Yayasan Ammirul Ummah (YAU), sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang diasaskan di Terengganu, telah melancarkan Program Wakaf 10,000 Naskah Al-Quran bagi mempertingkatkan lagi pembangunan Islamiah di rantau Asia Tenggara.
Program itu dilancarkan oleh Pengarah Urusan YAU, Yang Berusaha Encik Ibrahim Ridhwan Ismail serta Premier Volunteer YAU, Seniwati Fauziah Ahmad Daud, di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, Hulu Kelang.
Turut hadir termasuk ramai personaliti seperti Kismah Johar, S Atan, Sandakiah Aziz, Aiman Badrul dan Zaidi Omar.
Encik Ibrahim berkata, kesemua 10,000 naskah Al-Quran yang mempunyai terjemahan itu akan diwakafkan ke Jawa Barat, Indonesia. Ia sekali gus melengkapkan jumlah 50,000 naskah yang diwakafkan kepada pelbagai pihak bagi tahun 2022 ini.
“Tahun lalu (2021), sebanyak 135,000 Al-Quran telah kami wakafkan kepada umat Islam di Indonesia seperti di Lombok, Sulawesi Utara, Bali, Papua Barat, Maluku dan Riau,” jelasnya.
Beliau berkata, segala program kebajikan yang dibuat atau disertai oleh YAU adalah menerusi sumbangan derma daripada individu dan badan-badan korporat.
YAU yang ditubuhkan pada 22 April 2001 telah menjalankan pelbagai program amal bagi membantu masyarakat Islam di Malaysia dan luar negara.
Ia merangkumi program bercorak kemanusiaan, pembangunan sosio-ekonomi dan kesihatan. Ini termasuklah wakaf Al-Quran, wakaf masjid, bantuan bencana alam, sumbangan bakul makanan untuk asnaf dan pelajar miskin serta sumbangan kerusi roda untuk golongan OKU.
Ads
Encik Ibrahim berkata lagi, sehingga kini YAU telah membina empat buah masjid di Indonesia dan menyelenggara banyak masjid di sekitar Terengganu dari segi kemudahan tandas-tandas.
“Sebanyak 6 masjid telah siap dibina di Indonesia iaitu Masjid Al Ma’mun di Garut, Masjid Nurul Jihad (Lombok), Masjid Darussalam (Jakarta), Masjid Al Ikhlas (Tasik Malaya), Masjid Az Zikri (Medan) dan Masjid Darul Ibtida (Serang).
“Masjid lain yang sedang dibina adalah Masjid Al Mukarramah di Buton, Masjid Miftahul Jannah (Donggola), Masjid Nurul Mujahidin (Luwu) dan Masjid Miftahussudur (Nusa Tenggara).
“Kos membina masjid di Indonesia adalah sekitar RM300,000 namun di Malaysia kosnya sekali ganda lebih tinggi. Jadi kami lebih fokus kepada penyelenggaraan masjid-masjid di negara kita khususnya di Terengganu,” jelasnya yang turut menyalurkan bakul makanan kepada warga Palestin, Sri Lanka selain Malaysia sendiri.
Ads
Majlis berkenaan turut menganjurkan Kuliah Dhuha oleh PU Syed Mohd Bakri Syed Ishak yang tampil berkongsi ilmu yang bermanfaat tentang amalan bersedekah kepada hadirin.
Sebelum ini YAU pernah menerbitkan dua filem pendek dakwah iaitu Iqra’ serta Aidil & Atok arahan Fauziah Dato’ Ahmad Daud.
Sementara itu, orang ramai juga boleh memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat.
Sebarang sumbangan kepada YAU boleh disalurkan ke akaun Maybank (5630 1927 1201) atau CIMB (8603 3382 18).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous menzahirkan rasa syukur dan gembira apabila berpeluang sekali lagi khatam Al-Quran buat kali pertama pada tahun ini.
Aktres jelita berusia 39 tahun itu telah berkongsi kegembiraan itu bersama peminat menerusi satu perkongsian di akaun media sosial Instagram miliknya.
Tambahnya lagi dalam perkongsian tersebut, dia mahu mengabadikan kejayaannya itu sebagai satu kenangan buat dirinya.
“Alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT selesai khatam yang pertama untuk tahun ini (simpan disini utk kenangan ),” tulisnya.
Selepas disahkan dijangkiti wabak COVID-19, pelakon Puteri Aishah yang difahamkan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh ada menitipkan ucapan buat semua pihak yang telah mendoakan kesihatannya.
Menurut Puteri, dia kini berada dalam keadaan yang baik meski cuma paru-parunya sahaja dikatakan telah dijangkiti virus.
Ucapan tersebut dikongsikan di IG Story miliknya.
“Assalamualaikum semua. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mendoakan kesihatan Puteri.
“Alhamdulillah now Puteri still okay cuma ada sedikit jangkitan virus kat paru-paru,” katanya.
Dalam pada itu, Puteri turut merakamkan ucapan terima kasih buat para doktor dan jururawat yang telah menjaganya dengan baik ketika tempoh rawatan ini.
“Semua doktor and nurse kat sini very kind and helpful. Thank you so much to all of them.
“Semua yang terjadi ada hikmahnya,” jelasnya lagi.
Sementara itu, bekas finalis Dewi Remaja 2015 itu turut menasihati orang ramai supaya patuh akan perintah kerajaan dan tidak memandang remeh dengan wabak yang telah merekodkan 67 kematian setakat ini.
“Puteri harap korang semua ikut perintah kerajaan to #StayAtHome and practice good hygiene.
“Please don’t take it for granted. Doakan Puteri dan pesakit yang lain speedy recovery.
“Let’s fight this together. Thank you. Love, Puteri Aishah,” kongsinya lagi.
Pelakon berusia 25 tahun itu merupakan antara enam tenaga kerja produksi drama Demi termasuk pengarah, Rahila Ali, yang disahkan positif COVID-19.
Terdahulu, produksi drama itu menjalani penggambaran di Inverness, Scotland dan hanya pulang ke tanah air pada 31 Mac lalu.
Sumber: Instagram Puteri Aishah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon versatil, Fasha Sandha ada menitipkan ucapan selamat maju jaya buat suaminya, Aidil Aziz yang membuat persembahan bersama-sama kumpulan Otai di Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) pada Jumaat.
Menerusi minggu kedua persembahan, MLM 2021 menampilkan kesemua bintang beraksi bersama artis jemputan masing-masing.
“HIDUP YB. Berangan nak jadi KJ. Jangan marah yo @khairykj. Tqsm pada yg menonton & support MAHARAJALAWAK MEGA 2021.
“GOOD LUCK & ALL THE BEST. KUMPULAN OTAI #respeksikit,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
MLM 2021 dibawakan secara langsung setiap Jumaat dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) bermula 9 malam.
Mengangkat tema ‘Aura Baharu, Lawak Terpadu’, program realiti ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.
Dato’ AC Mizal kekal sebagai pengacara sembilan musim berturut-turut sementara menampilkan empat orang juri profesional iaitu Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle, Noh Salleh dan Uqasha Senrose serta juri istimewa ‘Sang Bara’.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kebelakangan ini, pelakon Datin Atikah Suhaime mengakui dirinya sering mengalami masalah kurang keyakinan diri, lebih-lebih lagi ketika berdepan dengan orang ramai selain menjalani rutin harian sebagai ibu baharu.