Penyanyi, Datuk Sheila Majid mendedahkan antara sebab dia mengadakan konsert berskala besar adalah untuk berkongsi ilmu dan medidik orang ramai untuk lebih menghargai para pemuzik.
Menurut Sheila, para pemuzik ini merupakan golongan profesional yang turut menjadi penyumbang besar terhadap kejayaan industri seni tanah air.
“Saya tak berapa gemar bila ada yang memanggil pemuzik-pemuzik ini sebagai boy band. Mereka adalah ahli muzik. Jangan sesuka hati panggil sebegitu.
“Mereka mempunyai kemahiran dan juga merupakan pekerja profesional. Tak semua orang punyai bakat seperti mereka. Jadi, jangan pandang rendah.
“Untuk mengadakan satu persembahan yang bagus, kita perlukan satu pasukan. Bukan setakat penyanyi yang di hadapan sahaja.
“Bagilah pemuzik-pemuzik yang bertungkus lumus di belakang itu lebih penghargaan. Kita perlukan mereka untuk bermain muzik untuk kita,” katanya kepada MH.
Ads
Dalam pada itu, penyanyi lagu Sinaran ini turut berharap agar semua pihak dapat mengubah perspektif mereka dan lebih menunjukkan rasa hormat terhadap para pemuzik selepas berakhir konsertnya nanti.
“Kadang-kadang, saya lihat pemuzik ini tak diendahkan langsung. Tegur pun tidak. Kebajikan mereka pun tak diberikan perhatian. Bila bab makan, mereka terpaksa duduk di tepi-tepi ceruk dan makan nasi bungkus.
“Jadi, kita kena buka mata semua pihak yang pemuzik ini juga merupakan golongan profesional yang turut membuat persembahan di atas pentas.
Ads
“Mereka juga perlukan makanan yang bagus dan tempat rehat yang elok. Jangan main campak mereka dekat tepi sahaja. Segalanya bermula daripada kita (artis) untuk mendidik orang ramai,” ujarnya lagi.
Sheila berkata sedemikian ketika ditemui
pada majlis sidang media konsert Shila Majid Big Band yang diadakan baru-baru ini.
Jelas Sheila lagi, selain daripada artis, pihak stesen televisyen juga turut mempunyai peranan yang sama untuk mengangkat martabat ahli muzik agar mereka sentiasa dipandang tinggi.
Ads
“Kadang-kadang saya agak sedih bila sesetengah program televisyen tidak menyediakan kemudahan yang baik untuk pemuzik. Baju pun tiada tempat nak salin.
“Pihak stesen tv menjual program dan mengaut keuntungan daripada kemahiran mereka. Bagilah layanan yang lebih baik kepada mereka. Aksi dan penampilan mereka yang membuatkan program anda meletup,” akhirinya.
Konsert ini akan membabitkan 13 pemuzik, 13 ‘horn players’, tiga penyanyi latar dan selebihnya adalah rhythm section dengan penyusunan lagu-lagu yang lebih segar.
Tiket Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023 dijual daripada harga serendah RM288 (Bronze), RM488 (Silver), RM588 (Gold), RM688 (Platinum), RM888 (Diamond) dan RM1,288 (VVIP).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana selamat merisik, di dalam sebuah majlis ringkas yang dilangsungkan di Taiping, Perak, hari ini.
Perkara itu disahkan pengurus Mimi, Iman Tang dan majlis yang dihadiri kedua oleh belah keluarga itu di adakan secara secara tertutup.
“Hari ini cuma acara merisik saja yang mana keluarga pihak lelaki merisik pihak perempuan seperti yang dikongsikan di Instagram Mimi dan Syafiq,” katanya.
Iman bagaimanapun tidak dapat berkongsi butiran lanjut susulan dia tidak dapat bersama di majlis berkenaan.
Terdahulu Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak menerusi Instagram berkongsi beberapa keping bersama kekasihnya itu dengan menulis kapsyen;
MH sebelum ini melaporkan, Syafiq, 31, mendedahkan dia merancang menamatkan zaman bujang dalam tahun ini selain tidak menafikan sudah menghadiri kursus kahwin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Lufya Omar meluahkan rasa syukur kerana dia kini telah dapat kembali menunaikan solat di masjid setelah sekian lama aktiviti tersebut dihentikan seketika ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19.
Menurut Lufya, sebagai ibu tunggal, dia mahu memanfaatkan setiap waktu yang terluang bersama anaknya dan memperbanyakkan melakukan amal ibadah.
“Alhamdulillah buat pertama kali setelah lama #dudukrumah kami dapat ke masjid terasa tenang dan bahagia. Inilah hikmah jadi ibu tunggal. Banyak masa untuk anak dan banyak masa nak ‘Me Time With Him’,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Lufya turut berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa syarat untuk memberikan kebenaran kepada pihak masjid bagi menjalankan program dan aktiviti-aktiviti keagamaan.
Katanya lagi, dikala waktu pandemik ini, kebanyakkan daripada kita amat memerlukan pengisian daripada aspek rohani bagi mengharungi detik yang serba mencabar ini.
“Diharapkan kerajaan boleh benarkan program dan aktiviti keagamaan lebih banyak di masjid. Ramai orang kita yang mengalami kemurungan menghadapi cabaran dan ujian ketika Endemik ini.
“Ubat yang mujarab adalah kita kembali dekat denganNya. Bukan nak mempamerkan yang kita ni orang alim atau baik bila ke masjid, tapi tanggungjawab sebagai seorang muslim dan fitrah jiwa dan tubuh manusia perlukan bimbingan kerohanian. Jom ke masjid,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan pandangan yang sama selain turut berharap agar keadaan negara dapat kembali pulih seperti sedia kala.
“Alhamdulillah ya Rab. Nikmat dapat ke rumah Allah. MasyaAllah, happynya princess.
“Syukur, Alhamdulillah.
“Cantiknya wajah dia, MasyaAllah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Lufya telah mendirikan rumah bersama, Dr Che Muhammad Hafiz pada tanggal 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Lana Haura, 2 tahun.
Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk bercerai pada Jun tahun lalu.
Sumber: Instagram Lufya Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas berkongsi mengenai keadaan matanya yang lebam pada pagi Isnin, pelakon Zahnita Wilson akhirnya mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.