Pelakon Arja Lee memilih untuk meninggalkan bidang seni buat sementara waktu selepas memberi fokus kepada kariernya sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sejak tahun lalu.

Menurut Arja atau Azharudin Ramli, dia kini lebih tenang menjalani kehidupan tanpa sebarang kontroversi di Kelantan.

“Alhamdulillah saya selesa dengan kehidupan saya sekarang… ada pekerjaan tetap dan paling penting ada pendapatan bulanan yang tak perlu saya risau setiap bulan.

“Dekat sini saya mahu menjalani hidup tenang dan bebas daripada sebarang kontroversi sebagai seorang selebriti.

IKLAN

“Disebabkan itu, saya mengambil keputusan tinggalkan bidang seni buat masa ini bagi memberi tumpuan kepada tanggungjawab sebagai seorang pensyarah yang turut memerlukan komitmen tinggi,” katanya, petik mStar.

Dia pada masa sama mengakui gaya hidupnya sederhana termasuk tidak lagi memikirkan kehidupan ‘glamour’ sebelum ini.

“Kos sara hidup di Kelantan lebih rendah dan saya tidak lagi perlu memikirkan hal-hal berkaitan dunia hiburan. Fokus saya sekarang adalah terhadap pekerjaan sebagai pensyarah dan mendidik anak bangsa,” katanya lagi.

IKLAN

Mengulas lanjutnya, pelakon Anu Dalam Botol ini juga mendedahkan dia memang menyimpan impian untuk bergelar seorang pendidik sejak dulu lagi.

Malah dia bersyukur mengenangkan impian melanjutkan pengajian seterusnya diterima sebagai pensyarah sekaligus mahu menggunakan ilmu dan pengalaman sebagai pelakon sebelum ini untuk dicurahkan kepada pelajar di universiti.

IKLAN

Bintang berusia 39 itu juga baharu sahaja menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Pengajian Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Arja juga mengakui dia merancang menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) tidak lama lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI