Pelakon Fendy Bakry tidak dapat menahan rasa sebak apabila salah seekor kucing peliharaan yang dipanggil Missy telah mati disebabkan paru-paru berdarah.

Menurut Fendy, dia mulai memahami akan erti sedih kehilangan bagi seorang pencinta kucing.

“Begini rasanya cat lover sedih bila kehilangan. Bila mana orang post pasal kucing, aku mesti akan cakap ‘kucing je pun, jangan la layankan sangat pasal benda-benda ni semua’.

“Tapi itu dulu, cerita 10 tahun lepas. Tapi sekarang membela bukan takat seekor tapi dah 13 ekor. Semuanya bermula dengan sekor kucing yang aku bagi nama Missy @mmissyyyyy.

“Aku tatang dari kecil, dari mula ambil dekat @kieracatkingdom_ dan akan sentiasa dapatkan rawatan dengan @nadiaveterinaryclinic.

IKLAN

“Tapi semalam Missy dah pergi tinggalkan aku dan isteri disebabkan lung berdarah,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran video yang dikongsikan di Instagram.

Menerusi video sama, Fendy dan isteri, Ayu Afnizar dilihat menangis sebak dan Fendy sempat mendukung kucing kesayangannya itu yang sudah mati sambil menitiskan air mata.

Fendy turut menyifatkan Missy sebagai kucing yang jinak dan berterima kasih pada semua yang mengikuti perkembangan si manjanya itu menerusi media sosial.

IKLAN

“‘Anak’ yang baik, behave, sentiasa menjadi pendengar yang baik biarpun kita tak tahu apa dia fikir or faham. Terima kasih buat yang sentiasa mengikuti pembesaran Missy.

“Terima juga buat pencinta kucing yang sentiasa mendoakan untuk kesihatan Missy.

“Missy… terima kasih ‘nak’, hadir dalam hidup daddy & mummy, kongsi kebahgiaan dan kasih sayang bersama. Tenang la ‘nak’ di sana. Missy dah tak  sakit-sakit lagi dah.

IKLAN

“We love you… daddy simpan sini supaya tak hilang ok,” tulisnya lagi.

Hantaran video berkenaan yang menjentik jiwa itu turut dihujani dengan pelbagai ucapan yang baik-baik serta dedikasi semangat buat Fendy.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI