Pelakon Nadhir Nasar menyifatkan kerja kerasnya bersama seluruh tenaga produksi membuahkan hasil selepas filem pendek arahannya, Villa Rosli berjaya tercalon sebagai 10 karya terbaik di acara BMW Shorties 2022.

Menurut Nadhir, karya ini adalah percubaan pertamanya sebagai pengarah.

“Saya sememangnya sangat bersyukur dengan pencapaian ini. Ini adalah karya pertama arahan saya.

“Tercalon sebagai 10 terbaik daripada 93 buah filem pendek seluruh Malaysia merupakan satu penghormatan buat saya. Kerja keras kami membuahkan hasil,” katanya kepada MH.

Katanya lagi, percubaan pertamanya ini telah membuka matanya untuk terus menimba ilmu bagi menghasilkan karya-karya yang lebih berkualiti.

Karya Arahan Nadhir Nasar Tercalon Top 10 Short Film Terbaik, Janji Tak Besar Kepala

“Antara cabaran untuk menyiapkan projek filem pendek ini adalah untuk mengumpulkan seluruh team produksi. Kebanyakkan mereka adalah rakan-rakan pelakon dan kawan-kawan sewaktu di universiti.

IKLAN

“Kami tiada pengalaman yang luas untuk membikin filem. Sebagai orang baru yang nak mengarahkan filem pendek, banyak lagi yang harus saya belajar,” ujarnya lagi.

Nadhir berkata sedemikian ketika ditemui pada malam Anugerah BWM Shorties 2022 yang berlangsung di Rex KL, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Meskipun tidak memenangi sebarang anugrah pada malam tersebut, juara program Hero Remaja 2020 ini tetap optimis karya-karyanya akan tampil lebih matang selepas ini.

“Sudah tentu kami memasang impian untuk memenangi sesuatu pada malam tersebut. Villa Rosly tercalon untuk beberapa kategori akhir seperti lakon layar terbaik, pelakon lelaki terbaik dan anugerah khas juri.

IKLAN

“Namun, rezeki kami hanya sampai top 10 sahaja tetapi saya percaya ia tidak akan terhenti hanya sampai di situ. Saya berjanji akan kembali dengan karya-karya yang lebih baik,” katanya lagi.

Karya Arahan Nadhir Nasar Tercalon Top 10 Short Film Terbaik, Janji Tak Besar Kepala

Walaupun sudah menceburkan diri dalam bidang pengarahan, Nadhir memaklumkan dirinya akan tetap menghormati cara kerja pengarah dalam setiap naskah lakonannya.

“Setiap pelakon dan pengarah punyai karaktor yang berbeza. Sebagai pelakon, ketika di set penggambaran, kita memang kena 100 peratus ikut kehendak pengarah.

IKLAN

“Sudah pasti kita akan berbincang sebelum membuat apa-apa keputusan. Kita tak boleh ikut kepala sendiri.

“Saya tahu isu ini selalu timbul bila pelakon itu punyai production house sendiri. Mereka gemar untuk mengawal team produksi yang mereka sedang bekerja.

“Tindakan itu tidak betul. Kita kena belajar sesuaikan diri. Hidup di dunia ini bukan untuk kita sahaja. Kena belajar untuk bekerja dengan orang lain juga,” akhirinya.

Terdahulu, Villa Rosli merupakan sebuah filem pendek berdurasi hampir 15 minit yang membariskan pelakon seperti Mierul Aiman, Shaza Bae, Mia Sara dan Akmal Asyraf.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI