Selamat diijabkabulkan pada pagi Sabtu, isteri pendakwah selebriti, Dai’ Syed iaitu personaliti tv, Hana Ismail mengakui perbezaan usia yang jauh di antara mereka membuatkan hatinya ragu-ragu ketika di awal perkenalan mereka.

Namun, selepas melakukan solat istikharah, Hana atau nama sebenar, Nurul Hana Ismail, 36, akhirnya menemui jawapan dan usaha mereka untuk membina masjid berjalan lancar dan dipermudahkan pada hari ini.

“Bagi yang mengenali saya, Syed is not really my type, tetapi Alhamdulillah selepas sesi perkenalan kami, kemudian saya buat solat istikharah selama seminggu, dapat jawapan untuk berkahwin dengannya.

“Orang juga tahu mengenai perbezaan umur kami agak jauh iaitu sembilan tahun dan perkara itu turut menjadi antara pertimbangan saya namun Alhamdulillah sampai jodoh kami berdua,” katanya kepada MH.

Hana dan Syed ditemui sebaik selamat disatukan di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur pada pagi Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan.

IKLAN

Sementara itu, Syed atau nama sebenar, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, pula berkata dia tertarik dengan kecantikan dan keperibadian Hana sehingga terbuka hati untuk menyunting wanita berkenaan menjadi isterinya yang sah.

“Antara ciri-ciri yang buat saya tertarik dengan Hana ialah budi bahasanya yang sangat tinggi malah dia antara orang yang suka pergi ke majlis-majlis ilmu.

“Bercakap mengenai perbezaan usia, itu tidak menjadi masalah, Rasulullah SAW dan isteri baginda juga mempunyai perbezaan usia, saya jadikan sebagai contoh.

IKLAN

“Pada awal perkenalan, saya tak sangka usianya 36 tahun malah ingat dia sebaya sebab wajahnya cantik, tidak menggambarkan umur sebenar,” kata Syed.

Bercakap mengenai perancangan bulan madu, Syed berkata dia dan isteri akan terbang ke Sabah dahulu dalam masa terdekat sebelum berkunjung ke Mesir bagi membawa Hana bertemu bapanya yang menetap di sana.

“InsyaAllah dalam masa terdekat, kami akan ke Sabah ada program dakwah (alang-alang berbulan madu) dan kalau tiada halangan kami akan mengerjakan umrah serta berkunjung ke Mesir untuk bertemu dengan bapa saya yang tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan kami.

IKLAN

“Saya juga merancang untuk bawa isteri bertemu dengan saudara-mara yang lain di Mesir,” katanya.

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 28 Oktober lalu di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI