“Sejak kecil saya minat nak berlakon, malah kalau tahu mengenai Dewi Remaja dulu, saya sudah cuba sertainya.”
Demikian kata Pemenang Miss Intercontinental Malaysia 2017 dan Miss Supranational Malaysia 2018 yang kini mengorak langkah sebagai pelakon, Sanjna Suri apabila ditanya mengenai fokusnya kini terhadap dunia lakonan.
Menurut Sanjna yang mesra disapa Sanju, dia tidak menolak rezeki apabila berjaya mencipta sukses dalam ratu cantik, cuma fokus dan minatnya berbeza.
“Saya percaya ada platform yang bagus bila saya ceburi ratu cantik misalnya untuk terjun dalam dunia lakonan dan sebagainya.
“Sebelum ini keluarga agak skeptikal. Kalau boleh mereka mahu anaknya bekerja dalam bidang yang boleh menjanjikan kehidupan yang lebih stabil.
“Jadi bila tamat pengajian dalam bidang farmasi dan pernah bekerja di hospital, saya rasa inilah masa sesuai untuk saya terokai cabang baru. Sebab itulah saya pilih untuk sertai pertandingan ratu cantik.
“Kemudian saya cabar diri teruskan minat berlakon. Saya harap akan diberi peluang yang lebih besar dan mencabar. Saya pernah ikuti kelas lakonan kelolaan Ogy Ahmad Daud juga sebelum ini,” katanya kepada MH.
Mula menyertai dunia glamor sejak lima tahun lalu, Sanjna mendedahkan dia kini berlakon secara sepenuh masa.
Ads
“Saya sangat berdedikasi untuk mengasah bakat yang ada. Saya minta orang lain jangan pandang pada rupa atau kecantikan saya semata-mata, saya mahu belajar dalam industri lakonan.
“Tidak dinafikan saya dikenali sebagai ratu cantik dan model yang boleh berlakon. Namun saya sebolehnya tak mahu dikenali dengan gelaran terbabit kerana ia sudah berlalu. Saya kini fokus nak berlakon sebab itulah minat sebenar,” katanya lagi.
Tidak mahu statik dengan satu watak, Sanjna terbuka untuk menerima apa sahaja peranan yang dirasakan mampu memberikan impak dalam profil seni baharunya ini.
Ads
“Saya mula berlakon sejak 2018. Untuk industri hiburan Melayu, saya bermula sebagai watak sampingan dalam naskhah Pengantin Satu Malam di samping Amelia Henderson dan Nazim Othman.
“Sangat susah nak ‘menembus’ dunia hiburan tempatan kerana saya bukan Melayu. Saya selalu dapat watak bukan Melayu, watak wanita India atau wanita berdarah campuran.
“Saya nak pecahkan stereotaip terbabit kerana benar-benar berminat nak berada di pasaran arus perdana. Saya tak kisah cerita itu memerlukan saya memakai tudung, melakonkan babak aksi atau karakter tomboy sekali pun.
“Saya 100 peratus terbuka menerima watak wanita muslim juga. Jujurnya saya menghormati semua agama dan budaya di negara ini dan saya pun memang membesar dalam kalangan golongan yang pelbagai. Kawan-kawan saya pun ramai Melayu.
Ads
“Apa pun saya maklum, sebagai pendatang baharu, tak boleh terlalu memilih cuma saya harap tawaran yang datang boleh memberikan kelainan. Memang sudah tiba masa untuk saya fokus dan serius,” katanya.
Dalam perkembangan lain, filem lakonan Sanjna, Mundey Kampung Dey kini ditayangkan di pawagam bermula 15 Disember lalu.
Filem yang mendapat dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) ini diarahkan oleh Mansher Singh.
“Saya memegang watak heroin bernama Keeran. Apa yang menariknya, filem ini merupakan naskhah Punjabi tempatan pertama yang dihasilkan di Malaysia. Tambahan pula saya baru dua tiga tahun aktif dalam dunia lakonan.
“Jadi pada awalnya memang rasa takut juga nak menantikan apa reaksi penonton. Cuma sejurus previu tempoh hari, saya terharu bila mana ramai yang berikan reaksi baik. Tak sangka lakonan saya mendapat respons positif media dari Pakistan. Mereka menggemari keserasian saya dan hero, Anwaar Beg Moghal.
“Saya teruja kerana filem ini juga berada dalam fasa perbincangan untuk ditayangkan di Pakistan. Saya berharap peminat dapat menyokong karya ini dengan menonton di pawagam,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Teruja apabila ditegur lelaki dari Nigeria yang mengakui peminat nombor satu, Fizo Omar buka cerita di laman Instagram miliknya.
Jelas Fizo, dia disapa lelaki yang dikenali sebagai Kelvin yang mengakui gemar melayan drama Melayu di televisyen.
Malah lelaki berkenaan juga dikatakan mampu menceritakan secara terperinci tiap butir babak lakonan Fizo.
“Cerita pagi masa pg gym n swimming.suddenly Mr. Kelvin @sirbillykelz from Nigeria approached me, hye Mr Omar im so excited to see u, im ur big fan!
“Terkejut plk aku mcm mne dia blh kenal aku kan.rupa nya dia ni dah bertahun stay kat KL n memang kaki layan drama melayu.dia cter siap nangis2 lagi everytime tgk drama.hah kau jgn disangka badan sado dlm hati xde taman yea.
“Siap blh cter scene by scene lg setiap drama yg aku berlakon. Tqvm brother kelvin for ur support!.
Dia pun xsabar nak tgk drama #adelleasofea bermula ptg ni di slot #akasia @tv3malaysia@dramasangat,” tulisnya yang turut berkongsi rakaman Kelvin berbicara dalam bahasa Melayu.
Misha Omar yang baru sahaja sukses menerusi konsert solonya, This Is Misha Live at DFP minggu lalu ada menitipkan ucapan istimewa buat maestro muzik, Datuk Ramli MS yang turut sama mengetuai muzik persembahannya pada malam itu.
Mendapat reviu positif menerusi konsert yang mengenang jatuh bangunnya selama 17 tahun dalam seni, Misha tidak menafikan Ramli MS sebagai antara individu yang banyak mengajar sekali gus membentuk dirinya agar menjadi penyanyi yang lebih baik.
“My godfather in this industry, My Cikgu, He is the one yg byk mengajar, yang banyak membentuk nyanyian kak mitch menjadi lebih baik, yang mengajar kak mitch, nyanyian harus ada suntikan jiwa yg jujur baru mampu menyentuh jiwa-jiwa yang lain.
“Tak tergambar kata-kata betapa besarnya jasa dia buat saya, sampai dia pun tak paham apa yg dia beri pada saya. Orang yg ikhlas memang mcmtu, dia cuma tahu memberi dan akan terus memberi dgn ikhlas tanpa mengharapkan balasan apa-apa,” tulisnya.
Malah, figura ini turut memasang azam untuk terus belajar selagi punya kesempatan.
“Cikgu yang pemurah dgn ilmu dan selalu bagi saya makan. Terima kasih,Cikgu. Mek akan terus belajar dan terus belajar. Mek tahu, Mek bukan yang terbaik malah tak pernah berkecil hati bila ada yang kata Mek tak cukup bagus.
“Ruang dan kesempatan yang ada , Mek akan belajar lagi ya? Mek sayang Cikgu, ikhlas lillaahi taala. Mek Samihah Omar. This is Misha, Live at DFP, 5 Ogos 2019,” coret Misha jujur buat suami kepada penyanyi, Alyah itu.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang masih tergambar mengenai persembahannya tempoh hari selain turut terinspirasi dengan ucapan yang diberikan Misha buat Ramli.
Terdahulu, Misha turut terharu apabila tiket This Is Misha Live at DFP habis terjual selepas 18 jam dipromosi.
Foto: Instagram Misha Omar, Ramli MS
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Sharnaaz Ahmad mendedahkan dia sudah pun menyelesaikan isu perselisihan faham yang berlaku di antaranya bersama rakan pelakon, Datuk Aaron Aziz.