Isteri pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya atau Anne memohon maaf kepada suaminya kerana masih belum mampu memberikan zuriat selepas gagal dalam proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dikongsikan pasangan ini pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Hasanah atau mesra disapa Anne, berkata dia tidak berputus asa dan akan berusaha melahirkan zuriat buat mereka berdua.

“Maafkan belum ada rezeki untuk saya bagi awak zuriat.  InsyaAllah saya akan usaha sehingga hujung nyawa.  Saya sayang awak,” tulis Anne di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Achey (@anne_achey._)

IKLAN

Dalam perkongsian itu juga, Anne turut menzahirkan penghargaannya terhadap Achey yang sentiasa menjadi sumber kekuatan buat dirinya selain seorang suami yang sangat bertanggungjawab kerana menjaganya ketika sakit.

“Terima kasih selama ini menjadi tulang belakang saya, banyak bagi kekuatan pada saya, jaga saya, jaga anak.

“Bahagikan masa awak, kerja dan kami.  Terima kasih banyak-banyak… saya hargai sangat-sangat,” tulis Anne lagi.

IKLAN

Terdahulu, pasangan ini memulakan perjalanan rawatan IVF sejak Ogos lalu selepas 11 tahun berkahwin.

Keputusan yang didapati menerusi rawatan tersebut adalah negatif seperti yang dikongsikan pasangan ini pada Sabtu.

IKLAN

Achey dan Anne mempunyai seorang anak angkat, Nur Tiara Zinnirah Nasir yang dijaga sejak empat tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI