Pelakon Reen Rahim, mengumumkan dia bakal menamatkan zaman bujang pada hujung bulan ini dengan jejaka yang dikenali dengan pangkal nama Mr. H.

Reen atau nama sebenarnya, Noreen Asyikin Abdul Rahim, 34, walau bagaimanapun enggan berkongsi identiti bakal suaminya sehingga menjelang hari bahagianya nanti.

“Saya akan menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini namun saya tidak boleh berkongsikan lagi tarikh serta identiti bakal suami sebab nak elak daripada penyakit Ain.

“Apa yang boleh saya kongsikan si dia adalah orang daripada industri seni serta terlibat dalam bidang perniagaan.  Kami dah kenal sejak dua tahun lalu dan dia enam tahun lebih muda daripada saya,” katanya kepada MH.

Reen ditemui pada majlis sidang media pengumuman majlis perkahwinannya yang berlangsung di Irama Dining, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis.

IKLAN

Reen Rahim Kahwin Hujung Bulan Ini, Hari Bahagia Mewah Dapat Tajaan RM15 Juta

Dalam majlis itu juga, Reen turut mengesahkan dia sudah bertunang pada 12 Ogos lalu.

Sebanyak tiga majlis dirancang iaitu berinai, akad nikah dan resepsi yang mana mendapat keseluruhan RM15 juta daripada Ceres Gold dan The Kenduri.

IKLAN

Majlis pernikahan akan diadakan di Bora Ombak Marina, Putrajaya manakala resepsi di Forest Valley Hall, Cheras.

Berkongsi lebih lanjut, Reen berkata pada awalnya, dia dan bakal suami tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin namun disebabkan doa ibu bapa, akhirnya mereka terbuka hati untuk melangkah ke fasa baharu dalam hidup.

IKLAN

“Pada mulanya kami tidak berhasrat untuk berkahwin dan terikat dengan sebarang komitmen, tapi pada masa sama kami saling menyukai antara satu sama lain.

“Tak tahulah apa agaknya doa keluarga, akhirnya kami berdua terbuka hati untuk halalkan ikatan dan berjanji untuk saling menjaga hingga ke akhir hayat,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI