“Kalau saya lambat seminit, mungkin saya tak dapat nak selamatkan mummy”

Itulah perkara yang bermain difikiran pelakon, Alif Muhaimin sewaktu dia bergegas pulang selepas mendapat perkhabaran daripada ibunya yang terperangkap di dalam rumah mereka yang sedang dijilat api pada Isnin.

Menurut Alif, kediaman mereka yang terletak di Kelana Jaya itu dilaporkan mula terbakar pada jam 3.50 petang dan ibunya memaklumkan perkara tersebut melalui grup WhatsApp.

Sebaik mendapat tahu mengenai perkara tersebut, Alif dan adik-beradik lain langsung bergegas pulang ke rumah.

“Berat Hati Nak Minta Sumbangan, Selagi…,” – Selamatkan Ibu Tapi Rumah Hangus Dijilat Api, Alif Muhaimin Mohon Bantuan “Berat Hati Nak Minta Sumbangan, Selagi…,” – Selamatkan Ibu Tapi Rumah Hangus Dijilat Api, Alif Muhaimin Mohon Bantuan

“Saya tak tahu nak gambarkan betapa paniknya saya ketika itu. Mummy pula memang sorang-sorang dan dia bagitahu dia tersekat dekat rumah.

“Saya bawa kereta macam orang gila. Dekat lampu isyarat pun saya dah tekan-tekan hon dan potong semua kereta yang ada. Ketika itu, otak saya berfikir kalau terlambat satu minit, saya mungkin tak sempat nak menyelamatkan ibu saya,” katanya ketika dihubungi MH.

Jelas juara Hero Remaja 2017 ini lagi, adik perempuannya merupakan orang pertama yang sampai ke rumah mereka dan dia nekad memanjat pagar untuk membuka pintu bagi mengeluarkan ibu mereka.

IKLAN

Lantaran itu, tangan adiknya, Hazirah dilaporkan melecur tetapi ibu mereka berjaya dikeluarkan dengan bantuan Alif.

“Berat Hati Nak Minta Sumbangan, Selagi…,” – Selamatkan Ibu Tapi Rumah Hangus Dijilat Api, Alif Muhaimin Mohon Bantuan

“Dalam 30 minit, pihak bomba sampai dan berjaya memadamkan kebakaran. Alhamdulillah, tiada seorang pun dalam keluarga saya yang berfikiran negatif. Mereka semua nampak okay dan masih boleh tersenyum.

“Mungkin ini yang kami tunjukkan di luaran. Dalam hati, kami sahaja yang tahu. Saya pun kerap ingatkan mereka bahawa setiap yang berlaku ini ada hikmahnya. Nampak mummy sihat, itu sudah cukup melegakan hati kami.

“Bila ramai yang hantarkan mesej untuk bertanya mengenai keadaan saya sekeluarga, saya akan bagitahu yang kami sekeluarga okay sahaja. Mungkin Allah nak gantikan banglo untuk kami,” ujarnya lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, Alif turut mendedahkan dia sekeluarga terpaksa memohon bantuan memandangkan rumah mereka tidak dilindungi insuran.

“Sejujurnya kami berat hati nak minta sumbangan sebab selagi kami mampu, kami akan cuba usahakan sendiri untuk baik pulih rumah kami.

“Namun, rumah ini dah lama sangat dan tiada insuran. Pihak bomba pun mengatakan memang tak boleh nak buat apa dan kami perlu keluarkan kos sendiri.

“Jadi, kami terbuka untuk menerima sumbangan. Kalau ada, kami terima. Kalau tiada, tak mengapa,” ujarnya lagi.

Tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad ini memaklumkan dirinya kini sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak berwajib.

IKLAN

“Selepas kejadian kebakaran ini, saya terus buat laporan polis dan ambil butiran ahli keluarga.

“Kemudian, saya pergi mohon bantuan daripada pusat zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Selangorku dan Keadilan. Saya tak berharap tetapi saya akan terus usaha.

“Kalau tiada bantuan pun, rumah ini pasti akan dibangunkan semula tapi mungkin akan mengambil masa yang sangat lama,” akhirinya.

“Berat Hati Nak Minta Sumbangan, Selagi…,” – Selamatkan Ibu Tapi Rumah Hangus Dijilat Api, Alif Muhaimin Mohon Bantuan

Terdahulu, pihak bomba memaklumkan insiden kebakaran tersebut berlaku disebabkan litar pintas berikutan hujan lebat beserta kilat pada petang semalam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Alif Muhaimin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI