dewan,” ujarnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI