Pelakon Nad Zainal membuat kemunculan pertama menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Sabtu bagi menjelaskan keadaan terkininya selepas sebulan dimasukkan ke hospital akibat pendarahan dalam paru-paru.

Sambil meluahkan rasa syukur dan dedikasi kepada semua pihak yang tidak putus memberikan sokongan, Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, turut mengulas mengenai status hubungannya dengan rakan artis, Ungku Ismail Aziz.

Memberikan penjelasan ringkas, Nad akui aktor berkenaan merupakan lelaki yang banyak memberikan sokongan.

“Cukuplah saya cakap, pada waktu ini dia rapat dengan saya. Saya sangat-sangat menghargai orang yang bernama Ungku Ismail Aziz. Dah cukup… saya tak nak jawab. Tak elok,” katanya.

Bintang drama Cinta Buta itu turut menambah, Ungku Ismail banyak membantu dan menjawab segala spekulasi mengenai dirinya.

IKLAN

“Dia banyak membantu dan memberi semangat, orang kata menjawab segala spekulasi. Itu sajalah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut terharu apabila atas titipan mora yang diberikan ibu bapa dan rakan artis.

“Waktu saya sakit alhamdulillah kawan-kawan terdekat ada dan saya tahu saya tak salah pilih kawan. Mereka sayang saya dan saya lagi berjuta-juta kali sayang mereka.

IKLAN

“Cumanya saya kesian mereka sentiasa risau. Ibu bapa saya apatah lagi. Mereka sangat kuat. Saya gembira ibu bapa sentiasa bersama walau saya ni degil tapi mereka tetap bersama saya,” katanya lagi.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri, sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

IKLAN

Sejak Nad dirawat di hospital, pelakon Ungku Ismail dan juga pengarah Shahrulezad Mohammedin kerap berkongsi perkembangan aktres berkenaan menerusi media sosial masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI