Pengaruh seorang Cristiano Ronaldo! Itu yang dirasai kelab baharu Ronaldo, Al Nassr apabila pengikut laman Instagram rasmi kelab itu, @alnassr_fc naik mendadak sebaik mereka mengumumkan kedatangan pemain kelahiran Portugal itu ke liga Arab Saudi.
Meninjau profil Instagram kelab itu, setakat ini mereka sudah berjaya mengumpul lebih 3.7 juta pengikut.
Sebelum ini, jumlah pengikut Instagram Al Nassr berada pada angka 860,000.
Terdahulu, Ronaldo, 37, dilaporkan bersetuju dengan tawaran kontrak mega bernilai £172.9 juta (RM922 juta) setahun dengan kelab Al Nassr di Arab Saudi.
“Saya tidak sabar untuk beraksi dalam liga bola sepak baharu di negara lain.
Ads
“Saya tidak sabar untuk menyertai rakan sepasukan saya yang baharu dan bersama-sama mereka membantu kelab untuk mencapai kejayaan,” kata bekas bintang Manchester United, Real Madrid dan Juventus itu.
Menurut media Sepanyol, Marca, Ronaldo dilaporkan bersetuju dengan kontrak dua tahun setengah dengan Al Nassr dan dijangka beraksi sehingga berusia 40 tahun.
Ads
Al Nassr merupakan antara kelab paling berjaya di Arab Saudi dengan sembilan kali muncul juara liga negara itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menzahirkan rasa syukur kerana sudah cuba menyampaikan lagu Peluang Kedua dengan seadanya, meski mengakui apa yang berlaku tidaklah seperti yang dijangka.
Malah jelas Nabila ketika ditemui sejurus berakhirnya Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), dia bagaimanapun mengharapkan apa yang trending adalah hal yang baik-baik.
Terdahulu, ada pengguna media sosial yang mendakwa nyanyiannya terkucil pada bahagian tertentu, yang sekali gus menjadi bualan.
“Alhamdulillah, berakhir juga malam ni. Dah selesai. Walaupun berlangsung tak seperti saya jangkakan, saya gembira dengan apa jua yang sudah saya sampaikan malam ini (semalam).
“Terima kasih kepada pasukan saya. Semua kerja keras datang daripada mereka. Ini bukan pengakhiran, selepas ini ada ada lagi rezeki yang lebih besar, Insya-Allah.
“Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada pihak TV3 atas peluang yang diberikan dan kepada pasukan saya yang selalu memberikan sokongan.
“Sudah tentu boleh diperbaiki lagi. Tetapi persembahan tadi yang terbaik untuk saya. Mungkin sebelum ini saya tak pernah sangka yang saya dapat buat persembahan seperti itu,” katanya menerusi laporan Harian Metro.
Sementara itu Nabila turut menjelaskan, masalah suara yang dihadapi semakin sembuh cuma mengambil masa untuk benar-benar pulih sepenunya.
“Saya berharap, selepas ini apabila pandemik beransur pulih, keadaan kembali seperti biasa dari segi jemputan persembahan dan kerjaya seni.
“Bercakap mengenai keadaan kesihatan, ia semakin baik. Sudah sembuh, tapi ia ambil masa untuk betul-betul pulih.
“Apa yang berlaku kepada saya, saya tak perlu nak jadikan sebab untuk cerita kepada orang. Apa yang saya letakkan malam ini (semalam) adalah persembahkan yang orang nanti-nantikan.
“Alhamdulillah, saya dapat tunaikan permintaan semua orang yang menantikan persembahan Peluang Kedua dari saya sendiri,” katanya lagi.
Ditanya apakah yang menguatkan dirinya untuk melakukan persembahan di pentas AJL35 selepas mengharungi beberapa siri kontroversi sebelum ini, Nabila mahu sebagai yang dipetik menambah, dia hanya mahu menjadi yang terbaik untuk majukan diri.
“Untuk saya, ia bukannya untuk mereka. Semua yang saya lakukan adalah untuk diri sendiri. Ia kerja keras dari team saya sendiri.
“Saya menghadiri kelas vokal dan sebagainya. Ia sebenarnya lebih kepada untuk memajukan diri saya.
“Tahun 2021, macam-macam perkara yang terjadi. Sentiasa bangun dan menjadi versi yang terbaik untuk diri saya,” katanya.
Sementara itu, Gila yang dinyanyikan Kaka Azraff, Noki dan Loca B ciptaan mereka bersama Ezra Kong diumumkan juara utama AJL35 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Shah Alam itu.
Mereka memenangi trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000.
Sementara itu, video persembahannya turut menjadi trending di YouTube dengan menerima lebih 400,000 tontonan sehingga kini.
Dalam satu video yang dikongsi di akaun Nabila Razali Official FC, penyanyi ini
“Terima kasih banyak-banyak atas sokongan korang dan saya minta maaf kalau tidak dapat buat korang happy malam ni.
“Nanti kita jumpa kat luarlah kalau ada rezeki Insya-Allah. Thank you so much korang, Bella tahu korang sentiasa doakan untuk Bella, Bella je selalu hampakan korang,” katanya sambil berazam untuk berikan yang lebih baik selepas ini.
Selain sibuk dengan projek terkininya bersama Starvilion sempena Aidilftiri, Nelydia juga difahamkan turut sibuk melalukan persiapan kahwinnya yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Meski masih belum memberitahu akan tarikhnya bergelar raja sehari kepada peminat, namun rata-ratanya bagai sudah dapat meneka hari bersejarah bintang itu akan dilangsungkan dalam tempoh terdekat selepas dia turut diraikan menerusi majlis khas buat bakal pengantin, awal Mac lalu.
Terkini, adik-beradiknya iaitu Uqasha dan Raysha Rizrose juga ada memuat naik video pendek, menerusi Insta Stories awal semalam.
Meski keduanya tidak meletakkan sebarang kapsyen terhadap video berkenaan, namun sepertinya adik-beradik ini sedang mengisi nama senarai tetamu pada kad undangan perkahwinan berdasarkan saiz dan bentuknya.
Wah…andai benarlah seperti yang diteka, nampaknya tahun ini akan ada lagilah majlis kahwin selebriti yang bakal jadi ‘wedding of the year’. Tak gitu?
Penyanyi popular Iman Troye memaklumkan memaklumkan dirinya telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, baru-baru ini.
Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabudin berkongsi, kereta yang dipandunya dikatakan telah hilang kawalan disebabkan jalan raya yang licin berikutan hujan lebat.
“1 November 2023, baru hari pertama November, saya telah mengalami kemalangan. Hujan lebat dan jalan licin. Jadi, kereta hilang kawalan.
“Baru berkesempatan nak kongsikan di sini (media sosial),” tulisnya menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories.
Bagaimanapun, Iman memberithu dia tidak mengalami kecederaan serius namun, kepalanya dikatakan terhentak pada cermin pintu.
“Alhamdulillah selamat. Tiada apa-apa kecederaan teruk. Cuma kecederaan ringan sahaja sebab kepala terhentak dekat tingkap kereta.
“Kaki bengkak dan telinga di sebelah kanan berdesing. Terus tak dengar apa-apa. Esoknya, volume kanan kurang daripada sebelah kiri.
“Alhamdulillah. Semuanya sudah kembali normal,” kongsinya lagi.
Disebabkan kemalangan tersebut, Iman kini juga mulai fobia untuk memandu dan kini hanya meminta pertolongan keluarga, kawan-kawan atau menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke sesebuah destinasi.
“Sekarang dah tak berani nak memandu sendiri. Memang 100% mengharapkan Grab, keluarga atau kawan-kawan,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas berkongsi mengenai keadaan matanya yang lebam pada pagi Isnin, pelakon Zahnita Wilson akhirnya mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.