Pengacara juga ratu cantik, Vivienna Alfred mendedahkan dia banyak belajar dan menimba pengalaman sewaktu penggambaran program yang meneroka keindahan dasar laut di Malaysia, Deep C.

Menurut Vivienna atau lebih mesra disapa Vivi, dia pernah diserang panik kerana tangki oksigen tidak berfungsi secara normal sewaktu menyelam di dasar laut.

Deep C terbitan Peak Project bakal ditayangkan bermula esok, jam 9.30 malam di TV Okey (Astro Saluran 146) sebanyak 13 episod berdurasi 30 minit setiap Sabtu.

Bergelar ratu cantik, Vivi, 25, yang juga pemenang tempat kedua Miss Grand Malaysia 2022 sentiasa idamkan cabaran lasak untuk dirinya.

Malah minatnya terhadap aktiviti menyelam bertitik-tolak sejak empat tahun lalu selepas mencuba aktiviti terjun udara.

Ratu Cantik & Hos Vivienna Alfred Panik, Cabaran Tangki Oksigen Tak Berfungsi Di Dasar Laut! Ratu Cantik & Hos Vivienna Alfred Panik, Cabaran Tangki Oksigen Tak Berfungsi Di Dasar Laut!

“Pada 2018, saya lakukan terjun udara di Dubai dan ia antara pengalaman paling menyeronokkan dalam hidup saya. Dapat melihat keindahan bumi dari pandangan udara ketika itu sangat menakjubkan.

IKLAN

“Justeru, saya berfikir suatu hari nanti wajib meneroka keindahan dasar laut pula bagi melihat sisi lain dunia pula. Aktiviti menyelam memang sentiasa dalam senarai wajib cuba saya dan akhirnya dapat realisasikannya menerusi Deep C,” katanya.

Bagi Vivi, setiap program memiliki kekuatan tersendiri dan bukan sekadar program ‘kosong’. Deep C adalah bukti terdekat bahawa sesebuah program mampu memberi tunjuk ajar mendalam serta menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Persiapan dilakukan Vivi sebelum memulakan penggambaran juga dibuat dengan sangat teliti. Dia perlu siapkan aspek fizikal dan mental kerana aktiviti menyelam menuntut tenaga yang cukup selain sangat memenatkan.

“Apabila berada di dasar laut, masa berlalu dengan begitu pantas dan tanpa disedari, kita sudah terlalu letih bila kembali ke permukaan. Sekali menyelam ambil masa sekitar 45 minit dan saya lakukannya sebanyak dua atau tiga kali setiap hari.

“Ada masa, secara mentalnya saya rasa tidak melakukan tugasan itu sebaiknya. Sebagai pengacara, bahkan mana-mana artis, pelakon, selebriti pun kena sentiasa konsisten memberikan hasil kerja terbaik sebaik kamera mula ‘rolling’,” katanya.

IKLAN

Ratu Cantik & Hos Vivienna Alfred Panik, Cabaran Tangki Oksigen Tak Berfungsi Di Dasar Laut!

Mengulas mengenai situasi panik yang dihadapi, Vivi berpendapat setiap penyelam perlu bijak mengendali rasa panik apabila berdepan masalah teknikal sewaktu berada di dasar laut.

“Ada satu hari, tangki oksigen saya tidak berfungsi secara normal sewaktu sudah berada di dasar laut. Saya tidak boleh bernafas sekali gus sangat panik dan mahu cepat-cepat naik ke permukaan laut tanpa ikut prosedur betul.

“Mujur jurulatih selam saya ketika itu sangat profesional menangani situasi terbabit dan segalanya dapat diselesaikan secara baik ketika itu. Memang satu pengalaman yang membuka mata saya,” katanya.

IKLAN

Apapun, di sebalik cabaran tertentu dan rasa letih, Vivi menyifatkan pengalaman menyelam sehingga dasar laut sangat berbaloi. Menikmati sendiri keajaiban di sudut berbeza dunia adalah pengalaman tidak terbanding harganya.

“Paling menyeronokkan apabila dapat melihat dan mendalami sendiri keunikan makhluk di dasar laut. Setiap lokasi menyelam memiliki keunikannya yang berbeza-beza. Saya tidak sabar penonton melihat sendiri keunikan itu.

“Program ini menyeronokkan selain sangat informatif. Ia berkongsi mengenai topik tarikan pelancongan, latar belakang bersejarah, pengalaman mengenai budaya, kesedaran isu tertentu, perubahan iklim, projek perlindungan dan pemulihan berkaitan penjagaan laut,” katanya.

Deep C diarahkan Sherry Sidek, Hafiz Baharuddin (fotografi), Rizal Rahman (skrip), Rizal Busu (audio), Eddy Aidil, Hafiz Razman, Hifzan Asmad (kamera), Mior (penyunting), dan Cloud Pictures Sdn. Bhd. selaku pengurus produksi.

Ratu Cantik & Hos Vivienna Alfred Panik, Cabaran Tangki Oksigen Tak Berfungsi Di Dasar Laut! Ratu Cantik & Hos Vivienna Alfred Panik, Cabaran Tangki Oksigen Tak Berfungsi Di Dasar Laut!

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI