Niat asal yang sekadar membantu suami akhirnya membenihkan rasa cinta buat pemilik empayar perniagaan King Laksa Sarawak, Nur Alya Mona Jikim, 38, untuk serius membina masa depan dalam dunia makanan dan minuman (F&B).

Malah dengan minat dan kesungguhan yang ada, anak jati Sarawak ini enggan menoleh ke belakang dalam mengangkat jenama makanan berkenaan yang diusahakan sejak tahun 2017.

Malah hingga kini, jenama makanan popular di bumi Kenyalang berdaftar di bawah Rizalya Sdn Bhd itu sudah mempunyai dua cawangan restoran di Kota Samarahan dan ICOM Square.

Malah ia turut menjadi bualan hangat ramai sekaligus mencetuskan viral selain menjadi pilihan selebriti seperti Ella, Alyah, Ernie Zakri, Sweet Qismina, Adam Lee, Daler Yusuf, Yana Samsudin, Mas Idayu dan ramai lagi.

“Insya-Allah cawangan ketiga akan dibuka Januari tahun depan di Metro City, Matang, Kuching.

“Malah sebelum itu, kami bangkit di era pandemik COVID-19 dengan penuh optimis membuka cawangan kedua di ICOM Square. Permintaan dan peningkatan jualan juga mendadak naik ketika itu.

“Insya-Allah fokus lima hingga 10 tahun ke depan lagi, kami bercadang membuka beberapa lagi cawangan di bandar besar di sini. Setiap cawangan juga disasarkan mendapatkan keuntungan RM4 juta setahun,” kata isteri kepada Rizal Jamali ini.

Bertindak sebagai pengarah dan isteri pengasas jenama itu, Nur Alya Mona bercadang meneroka peluang dengan melebarkan francais atau perlesenan bagi penambahan cawangan di Sarawak.

IKLAN

“Lima tahun mendatang juga, kami bercita-cita membuka cawangan di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Berkemungkinan awal tahun 2024, kami jangka akan buka cawangan di Bangsar. Insya-Allah dalam masa sama mengintai peluang untuk membuka cawangan di luar negara.

“Malah dalam masa sama, kami mahu terus memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan tercinta menerusi motto Positive Customer Experience Journey.

“Ia termasuk menyediakan manual operasi perniagaan bagi pasukan kerja dan pengurusan menjalankan aktiviti harian membabitkan pelanggan termasuk maklum balas sebarang ketidak puasan hati pihak mereka.

“Tentunya, visi kami sendiri adalah memasak dan menghidangkan makanan berkualiti tanpa kompromi kepada pelanggan. Misi saya juga mahu mengangkat menu dan masakan kebanggaan Sarawak ini ke mata dunia,” kata ibu kepada dua cahaya mata ini.

IKLAN

Usahawan Laksa Sarawak Ini Kaut Untung RM7 Setahun, Dulu Rela Hati Gadai Gelang Nak Masuk Kelas Dr Azizan Usahawan Laksa Sarawak Ini Kaut Untung RM7 Setahun, Dulu Rela Hati Gadai Gelang Nak Masuk Kelas Dr Azizan Usahawan Laksa Sarawak Ini Kaut Untung RM7 Setahun, Dulu Rela Hati Gadai Gelang Nak Masuk Kelas Dr Azizan

Mengintai kembara perjalanannya sebelum menumpukan perhatian di dalam bisnes F&B, Nur Alya Mona pernah menimba pengalaman kerja dalam pelbagai bidang seperti koordinator projek Teknologi Maklumat, penasihat hutang peribadi, kerani dan pengurus perniagaan.

“Tapi akhirnya dunia perniagaan F&B yang menjadi pujaan hati. Saya menceburi perniagaan ini juga dengan 1001 ujian dan cabaran.

“Saya juga memulakan perniagaan ini dengan mendapat bimbingan syarikat RichWorks kendalian Datuk Wira Azizan Osman. Demi ilmu dan keinginan untuk menyertai kelas dianjurkannya, saya nekad menggadaikan gelang emas pertama berharga RM5,000.

IKLAN

“Dengan bimbingan itu jugalah saya dapat menjalankan perniagaan dengan betul dan mempunyai hala tuju yang jelas tentang perniagaan saya.

“Saya akur berniaga ini tak boleh semberono. Kena ada ilmu. Saya kini bersyukur menguruskan 52 staf selain memiliki kilang dan ibu pejabat.

“Kepakaran kami tentunya menyediakan Laksa Sarawak dengan udang bersaiz besar, isi yang sangat manis, kuah pekat dan likat. Tak ketinggalan pes sambal King Laksa juga menjadi kegilaan ramai.

“Keuntungan jualan juga ketara bermula hanya dari RM373,351 pada 2017 hingga angka 7 juta pada tahun ini.

“Saya juga buka peluang pekerjaan bagi mereka yang memerlukan dengan bimbingan yang kuat daripada kumpulan kami” kata penerima Anugerah Top SME CEO dan Top 500 Trust Brand Award, Majlis Tindakan Pengguna Negara pada tahun ini lagi.

Terdahulu, Alya Mona juga yang pernah memenangi kategori Promising Brand Food & Beverage, Bumiputera Business Excellent Business.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI