
Bapa kepada penyanyi, Asfan Shah, Shah Rudin Mohd Mohd Noor telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Jumaat sekitar jam 6 pagi.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Asfan menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.
“Abah telah pergi mengadap Maha Pencipta. Ya Allah terima kasih atas pinjaman abah kepada kami,” tulisnya.
Menerusi entri berasingan, penyanyi lagu Sumpah Cintaku ini memaklumkan bapanya telah pun selamat dikebumikan selepas solat Jumaat.
“Alhamdulillah selesai semua pengurusan untuk arwah abah selepas Solat Jumaat tadi. Jazakallah Guru YM @maulana_helmi78 dan semua sahabat yang hadir semua saudara mara yang hadir dan panjatkan doa untuk kami.
“InsyaAllah Allah membalas jasa kalian.
Rindu Abah,” kongsinya lagi.
Antara selebriti yang turut hadir ketika majlis pengebumian termasuklah penyanyi, Tomok, Lah Ahmad dan Sharul Kamal.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa dukacita selain turut menitipkan doa semoga Asfan sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.
Sebelum ini, Asfan pernah memaklumkan bapanya itu telah mengidap tumor di bahagian paru-paru dan sering keluar masuk hospital.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Asfan Shah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tuhan Izin Berjumpa Dengan Orang Hebat, Niat Nak Dapatkan Consultation Tapi…,” – Wany Hasrita Jumpa Prof Muhaya, Buat Rawatan Apa?

Penyanyi Wany Hasrita telah berkongsi kegembiraannya melalui posting yang dimuat naik di Instagram.
Perkara tersbut melihatkan apabila penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu itu telah menjalani rawatan lasik mata di Pusat Mata & Lasik Dr Prof Muhaya di Kajang.
View this post on InstagramA post shared by WH (@wanyhasrita) on
“Alhamdulillah semalam wany dpt peluang berjumpa @profmuhaya utk rawatan ReLEx – SMILE. Mula2 niat nak dptkan consultation je, tapi Allah permudahkan, condition mata semua dlm keadaan okay & boleh buat terus petang tu,” tulisnya.
Dia juga berterima kasih kepada Prof banyak memberikan nasihat dan kata-kata semangat buat Wany.
“Terima kasih banyak @profmuhaya & semua staff. MasyaAllah baik sgt & environment nya pun sgt positif. Alhamdulillah, Tuhan izinkan berjumpa dgn org hebat ini & sempat berbual dgn Prof, banyak nasihat prof bg pd wany. one of moment yg wany akan ingat sampai bila-bila,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Wany sempat berkongsi sepotong video yang memaparkan dia sedang menjalani rawatan lasik mata.
“How can you not love her? Ini lah yg sy dengar sepanjang procedure ReLEx SMILE semalam, dengar org yang sy kagumi mendoakan sy, masyaAllah dia punya bahagia lain mcm. Rasa takut pun automatic hilang,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Susulan itu, netizen turut berasa teruja melihat proses rawatan yang dilakukan Prof yang positif kerana memberi kata-kata semangat dan mendokan Wany.
Untuk rekod, Wany pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2018 yang berlangsung di Pusat Konvosyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Oktober lalu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ajaibnya, Selepas Berdoa, Saya Seolah-Olah Terfikir Dan Terbayang Dia Saja,” – Betty Rahmad Cerita Lakukan Solat Istikharah Sebelum Kahwin

Imbas kembali memori bersama suami tercinta, pelakon Betty Rahmad berkongsi cerita saat perkenalan dengan kekasihnya, Ardy Damis (yang kini sudah bergelar suami).
Perkara itu dikongsikan adik kepada Erma Fatima bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya yang kedua tahun menerusi video yang dirakamnya.
“Kami sudah saling mengenali termasuk kahwin sudah lapan tahun. Zaman bercinta dulu, kami kenal atas kawan iaitu, Nora Danish dan Nedim Nazri (Ned).
“Ketika itu, Nora bisik pada saya bahawa dia (Ardy) adalah jodoh saya, tetapi saya sukar untuk menerima teman lelaki ketika itu sebab saya dah lama single.
“Pada awalnya, kami sama-sama ke konsert Alicia Keys, kemudian saya ke rumah Nora dan nampak dia, ketika itu saya tak ada perasaan terhadap dia lagi.
“Beberapa hari kemudian, saya, Nora dan kira-kira 20 orang kawan pergi bercuti di Phuket, Thailand dan itu adalah pertama kali kami berborak. Setibanya di Kuala Lumpur, kami pun saling berjumpa,” kongsinya.
Bak kata orang, cinta tanpa pergaduhan itu tidak lengkap dalam sesebuah perhubungan.
Begitu juga yang dialami pasangan ini apabila mereka mulai bergaduh sehingga hampir putus asa.
“Sampai satu tahap, kami gaduh dan saya rasa putus asa. Kemudian, saya buat solat istikarah dan saya berdoa.
“Ajaibnya, selepas berdoa, saya seolah-olah terfikir dan terbayang pasal dia sahaja. Kemudian saya mesej, nak jumpa dan minta maaf sebab bergaduh dulu, saya juga seorang yang degil, keras kepala dan ego.
“Kemudian, dia maafkan saya dan kami berbaik. Beberapa minggu kemudian, dia melamar saya dan jumpa keluarga, Kami langsungkan pertunangan, berkahwin dan sehingga hari ini kami ada anak, Ady Wira,” akhirnya.
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton hampir 100,000 tontonan.
Terdahulu, Betty dan Ardy Damis berkahwin pada 4 Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak, Ardy Wira yang kini berusia satu tahun.
View this post on InstagramYou will always be the miracle that makes my life complete @ardywira_ 🤍 #ardywira #11monthsold
A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on
Foto : Instagram Betty Rahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jika Manusia Dilempar Bermacam Tuduhan Memang Boleh Tertekan,” – Hafiz Suip Respon Soal Fizikal, Terharu Pada Yang Benar-Benar Prihatin

Penyanyi Hafiz Suip tidak menafikan mengenai tekanan yang diterima sekiranya individu itu sering ditanya mengenai perubahan fizikal.
Mengakui dirinya kini berada dalam keadaan yang sihat, namun dia bersyukur sekiranya ada yang benar-benar prihatin tanpa memberikan tuduhan yang tidak berasas.
“Apabila kamu ditanya soalan membabitkan ibu bapa, isteri atau mentua. Jika kamu sering ditanya begitu, tertekan tak? Memang tertekan sebab saya manusia biasa, menjadi artis hanyalah sebuah kerjaya.
“Jika manusia biasa dilempar bermacam-macam tuduhan memang boleh tertekan. Saya sihat, tapi apa yang orang lain nak sampaikan daripada pertanyaan mereka?
“Sekiranya mereka benar-benar prihatin saya ucapkan alhamdulillah,” katanya.
Menurut Hafiz, dia juga telah membuat pemeriksaan secara alternatif sebelum ini turut risau jika soalan sama berulang kali ditanya boleh mengganggu kesihatan mentalnya.
“Jika memang ingin concern jumpa terus atau call secara personal. Jangan tuduh seseorang itu atau cakap pada orang lain seterusnya beri tanggapan yang pelbagai.
“Nanti daripada saya sihat, terus jadi sakit sebab tertekan,” katanya lagi.
Hafiz berkata demikian pada sidang media pelancaran lagu Berakhirlah Pencarianku, sebuah lagu duet bersama Ernie Zakri yang dilangsungkan secara maya pada Jumaat.
“Bagi saya ini projek yang boleh diibaratkan mimpi menjadi kenyataan kerana dapat juga berduet dengan Ernie.
“Sebelum ini, saya pernah menyaksikan persembahan duetnya dengan protege saya. Pada masa sama dia juga seorang guru vokal.
“Orang lepas menang AJL ke-35 takkan nak tolak. Dapat peluang berkongsi studio, ia satu perkara yang sangat baik,” katanya.
Pada masa sama, kolaborasi mereka menerusi lagu tersebut turut memberi peluang kepada untuk saling berkongsi pengalaman yang ada.
“Apa yang saya lalui selama ini menjadi pengalaman. Mungkin itu juga yang membuatkan orang nampak saya di tahap sekarang. Sebenarnya banyak lagi perkara yang saya nak kena belajar.
“Dari segi teknik nyanyian, banyak lagi yang perlu dipelajari jika mahu dibandingkan dengan Ernie. Macam Ernie dia memang belajar itu. Saya belajar juga, tapi lambat. Jadi, dari segi teknik nyanyian, Ernie masih terbaik bagi saya.
“Kalau dari soal pengalaman, mungkin saya ada sedikit kelebihan sebab saya sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam industri muzik dan pernah menang pelbagai anugerah.
“Jadi, apa yang saya nak sampaikan di sini ialah masing-masing ada keistimewaan. Saya tak nafikan Ernie ada vokal yang sangat bagus,” ujarnya.
Hafiz juga berharap, kolaborasinya bersama Ernie ini mendapat respon baik peminat muzik.
Berakhirlah Pencarianku merupakan lagu ciptaan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh serta lirik oleh Penerbit drama, Datuk A. Aida itu terbitan bersama Nova Music dan Rocketfuel.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI