Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi akui sebak saat melihat perkembangan penyanyi, Zamani yang kini dilihat sudah tidak bongkok lagi dan semakin pulih daripada pembedahan.

Menurut Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, dia juga tumpang gembira apabila Zamani kini sudah pun kembali menyanyi semula seperti sedia kala.

“Allahuakbar. Terima kasih Allah kembalikan kesihatan dan keadaan fizikal @zamanislam_official kepada dahulu.

“Menitis air mata gembira menonton persembahan pertama Zamani selepas pembedahan. Kurang dari sebulan selepas pembedahan dilakukan,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program Hard To Heart itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Menerusi perkongsian video tersebut, Zamani dilihat sedang membuat persembahan sambil berinteraksi bersama peminat

IKLAN

Nyanyian Zamani ternyata mendapat sambutan peminat yang hadir memenuhi setiap ruang.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar Zamani akan kekal sihat sampai bila-bila.

“Alhamdulillah, Allah sahaja yang membalasnya. Setiap baik budi mereka yang sama-sama berusaha membantu Abang Zamani. Tahniah Pak Nil.

“Alhamdulillah syukur tapi kena banyakkan berehat juga. Stay strong Zamani.

IKLAN

“Alhamdulillah. Terima kasih Pak Nil. Antara orang yang banyak membantu. Semoga Pak Nil dimurahkan rezeki.

“Alhamdulillah, dia nampak sihat. Happy sangat. Baru boleh enjoy tengok persembahan dia.

“Syukur. Semuanya dengan izin Allah,” antara komen-komen netizen di Instagram.

IKLAN

Terdahulu, Aznil merupakan antara individu yang bertanggungjawab mengumpul dana bagi membiayai pembedahan tulang belakang Zamani akibat penyakit skoliosis, awal bulan lalu.

Pembedahan membetulkan tulang belakang yang melengkung akibat penyakit skoliosis telah dijalankan di sebuah pusat perubatan di Cheras pada 7 November lalu.

Zamani dibenarkan keluar selepas tiga hari pembedahan dan menjalani rawatan pemulihan di rumah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Aznil Haji Nawawi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI