Lagenda bola sepak dunia, Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun di Hospital Albert Einstein, Sao Paulo, Brazil, pada jam 3.27 petang waktu tempatan, Khamis.
Pele atau nama sebenar, Edson Arantes do Nascimento meninggal dunia akibat penyakit kanser kolon yang dihidapinya sejak tahun lalu.
“Mendiang meninggal dunia disebabkan pelbagai kegagalan organ akibat daripada penularan kanser kolon yang dikaitkan dengan situasi perubatannya sebelum ini,” kata kenyataan media yang dikeluarkan.
Pele telah menjalani rawatan kemoterapi sejak menjalani pembedahan mengeluarkan tumor pada September 2021.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pele mengalami beberapa masalah kesihatan, termasuk berkaitan tulang belakang, pinggul, sakit lutut serta buah pinggang.
Sepanjang kerjayanya, Pele dianggap antara salah seorang pemain ‘Greatest of all Time’ (GOAT) malah dia merupakan satu-satunya pemain bola sepak yang berjaya menjulang tiga kali trofi kejuaraan Piala Dunia.
Berita pemergian Pele turut diratapi bintang bola sepak generasi kini seperti Lionel Messi dan Cristino Ronaldo yang turut memberikan dedikasi khas buat mendiang menerusi laman Instagram masing-masing.
“Bersemadi dengan tenang,” tulis Messi ringkas beserta mengepilkan gambarnya dengan pemain legenda itu.
“Takziah kepada keluarga Pele. Mendiang akan terus dikenang oleh setiap peminat bola sepak seluruh dunia. Semoga bersemadi dengan tenang,” tulis Ronaldo.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Abaikan Kata Mereka Yang Iri Hati Dengan Ketokohan Sayang,” – Dai Farhan Mahu Isteri Terus Beri Manfaat Dalam Dunia Perubatan & Kesihatan
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan ‘selamat pengantin baru’ kepada pendakwah bebas, Dai Nik Farhan dan isterinya, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr. Aerin yang telah bernikah pada September lalu di Mekah.
Bagaimanapun, status mereka mula didedahkan Farhan menerusi foto yang dimuat naiknya di Instagram pada petengahan November lalu atas permintaan bekas isterinya, Fatin.
Dalam pada itu, Farhan atau nama penuhnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad dilihat meraikan ulang tahun kelahiran Aerin semalam yang disambut secara sederhana.
“Kenangan yg indah tercipta pd tarikh 19 hb ni ..Sanah Helwah buat isteriku tercinta @drholisw, moga sentiasa disinari cahaya kebahagiaan dlm hidup, dilimpahkan rezeki yg barakah, sukses selalu dunia akhirat..aamiin.
“Teruskan semangat memberi manfaat pd masyarakat dlm dunia perubatan & kesihatan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Farhan,29, meminta agar isterinya itu tidak mudah putus asa dalam kehidupan tatkala dihujani kecaman dan pandangan sinis dari orang ramai.
“Abaikan kata2 mereka yg iri hati dgn ketokohan syg dlm bidang kedoktoran. Yakin dgn Allah, kongsi kebaikan dgn kasih sayang, teruskan merawat insan2 utk mereka kembali sihat walafiat, selesa & bahagia beribadah kpd Tuhan-Nya..fii amanillah,” akhirinya.
View this post on InstagramA post shared by Nik Farhan (@farhanmutawwif) on
Menerusi foto yang dikongsikan juara program Dai musim kedua itu, dia telah merakam foto bersama isterinya sambil memberikan hadiah dengan balutan kuning keemasan.
Terdahulu, Farhan memaklumkan dia bernikah dengan Aerin yang berstatus ibu tunggal beranak lapan di Tanah Suci Mekah.
Farhan turut memaklumkan turut menceraikan isteri pertama, Fatin Nurul Ain dengan talak satu.
Malah difahamkan, ketika itu Fatin sedang sarat mengandung anak kedua mereka.
View this post on InstagramA post shared by Nik Farhan (@farhanmutawwif) on
Foto : Instagram Nik Farhan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aina Abdul Berani Labur Modal RM300,000 Buat Album – “Saya Banyak Berdepan Laluan Sukar Sepanjang 9 Tahun…”
Penyanyi dan komposer terkenal, Aina Abdul mengakui dia berhabis ratusan ribu demi memberikan yang terbaik terhadap album sulungnya, Imaji yang dilancarkan pada Rabu.
Menurut Aina, meski ada kos yang mampu dikurangkan, namun Imaji perlu dilakukan dengan capaian kualiti terbaik susulan kejayaan beberapa buah lagu yang pernah dihasilkan sebelum ini.
“Bagi saya sekiranya ditanya mana-mana penyanyi pun, memang modal untuk hasilkan album penuh dalam ratus ribu ringgit.
“Malah untuk saya yang pertama kali, kita tak arif sangat mengenai sejauh mana kos yang dikira normal dalam sesebuah penghasilan album.
“Cuma saya bernasib baik boleh kurangkan sikit kos mungkin kerana kebanyakan lagu saya hasilkan sendiri.
“Namun walaupun ada ‘cut cost’ tapi saya cuba yang terbaik untuk capai standard terbaik memandangkan peminat saya ada juga yang mahir dalam bidang muzik.
“Malah ada lagu saya sebelum ini yang sudah diiktiraf. Jadi kalau bukan semua, sekurang-kurangnya kena ada tiga atau empat buah lagu yang kuat untuk dipertandingkan.
“Anggaran sekitar RM300,000, tapi kita bayar secara ansuranlah. Kos tersebut merangkumi album fizikal, penggambaran, muzik video, proses rakaman dan sebagainya,” katanya kepada MH.
Aina berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pra-Dengar & Pelancaran Imaji Aina Abdul di Hulu Langat, Selangor, pada Selasa.
Dalam bidang penulisan puisi, Imaji bermaksud susunan kata yang dapat memberi gambaran seolah-olah efek khayalan sehingga pembaca mampu untuk turut sama merasa, melihat dan mendengar emosi sebenar yang ingin diungkapkan penulis.
Oleh itu, ia sebagai simbolik kepada keseluruhan tema penceritaan untuk menteriemahkan seribu satu rasa bagi kesemua lagu yang dimuatkan dalam album ini.
“Alhamdulillah, syukur kerana akhirnya saya berjaya merealisasikan impian sekian lama terpendam untuk memiliki album penuh yang dinspirasikan daripada perialanan hidup sendiri.
“Setiap lagu yang dihasilkan adalah intepretasi saya terhadap emosi diri yang sarat termasuklah rasa marah, sedih, kecewa, diabaikan, dicintai, dihargai dan sebagainya
“Imaji juga adalah hadiah hari jadi paling bermakna dalam diri saya sebagai penyanyi. Proses penghasilan album ini juga bukan mudah.
“Di sebalik kecemerlangan yang beriaya dilakar, saya banyak berdepan laluan sukar sepanjang 9 tahun perjuangan untuk mengukir nama sebagai ‘Aina Abdul’.
“Jika disorot kembali, pelbagai ranjau dan duri, kritikan dan pujian yang saya terima. Saya bersyukur dengan pengalaman tersebut kerana ia bukan sahaja mematangkan.
“Malah turut memberi kekuatan kepada diri saya untuk bekeria keras dan terus berkarya secara jujur bagi meletakkan bakat yang dianugerahkan kepada saya di tempat yang betul,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
@mediahiburanofficial Di Big Stage sebelum ini, Ramli MS (juri jemputan) ketika itu pernah nyatakan artis yang anjurkan konsert lebih baik mempunyai album terlebih dulu. Aina terkesan & ambilnya secara positif. #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Moga Ini Yang Terakhir…,” – Penyanyi Thalia Rasul Nikah Kali Ketiga, Pengalaman Lepas Jadi Panduan
Penyanyi, Thalia Rasul menyatakan rasa syukur selepas majlis pernikahannya bersama jejaka pilihan hati, Syahmi Zakaria pada 2 Febuari lalu telah berjalan dengan lancar.
Pasangan sama cantik sama padan yang mengenakan sepersalinan serba hitam diijabkabulkan sekitar pukul 12.20 tengah hari di Masjid Arau, Perlis.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh bekas peserta Mentor 4 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Terima kasih pada umi, mak dan family Thalia yang merestukan dan mendoakan dari jauh. Thanks Jaka Faiz Rasul Khan walikan kami ambil alih tugas arwah abah.
“Thanks buat keluarga Mertua, ibu, angah dan along yang datang meraikan hari penyatuan kami berdua. Terima kasih juga terima insan yang serba kurang ni.
“02/02/2022 pukul 12.20 tengah hari di Masjid Arau Perlis, kami selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz. Thanks Encik suami @syahmi_zakaria terima saya seadanya saya.
“InshaAllah moga ini yang terakhir untuk kita berdua dan semoga pengalaman lepas yang kita lalui menjadi panduan untuk kita bentuk keluarga sakinah mawaddah warahmah yang kita impikan,” tulisnya.
Pada masa sama, Thalia memaklumkan anak perempuannya, Keysha turut gembira dengan kehadiran bapa baharu dalam hidupnya.
“Ada yang tanya Keysha ok tak? Sebab dia rapat dengan abi dia(ex). Alhamdulillah shez ok. Cuma dengan walid dia ni dia diajar dalam ketegasan sebab walid dia ni dah di train jadi garang.
“Tapi diorang saling menyayangi sebab walid dia ni pon suka melawak mcm umi. Perlu Thalia ingatkan, mohon jangan bezakan mana-mana pihak yang terdahulu mahupun sekarang. Dua-duanya ada tempat istimewa di hati Keysha,” katanya lagi.
Dikesempatan itu juga, Thalia memberitahu, dia dan suami bakal mengadakan majli ringkas dalam waktu yang terdekat
“Jutaan terima kasih pada sahabat-sahabat rakan dan kenalan yang tak putus raikan kami dengan ucapan-ucapan istimewa.
“InshaAllah majlis ringkas dalam waktu terdekat untuk berkongsi kegembiraan dengan sahabat rapat dan kenalan telah kami atur,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Thalia dan suaminya akan kekal bahagia sampai akhir hayat.
Sekadar informasi, sebelum ini, Thalia pernah mendirikan rumahtangga sebanyak dua kali.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Thalia Rasul
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI